Kerana Hero, Kita Di Sini
Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera....Entri ini khusus untuk mereka yang tiba-tiba menjadi pencinta haiwan yang tegar...hmmm...Apa yang PH nampak, kalian memang sustain / komited dengan apa yang dilakukan untuk membantu haiwan jalanan...Syabas PH ucapkan...Kepada pencinta haiwan sejati ( biarlah PH sendiri yang simpan namanya ) kalian juga semakin steady...Akan tetapi, apa yang terjadi pada PH dan wall KMFC baru-baru ini amatlah PH kesali....Dalam masa setahun, nama Hero telah dicemuh sebanyak 3 kali....Kesemuanya adalah pencinta haiwan juga...PH langsung tak faham...Kenapa nama Hero dibabitkan sama kalau mereka tak suka dengan PH...? Apa yang mereka dengki sangat kat PH ni...??? hmmm...Amat mudah lidah melampiaskan kata-kata cacian....
Bagi pencinta-pencinta haiwan yang baru lahir ni....Kalau tak khatam baca blog Kakimotong, tolong jangan prejudge Hero....Lu pikir sendiri apa yang telah lu lakukan pada binatang...?
~Sekiranya sesuatu berita yang disampaikan kepada kamu dan ianya tidak memudaratkan kamu, maka jawapan yang paling bijak adalah DIAM...Ketahuilah bahawa si pendengar adalah sekutu si pembuka bicara dan janganlah kamu mendengar perkataan yang buruk, ghibah dan fitnah...Mereka yang mendengar adalah orang yang amat rendah akalnya~ hadis riwayat Al-Bukhari Muslim ( PH jenuh nak hafal sebab dapat ayat ni masa khutbah Jumaat kelmarin )
PH buat semua ni bukan dalam keadaan100% komitmen kerana PH masih ada tanggungjawab yang lebih berat dari itu....PH tak pernah takut pada mereka yang mengganggap PH tumpang glamour Hero...lantaklah, kan...? Bagi PH, Hero adalah kucing biasa, cuma dia tabah menghadapi kekurangannya...Itu yang 'inspire'
PH untuk wujudkan Blog kakimotong dan Kakimotong Fan Club...Hero adalah nyawa PH, dan juga ikon kepada kita semua...Dia tak tahu apa yang berlaku padanya, dia tak pernah tahu apa cacian yang dia dan papanya terima....Dia hanya tahu sayangkan papanya...Itu yang PH nampak...
Anda semua belum pernah merasai betapa seronoknya tidur bertemankan Hero di hujung kaki
( kadang-kadang di hujung kepala )...Kalian belum pernah merasai betapa hilangnya sakit pening kepala apabila Hero menjilat kepala PH...Kalian semua belum tahu apa perasaan kalau melihat Hero sakit...Dan kalian semua belum tahu apa perasaan kalau Hero dicemuh....Kalau nak cemuh, tolong cemuh PH....Jangan cemuh MH, Si kembar dan Hero...PH yang bertanggungjawab memperkenalkan Hero kepada seantero dunia ini....
PH tak boleh nak beri 100% komitmen terhadap kucing jalanan semata-mata, dan PH yakin anda juga begitu...Kalau anda boleh beri 100% komitmen, PH memang tabik spring....
Menyediakan keperluan keluarga adalah matlamat utama PH....Menyediakan keperluan kucing-kucing jalanan yang PH kutip adalah keperluan kedua dan ianya mengikut kemampuan PH...Sepanjang tempoh PH menjaga kedua-dua belas ekor kucing yang PH kutip, keperluan mereka mencukupi, ditambah lagi dengan pemberian sedekah dari peminat Hero...PH juga menerima kunjungan dari serata tempat..Ada juga yang minta supaya kedatangan mereka tidak diwar-war kan...Ada yang datang mengejut dari Kelantan dan Terengganu...terima kasih atas pemberian hadiah....
Setiap malam sebelum PH lelapkan mata, PH mesti akan tengok Hero dulu, sebab PH takut tak dapat tengok dia pada esok hari...Inilah yang berlaku selama 6 tahun PH bersamanya....Demi Allah dan Rasul, gambar di bawah ini adalah bukan PH yang buat-buat posisi Hero...Dia sendiri yang nak cari bantal untuk legakan lenguh tulang belakangnya, diikuti dengan Montel yang tidur di perut Hero..Maklumlah, sahabatnya Si Comel dah tak ada untuk menemaninya lagi....
P/S :
Kalian boleh mencari seberapa ramai pencinta haiwan yang kalian mahukan...Tetapi, PH nak ingatkan pada kalian :
You have a lot of slaves, but you have a few warriors...The warriors you have will easily touch & go...because their true life is waiting then...There is no time with animal again...One day, you will have a full time commitment with your spouse and kids...
Kalau orang tak nak, jangan memaksa....Kalau nak cemuh KMFC, jangan libatkan Hero...Kalau libatkan juga, maknanya orang tu sememangnya amatlah dangkal pemikirannya...sebab pasal kucing pun nak maki orang....( boleh nak maki, tapi agak-agakla skeeettt )..PH tak pernah didik para pembaca blog kakimotong dan page di FB ayat-ayat yang negatif...Itu bukan kualiti standard hidup PH dan Hero...No Negative Here....Jangan selalu penuhkan minda dengan ayat-ayat makian, kerana ianya tak elok untuk perkembangan otak ( walaupun otak tu dah tak boleh nak berkembang lagi )..
FIGHT ANIMAL CRUELTY, LETS PROUD TO BE AN ANIMAL HERO
Kalau jeles atau marah dengan PH, PH tak boleh tolong yer...Lain kali jangan terburu-buru dalam membuat sesuatu perkara kerana ianya adalah perangai babi...so, jangan amalkan...Kalau nak UNLIKE FB Kakimotong, tolong UNLIKE cepat sikit....Semak wall kalian dengan cerita-cerita Hero plak nanti....kan...? kan...? Page PH hanya untuk orang-orang yang profesional, cerdik dan opened minded...Bukan untuk orang yang cetek akal....sekian...
PH...cool ya...saya faham perasaan PH...saya pun pernah bela kucing tak cukup sifat..buta kedua2 mata.kena cemuh juga...tapi tak pe la..saya mendoakan mereka saje..
ReplyDeletetapi mungkin ada salah faham dgn pihak orang tu...almaklum..menulis masa hati tgh beremosi...maafkan saje ya
kita terus saje berbuat baik sesama insan dan makhluk allah di muka bumi ni...insyaallah...
Salam PH, walau seribu yang menghina dan mencaci, masih ada beribu lagi yang menyayangi KMFC...Itu dugaan dan cabaran apabila kita berusaha memperjuangkan kebaikan. saya faham perasaan PH dan keluarga...Hanya kita yang kasihkan haiwan sebegini tahu apa erti kasih sayang yang sebenar...saya tetap menyokong perjuangan PH. Memang kadang2 tu tak faham apabila ada kawan2 yang memandang sepi tanpa perasaan pada kucing jalanan yang tak bertuan...geli la..kotor la dan mcm2...saya sedih...itu la hakikat yang terpaksa saya lalui bila bersama mereka yang tiada ihsan sesama makhluk Tuhan. Bersabar dan tabah dalam segala rintangan dan dugaan dalam perjuangan demi Allah, Hero dan senasib dengannya. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT.
ReplyDeleteSayu je tgok kucing2 nie....bguslah...ade usaha camnie....sy sokong anda :)
ReplyDeleteTips Pemasaran Blog
Eih? Apehal deme cemuh Hero? Ape kucing tu dah buat? Hero berak atas kaki diorang ker? Buat pekak jer PH. Lantaklah deme nak cakap ape. Yang penting saham akhirat tu masuk. Cukup. Bela kucing cacat, pahala beb.
ReplyDeletewaaaaaaa... setiap entri mesti ngs.. adeyh !
ReplyDeletebersabar separuh dari iman kita..mcm saya mcm2 orang kata setiap kali saya ke pasar dan kekedai mesti saya akan kutip kucing terbiar nie...kesian tgk rasanya...saya dulu ade bela kucing buta ade orang kata ambik kucing buta ni membuang masa tapi saya kucing buta saya adalah tanggungjawap...macam baru ni MR. HB kena cakar orang siap kata buang je kucing mcm tu tak guna bela kalo sl kene cakar bagi saya dgn huby itu dugaan kami..bagi kami kucing ini tidak ade akal fikiran kalo dia ade akal mesti dia akan berfikir tidak akan cakar tuan yang memberi makanan dan perlindungan untuknya...harapan saya PH tak berputus asa insyallah suatu hari nanti kita akan dilimpah dgn penuh pahala
ReplyDeletePH,has br pas bca n tgk video HERO mkn n brgerak k sna sni, jujur has ckp,has mnangis ble tgk HERO,tp dlm mse yg sme has bngga tgk kucing 2 mmpu lg hidup smpi skang,kpd org yg mencemuh dan memperlakukan bnd yg xpatut pd HERO,rsenye mmg xde prasaan lngsng..biarlah Allah balas sume 2..has doakn PH dimurahkn rezeki sbb mmbntu makhluk Allah yg xmmpu 2..
ReplyDeletesy dgn parents bela 13 kucing biasa, sekor buta n tempang..pling sedih baru2 ni abah bgtau tggal 4 ekor je kucing kat rmh..yg lain ada y mati mngejut [dprcayai trmkn racun]. xtau la jiran y mana y dengki...blh sabar je...tp stiap kali teringat diorg, msti nanges...mcm hilang ank sndiri..
ReplyDeleteKeep up the gud work Papa Hero, jaga la Hero baik2 ye... Biarla org nak kutuk apa pun, kalau 100 yg benci, ada 1000 org yg masih menyayangi...tak mampu tahan air mata dari mengalir bila baca blog ni......
ReplyDeleteserius sy bgtau brulng kali sy tngok vdo hero mngalir airmta sy. sy mmg sukakn bnatng trutma kucing. tringn rsanya nk tngok brdpn hero.
ReplyDeletethey will never understand the real reason why we take stray cat home bro.. never ...
ReplyDelete