Terima Kasih Di Atas Kunjungan Cik Dhuha And The Gang

Alhamdulillah dan terima kasih di atas kunjungan rahmat dari Cik Dhuha dan adik beradiknya, Lokman, Zain dan Afnan...Tak sangka Cik Dhuha datang juga pada malam 4 September hari tu...PH sekeluarga amat berbesar hati di atas kedatangan anda semua...Terima kasih sekali lagi PH ucapkan...

Berkat kebesaran dan kemuliaan Aidil Fitri ini, ada sesuatu pengajaran yang PH dapat hasil daripada kunjungan tetamu pada kali ini...Rasanya, biarlah PH simpan di lubuk hati yang paling dalam...Kalau Cik Dhuha tak datang malam tu, tak mungkin PH dapat mempelajarinya...


Ini Si Rambo..Cerita asal-usul Si Rambo ada di sini ( KLIK SINI )...Alhamdulillah sepanjang dia bersama dengan PH, kesihatan dia Excellent...Manja betul dia dengan Cik Dhuha...selama ni, dia agak takut dengan orang asing.



Ini Cik Afnan, adik kepada Cik Dhuha....Malu-malu gitu masa nak snap gambar...Tapi PH snap juga curik-curik...hahahaha..Sori yer, PH tak dapek nak nolong... ;p


Seperti kebiasaan, Hero akan bersalam-salaman serta 'Welcoming' pengunjung yang datang ke rumah PH...Malam tu kebetulan moodnya baik...Maklumlah, dah kenyang makan Blackwood ( terima kasih kak tuuuut )


Ini Zain, adik angkat Cik Dhuha yang berasal dari Sarawak dan sedang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi kat sini...Nampak gaya, Zain ni amat bersopan santun, berbudi bahasa dan lembut gaya tutur katanya....Zain, PH respek awak...Bertuah betul mak dengan ayah awak.. :)..Memang Steady...Cik Dhuha & The Gang pun sama...Kalau bertutur, tak lekang senyum di bibir ;p...hehehehe...Amacam Si Helen dengan Si Bear...? Best tak...?


Beginilah suasana di rumah PH kelmarin...macam-macam cerita yang dikongsi oleh Cik Dhuha...PH betul-betul sedih dengan kisah anjing yang diberi makan telur yang dibubuh dengan jarum...Akhirnya mati juga anjing tu...Masyallah, manusia sekarang ni berlumba-lumba untuk jadi binatang pulak...


Yang kat sebelah Afnan tu Lokman..Bila ditanya umur, PH macam tak percaya pulak umur baru tut tahun...hahahaha....steady Man...Masing-masing tercegat tengok Hero buat magik... ;p
PH amat tertarik dengan Cik Dhuha & The Gang ni...Walaupun ada lelah, kalian semua tetap steady...masih nak dukung-dukung dan timang kucing...Kalian sanggup ambil risiko hanya kerana nak memberi belaian manja terhadap mereka....Bagi mereka yang lain juga ( ada lelah tapi masih steady dengan kucing), kalian juga Excellent....Sememangnya inilah ciri-ciri pencinta haiwan yang sejati...Sanggup ambil tanggungjawab...


Malam tu tak sunyi juga dengan gelak-gelak si kembar PH yang semakin cantik dan comel ni...Hai anak ayah dah besar dah yer...


Ni pula sesi mengusap-usap kepala Hero....Amat kasihan kucing-kucing yang teraniaya di luar sana...Semoga mereka yang selalu mengambil kesempatan terhadap haiwan untuk mengaut keuntungan akan menerima balasan yang setimpal...


Luka Si Boboy dah semakin sembuh...Kadang--kadang ada juga dia main cak-cakk dengan Iyo...Berguling sama-sama...Yang kelakarnya tu, dalam tengah berguling tiba-tiba jer Hero jadi marah bila bertentang mata...Si Boboy pun sama.."Owh...!!! Musuh aku rupanya yang berguling-guling dengan aku tadi...." kata Hero agaknya...


P/S :
hmmm....Memang kesian dengan kucing-kucing jalanan di luar sana...tak ramai orang yang ambil peduli...Yang ambil peduli pun, golongannya adalah minoriti...Tetapi itu mungkin tahun-tahun yang sudah....Sekarang ni muncul ramai pencinta-pencinta haiwan yang tampil menegakkan undang-undang terhadap kekejaman terhadap haiwan...Baguslah kalau begitu...Syukur...Sekurang-kurangnya pak menteri kita celik matanya..., walaupun tak berapa nak celik sebenarnya...Bagi pencinta haiwan yang baru nak celik, excellent juga PH ucapkan...Sama-samalah kita menabur budi dan ambil tanggungjawab yang sebenar-benarnya...
Cuma pesan PH, dalam pada kita bersama-sama membantu menegakkan undang-undang terhadap kekejaman terhadap haiwan, jangan lupa pada mereka yang amat memerlukan juga ( fakir miskin, anak-anak yatim, OKU dan sebagainya )...Memang agak kecewa melihat badan-badan berwajib mempunyai banyak kerenah birokrasi dengan orang-orang yang tidak bernasib baik..Kerenah birokrasi ni diceritakan sendiri oleh seorang Cina OKU mualaf  ( KLIK SINI )...Baru-baru ni terjumpa pak Shafiq meminta sedekah di Bangsar...Masa tu minggu Ramadhan yang kedua...

Kalau ternampak orang yang minta sedekah di pasar2 malam, kaki lima, di restoran dan sebagainya, kalau tak nak memberi, sekurang-kurangnya berikanlah senyuman, kerana senyuman itu juga adalah sedekah...
Just remember, kita tak tahu makhluk apa yang kita tolong atau nyahkan...Maksudnya, takut nanti kita ter'nyah'kan Malaikat Rahmat yang dikirim oleh Allah SWT untuk menguji setakat mana keikhlasan hati kita...

Bagi PH, kes kucing yang teraniaya di sebuah pusat penempatan sementara telah membuka mata dan hati PH seluas-luasnya ( sepatutnya PH simpan dalam hati jer apa yang PH nampak ni )....Hikmah yang tersurat di sebalik kejadian ini, manusia sekarang ni berlumba-lumba nak jadi binatang....dan hikmah yang tersirat pula, bayangkan bagaimana pula perasaan sekeluarga fakir miskin ( yang tidak mendapat haknya  ) ataupun orang seperti Pak Syafiq melihat senario ini...?
Enhanced by Zemanta

Comments

Entri Popular