Kata Kunci Yang Sengaja Dilupakan

Baru-baru ni PH pergi ke Alamanda seorang diri atas urusan tertentu...Ketika melalui kedai buku MPH, PH tergerak nak pergi ke tempat mencari tajuk-tajuk buku berkomputer sebab kebetulan ianya terletak betul-betul di sebelah tepi pintu masuk utama...Terasa gatal pula PH nak menaip sesuatu mengenai haiwan..Jadi, kata kunci pertama yang PH taip ialah "Akta Haiwan"...hmmm...Tiada dalam senarai penjualan di dalam gedung ilmu ni...Owh...Mungkin kena pakai kata kunci yang lain agaknya...Tak mengapalah, PH cuba lagi....kata kunci yang lain pula...


Seterusnya, PH cuba taip "Undang-undang haiwan"...Tak ada di dalam senarai penjualan juga...Pelik nih...Okay, PH cuba kata kunci yang lain pula...


PH cuba taipkan kata kunci "Veterinar"....Kali ni ada, tapi ianya adalah berbentuk buku panduan bagaimana nak jaga haiwan dan bimbingan untuk doktor veterinar...Tiada langsung buku-buku akta-akta haiwan atau akta veterinar terdapat di sini...PH tak pasti pula samada gedung buku ni yang tak jual buku-buku undang-undang haiwan ini ataupun ianya langsung tak pernah wujud...!!!! Kalau buku-buku sebegini tak pernah wujud, PH berasa amat malu, kerana Malaysia adalah negara yang dikatakan negara yang sedang membangun...Bukannya malu pasal apa, malu pasal buku-buku sebegini entah-entah tak pernah terfikir untuk ditulis oleh badan-badan berwajib...Mereka-mereka ini sembang berapi-api di akhbar ( muka depan pulak tu ) dan di kaca-kaca televisyen sebab dah teruk kena komplen...Ayat-ayat yang keluar dari mulut mereka pula nampak macam seolah-olah nak jaga periuk nasi sendiri....
Perdana Menteri Najib Tun Razak pula hanya menaip di 'Tweeter'nya "I will expect they will took an action" ( tragedi hotel kucing )...Lebih kurang begitulah ayatnya...hmmmm...PH no komen laa Tuan...Nak tergelak pun ada...Kalau Iyo boleh membaca, mesti dia gelak lagi kuat dari PH....adeehhhh

Kalau ada pun buku-buku macam ni, mungkin PH sendiri yang tak pernah jumpa ( sebab kat kedai buku besar pun tak ada jual....macamana nak jumpa )


Perasaan ingin tahu semakin membara...Tindakan PH menangkap gambar skrin monitor asyik diperhatikan oleh pengawal keselamatan MPH Alamanda tu....PH cuba pula kata kunci "Akta Veterinar"..Pun tak tersenarai juga...Kadang-kadang terfikir juga adakah PH yang tersalah kata kunci...? Tapi tak mungkin juga sebab bila PH taip "jutawan internet", keluar pula muka Si Irfan Khairi dan Azizi Ali...


PH semakin menjadi tidak puas hati...Tanpa mempedulikan lirikan mata pengawal keselamatan tadi, PH meneruskan agenda sulit PH...hehehe...Kali ini PH cuba pula kata kunci " pusat perkhidmatan haiwan"...Adeehhh...Tak ada juga....Memang sah la ni ada yang tak kena...


Lepas tu, saja PH alih topik kata kunci dengan menaip "Undang-undang Malaysia"...Kali ini ada pula keluar buku yang berkaitan dengan kata kunci yang ditaip tadi...Tapi satu jer la...Tapi sekurang-kurangnya ada...


Kata kunci seterusnya, PH taip "Malaysian Law"..Ada deretan tajuk-tajuk vertikal yang keluar...Ini menunjukkan sistem pencarian buku menerusi kata kunci di MPH ini berfungsi dengan baik dan sentiasa dikemaskini....


Kemudian, PH taip pula kata kunci "Animal Act"...Tup tup ada pula deretan tajuk vertikal yang keluar, tetapi semuanya bukan topik yang PH nak....


Terasa masa telah mula mencemburui...Waktu makan tengah hari sudah melewati sempadannya...Pengawal keselamatan tadi dah malas nak layan tingkah laku PH yang asyik-asyik tangkap gambar monitor PC MPH tu...Sedar-sedar jer dah ada 3 orang menunggu di belakang...Baiklah, PH cuba kata kunci yang terakhir iaitu "Animal Law"...Wahh...!!! Kali ini berhasil...Tapi....buku-buku yang tertera semuanya hasil tulisan dari pengarang negara luar....Tiada satu pun pengarang dari Malaysia yang menulis mengenai undang-undang haiwan...PH tak sedih, tapi PH malu..kalaulah PH ni pelancong asing, memang PH dah menyumpah seranah kat MPH tu " Ape la...Asyik buku politik jer yang banyak kat sini...!!!"

Tengoklah harganya...Gulpp....!!! Lalalala


P/S :
Salah satu senjata utama untuk menyedarkan rakyat perihal akta-akta haiwan ialah melalui penulisan buku...Melalui penulisan, ianya boleh juga dibeli oleh sekolah-sekolah untuk diabadikan di pusat-pusat sumber, perpustakaan dan khutub khanah sebagai rujukan...Dan mungkin juga Kementerian Pelajaran boleh meletakkan subjek akta-akta haiwan dan veterinar di dalam silibus matapelajaran sains ataupun geografi ( bahagian pola penempatan haiwan dan manusia )...PH rasa ianya amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan menengah...
Tapi, apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengecewakan PH...Tiada satu pun buku dari Pusat Perkhidmatan Haiwan ataupun Pusat Veterinar ditemui di tempat-tempat awam...Mungkin pusat-pusat ini ada terbitkan buku, tapi entah jilid yang tahun ke berapa...Kalau nak beli buku tu, entah-entah kita pula yang kena pergi ke pejabat mereka...Apa...? Mereka / Kerajaan tak boleh jual ke buku-buku sebegini di gedung-gedung ilmiah yang besar dan terkenal...? Bukankah tanggungjawab mereka untuk sebarkan maklumat-maklumat ini kepada masyarakat...? hmmm 
Bilakah kita nak berubah sikap...? Dah terhantuk baru nak tengadah...Bila orang dah mati kena langgar di jalanraya baru nak buat jambatan...Bila kucing dah mati baru terhegeh-hegeh dan baru nak sedar yang denda terhadap pembunuh haiwan perlu ditingkatkan...Itulah negaraku Malaysia...Sabar je lah....

Penulisan ini hanyalah pendapat peribadi PH...Takde kena mengena dengan hasut-menghasut...kalau nak hasut-hasut, pi makan kasut...hehehe..

Comments

  1. rajin ko ni mencari buku2 cam ni. akta haiwan, tak pernah terlintas di fikiran ku.

    ReplyDelete
  2. betul2..sokong sgt2 klu di ajar dr sekolah pasal sygkan haiwan ni..budak2 skrg dah kurg rasa sygkan haiwan ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular