Terima Kasih Di Atas Kunjungan Kak Elly, Abg Farid, Michelle Kok, Dino dan Jiji...
Alhamdulillah terlebih dahulu PH nak ungkapkan di atas kehadiran beberapa rakan Facebook ke rumah PH pada tanggal 18 September 2011 iaitu sehari selepas PH pergi Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di rumah Kak Dayang
( KLIK SINI )...Kehadiran kali ini disertai oleh Kak Elly, Abg Farid, Michelle Kok, Dino dan Abg Jiji....Sekalung EXCELLENT PH ucapkan kerana mereka sanggup menempuh perjalanan yang jauh demi mengeratkan ukhwah...Inilah kuasa Internet...Yang jauh, kita dekatkan...Yang dekat kita rapat-rapatkan...Mudah-mudahan lancar segala urusan kita....
Miss Michelle Kok adalah rakan Facebook PH yang kedua berbangsa Cina yang pernah sampai ke rumah PH...Sebelum ni Miss Jessy Lian...Masa tu, Miss Jessy nak hantar Si Raka...
Gambar di bawah ni adalah Cik Elly...
Kehadiran rombongan kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Si Fifi
( kucing milik Miss Michelle ) dan Si CJ7...Comel betul mereka berdua ni...
Inilah CJ 7...alahai cair hati papa tengok hang ni....
Keistimewaan CJ 7 ni ialah dia boleh terlelap sehingga nampak mata putihnya...adehhh...Untuk pengetahuan, Si CJ 7 ni adalah milik Abg Farid...
hmmm...macam-macam bentuk Si CJ 7 ni buat masa tidur....Biasalah, nama pun budak kan...?
Beg tangan Miss Michelle dah dibuat alas tidur oleh Si Bon-Bon dan ada pula si tecit yang menumpang sekaki iaitu Si Intan Kesuma...Agaknya mereka dapat rasa aura best dari Miss Michelle Kok...Aura positif...
Rius rendah rumah PH pada hari itu, ditambah lagi dengan keletah si kembar PH ni...Abang Farid pun steady dan cool jer orangnya...Si Hector tu nampak macam nak bodek duit raya tapi tak dapat-dapat...
( gambar bawah kanan )
Kalau soal makan ni, mana-mana anak bulus pun tak akan menolak kalau dipelawa....Seronok betul budak-budak ni....
PH sebenarnya "kompius" tengok gambar ni...Miss Michelle ni nak senyum ke nak nangis tengok Hero ni..? PH rasa Miss Michelle ni nak bawak Iyo balik kot...hehehehe
Beginilah suasana petang Ahad hari tu...Cik Dino yang jadi photographer...Cool gambar-gambar yang dia snap...Pandai setting kamera...Cik Dino yang duduk kat sofa sambil skodeng PH tengah snap gambar...hehehehe kantoi...Yang duduk di lantai tu Saudara Jiji...
Dalam pada kemeriahan pada petang Ahad tu, Si Helen tunggu PH di luar pagar...Nak ajak PH jalan-jalan la tu...hehehehe...Cerita penuh mengenai bagaimana PH jumpa Si Helen ada di sini ( KLIK SINI )
Tak rugi sayangkan binatang ni...Besar ganjaran pahalanya di sisi Allah SWT...Salah satu kunci pintu rezeki ialah memberi haiwan makan...
Si Boboy ni menggedik kat depan bila tetamu depan...Rupa pun dah macam cicak tokek dah PH tengok....
Miss Michelle Kok dengan Si Fifi....Alahai PH suka betul tengok wajah Si Fifi ni ( nasib baik PH tak tersalah taip suka betul tengok wajah Miss Michelle ni...hampir-hampir jer tertaip...hahahaha )
Dah alang-alang datang jumpa Iyo, dukung terus...
Kalau boleh nak angkut Iyo bawak balik terus....tehehehehe...
( gambar bawah kiri Cik Elly sedang memangku Iyo )
Miss Michelle Kok sempat bergambar kenangan dengan Si CJ 7...
( gambar atas kanan )
Seperti biasa, si kembar 2 ketul ni dengan agendanya sendiri...dapat hadiah dari tetamu terus lupa orang sekeliling...biasalah, nama pun budak kan...? Entah-entah kita dulu lagi teruk hahahaha...Main kat rumah orang sampai nak balik rumah pun lupa... ( PH la tu )
Gambar bawah kanan ni Si Along nak turun dari sisi kerusi King tu tapi kaki tak sampai...apalagi, melalak la dia tu....adehhh....
Hero dah kembali ke bentuk asal badannya...Badannya tak segemuk dulu...Berat sekarang adalah berat yang ideal...Hero lebih aktif ketika ini....
Sekali lagi PH nak rakamkan penghargaan kepada mereka yang sertai kunjungan ke rumah PH pada kali ini....Bagi anda yang pernah datang ke rumah PH dulu, PH pun nak ucapkan terima kasih...Selagi Hero masih ada hayat, inilah masa yang sesuai untuk bertemu dengannya...
P/S :
Kehadiran Hero di dalam kehidupan PH memang tak pernah dijangka...PH tahu Hero amat sayangkan PH...Dalam seumur hidup PH, PH belum pernah merasai kasih sayang dari seekor kucing seperti Hero...dan PH tahu PH adalah orang yang terpilih...Tapi PH amat sedih kerana masih ada orang yang lebih suka tengok Hero yang tidak mengerti apa-apa "pergi"....
Kerana Hero lah kebanyakan dari kita bertemu di sini...
kredit untuk jurugambar Cik Dino
Terima PH sudi terima kedatangan kami ke rumah hari ahad lepas...
ReplyDeleteIyo..u have touched so many souls in this world with your love and loyalty...May Allah grant u excellent health throughout the journey of your life..I pray for u n your loving family..AMin
ReplyDeletePH..gambar last tu memang so touching ..buat saya menitis air mata
salam ziarah...
ReplyDeletePH...gmbr last tu mmg menyntuh perasaan..nampak yg iyo btl2 rs terlalu kasih kan tuannyer yg byk menjaganyer..terima kasih pd PH dan MH krn menjaga Iyo
touching tengok gambar last tu.. sesungguhnya org2 mcm kita je faham kasih syg mereka (kucing)..
ReplyDeletesaya pon sayangkan iyo sampai akhir hayat.
ReplyDelete:* untuk iyo..
Salam PH.
ReplyDeleteGambar tu sangat menggugat ke"macho"an dan ke"ganaz"an saya. Habis basah tudung ni jadi kain pengelap. Nak simpan boleh?
Iyo.. saya sayang kamu juga walau tak pernah berjumpa.
Semoga Allah berkati PH sekeluarga beserta Iyo dari dunia hingga akhirat. Bukan sebab jaga Iyo je.. tapi sebab jaga yang lain2 juga.
aduhai.. hampir menitik air mata..
ReplyDeleteMenitis airmata bila tgok gmbr yang last tu..iyo betul2 kasihkn tuanye yg bnyak berjasa Dan menjaganya..semoga PH Dan keluarga diberkati Allah.Amin..
ReplyDelete