Apabila Manusia Menjadi Tamak, Lupa Diri dan Taksub
Pagi-pagi Syawal lagi PH dah disambut oleh Si Susie kat depan gate utama...Masa tu PH nak pergi masjid...Tak lama pun, dalam seminit jer...Dia jelir-jelir lidah kat PH ( macam mengejek la plak ), lepas tu goyang-goyangkan ekornya yang panjang tu ( sambil mengeluarkan bunyi wisel yang tersangatlah cute ) dan seterusnya beredar dari halaman rumah...PH tahu Si Susie ni sebenarnya nak ucapkan Selamat Hari Raya kat PH...Tengok, binatang pun pandai nak wish orang tau...Kelessss....hehehe
Si Boboy ni tak tahu apa kena dengan dia hari tu sampai jadi cicak tokek kejap....
Luka kesan lecur dia pun dah semakin sembuh...Alhamdulillah...PH dah iklankan Si Boboy untuk adoption, tapi setakat ni belum ada yang nak adopt..Jadi, seperti biasa Si Boboy ni akan menjadi Permastautin Tetap di rumah PH, dan tak mustahil akan menjadi warganegara tetap di rumah PH...
Ni rupa Hero di pagi raya...Pagi-pagi lagi dah mandi tanpa bersuruh...mata dia bersinar sungguh tanda dia gembira dan bersyukur masih lagi dipertemukan dengan 1 Syawal...
Ini Si Cheetah, kucing mak mertua PH...Banyak juga kisah-kisah dia PH muatkan kat dalam blog ni...Pagi raya dah terperangkap kat luar tingkap...adeehhh...Tu la, pandai-pandai nak lepak kat luar bumbung sana...kan dah terkurung kat luar rumah...
Si Boboy pun tak gaduh dengan Hero....Mula-mula takut juga nak lepaskan Si Boboy ni sebab takut dia terkam Iyo...maklumlah, Iyo kat takde 'tangan'...Kalau Si Boboy tu terkam dia, tak naye Si Iyo tu...? Dahla badan dia gedebab...
Sepetang selepas pulang beraya, PH sempat singgah ke kubur arwah Si Comel yang amat PH sayangi ( KLIK SINI )...batu-bata yang PH letakkan kat atas kubur dia adalah sebagai penanda aras tanah yang mendap...Berdasarkan kedalaman mendapannya, PH dah tahu bahawa bangkai arwah Si Comel sudah dikandung tanah sepenuhnya...
Pada malam raya, Si Montel dan Si Chicky tidur berpelukan bersama..Inilah yang perlu kita ambil iktibar...Haiwan yang tak berakal ini adalah jasad dan rohani mereka yang sebenar-benarnya...Tiada apa yang palsu di dalam dan luaran mereka...kalau mereka sayang, mereka tetap sayang...Tiada benci...Kalau benci, itu bukan benci namanya, tetapi kelainan naluri...Yang saling benci-membenci ni hanyalah manusia yang cetek akalnya....Bila dah terkena, barulah nak tengadah...
Haiwan seperti anjing dan kucing adalah tergolong di dalam haiwan yang susah nak mati...Kalau seseorang manusia tu menjaga kucing sehingga menyebabkan kematiannya dengan sengaja, maka manusia itu bakal menempuh kegagalan di dalam hidup...Bukanlah PH nak mendahului tuhan, akan tetapi kalau nak difikirkan logik akal kalau kucing pun tak boleh bela, macamana nak bela anak orang....? hmmmm
Tentang kes yang berlaku baru-baru ni ( tak perlulah PH cerita kat sini ), ianya memang tak sepatutnya berlaku...Wang upah yang diterima oleh orang tersebut akan menjadi 'panas' dan barangkali boleh menjadi HARAM...Tapi Halal dan Haram itu kerja Allah...Kita yang takde kena mengena ni jangan nak buat andaian sendiri...
Kalau kucing orang pun tak mampu nak jaga, macamana nak jaga anak orang...? Geram pun ada, marah pun ada...tapi, jangan diikutkan nafsu amarah sehingga membuka pekung dada kita...PH yakin pihak bertanggungjawab telah pun mengambil peranan sebaiknya untuk menangani kes tersebut....Biarlah undang-undang yang mensabitkan kesalahan mereka...Kita buat jer yang mana boleh....Yang sudah tu, sudah lah....berhenti mencaci hamun, kerana ianya menampakkan siapa diri kita sebenarnya...
P/S :
Syabas & Excellent PH ucapkan kepada mereka yang sukarela membantu kucing-kucing yang teraniaya siang tadi....Kepada pemilik kucing, anggaplah ini sebagai suatu pengalaman hidup...Mesti ada hikmahnya kenapa perkara ini berlaku pada kalian....
Dalam pada kita membantu haiwan, jangan lupa membantu insan yang memerlukan juga....Kita bantu haiwan biarlah setakat yang mampu....Tiba-tiba teringat pula PH tentang kisah Pak Ali ( KLIK SINI ) dan Pak Syafiq ( KLIK SINI )....Orang-orang sebegini juga memerlukan bantuan dari kita....
Nak dijadikan cerita, PH pernah terjumpa seorang lelaki yang mengusap-usap kucing di sebuah kedai makan..Tiba-tiba datang pula seorang anak yatim meminta derma....Belum lagi habis anak yatim tu bercakap, lelaki terus menghalau anak yatim tersebut dengan alasan waktu malam mana ada anak yatim mintak derma....
Masyaallah....PH harap kalian tak macam tu...Manalah tahu anak yatim tu entah-entah malaikat rahmat yang menjelma....Jangan lupa membantu insan yang memerlukan juga yer...
Nasihat dari PH : PH tak pernah mendidik anda semua ( khususnya warga KMFC ) untuk memaki hamun kepada orang yang membuat kesalahan sekiranya orang tersebut tiada kaitan dengan anda, lebih-lebih lagi memburukkan sesama manusia di Facebook...Gunakan Facebook sebagai jambatan melahirkan modal insan yang menyayangi haiwan...Jangan fanatik sangat nak bantu haiwan...Nak bantu, biar berpada-pada....Jangan risau, masalah haiwan jalanan takkan selesai di dalam generasi kita sekarang yang sekarang ni...Ia mungkin akan pulih 'sedikit' di generasi yang baru, iaitu pada generasi 100 tahun akan datang...
SEBELUM KIRA BINTANG DI LANGIT, KIRA BUTIR PASIR DI BUMI DULU....
DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG....
PH TAK PERNAH HALANG PERJALANAN ORANG, JADI JANGAN SESEKALI ORANG TU MENGHALANG PERJALANAN PH...KENA PANAH PETIR PH TAK JAMIN....
Iyo pun tak jamin ada yang kena panah petir kalau korang halang perjalanan papa ku ini...
LAMA DA TA BACE CERITA PASAL IYO.. haha.. comel iyo pakai cap~
ReplyDelete