Pelangi Kehidupan Yang Selalu Kita Terlepas Pandang

 Anak-anak PH memang selalu PH dedahkan dengan kucing-kucing mahupun anjing meskipun ianya tergolong dalam spesis haiwan jalanan....Bukannya apa, ini adalah untuk mendidik mereka menjadi seorang yang penyayang...Bila mereka sayang haiwan, mesti mereka akan sayang manusia juga....Baru-baru ni, PH ada pergi ke sebuah petshop..Kat kedai tu macam-macam barang dan aksesori untuk haiwan peliharaan dijual...Kalau setakat Royal Canin tu, bersepah-sepah kat kedai tu...Harganya...? hmmm...Sama jer macam kat tempat lain...kalau murah pun sehengget dua jer....Apa yang PH perhatikan tempat ni, agak selesa juga....Tempatnya bersih dan menarik...Pekerja dan taukenya ( barangkali ) pun mesra pelanggan...
Kedatangan PH dan family disambut oleh seekor kucing Siam putih yang berusia 7 bulan...Memang mengancam sungguh wajahnya...



Kucing ini dijual dengan harga tut...ermmm...Mahal la jugak bagi PH...Umurnya baru berusia 7 bulan dan telah divaksin dengan skala waktu yang sepatutnya...Tampak sihat tubuh badannya...tapi, tak sampai hati pulak tengok dia macam merayu-rayu suruh kita bawak dia balik....adeehhhh...



PH cuba pula pergi ke bahagian belakang apabila terdengar suara salakan anjing...PH tergelak tengok si keding ni...Comel betul...saiznya cuma besar sikit jer dari tapak tangan PH....


Ada juga anjing-anjing cantik dijual...Dalam bab-bab penjualan haiwan ni, PH tak berani nak komen...Perniagaan sebegini wujud kerana terdapat permintaan...Salahnya adalah manusia juga...


Si puppy comel ni pun geram PH tengok....Tapi, setakat boleh tengok je lar...Nak membelanya jauh sekali...hehehe...Cuma, apa yang PH tengok rata-rata penjual haiwan menyediakan sangkar yang tak sesuai dengan saiz haiwan di dalamnya....Kalau dalam sebulan tiada pembeli, maka dalam sebulan itulah mereka terkurung di dalam sangkar yang kecil tu....adeehhhh....Mungkin pihak berwajib perlu mewujudkan akta-akta kecil untuk mengatasi permasalahan ini...Nampak macam masalah kecil, tapi rasanya ia tak patut berlaku...Kalau nak kaut untung pun, agak-agakla kan...? Tapi PH tak maksudkan kedai petshop ini...PH puas hati kerana PH nampak depan mata PH sendiri yang mereka kerap membersihkan sangkar selepas anjing-anjing itu membuang najis...lepas tu PH nampak dia buka pintu sangkar tu dan mengusap-usap kepala anjing tu....Ada juga anjing-anjing yang dilepaskan di dalam sebuah bilik khas di bahagian belakang...Kan bagus macam tu....Prihatin namanya ni...


Alololo cinonet ni muka sedih menunggu tuan yang baru...Apalah nasib diri ini diperdagangkan...Apa nak buat, kan PH dah cakap, selagi ada permintaan dari manusia juga, selagi itulah perniagaan sebegini akan wujud....Cuma, pemantauan dari pihak berwajib perlu dikuatkuasakan dengan segera...


Gelagat hamster gendut ni betul-betul mencuit hati PH...


Tak sedar perut tu gendut, ada hati nak bolos kat lubang tecit....hahahahaha


Jauh bezanya dengan keadaan kucing-kucing jalanan....Walaupun nampak macam hidup bersepah jer tetapi sekurang-kurangnya mereka bebas...Bebas untuk makan, minum, bermain dan yang paling penting...TIDUR....Cer tengok cer tengok.....


Si gendut jalanan di kedai runcit ini tengah syok bermimpi peluk ikan tenggiri....hehehehe


Tetapi, ada juga yang kurang bernasib baik....


PH tak pasti apa kena dengan hujung ekor kucing betina bunting ini...Kucing ini memang PH selalu nampak di deretan rumah kedai ni....PH pernah ternampak ada seseorang pernah memberinya makan satu ketika dahulu...


Cuma, PH doakan jer semoga ada insan yang baik hati akan merawat kucing ini...PH tak larat nak tolong kesemuanya....Ramai orang amat mudah berkata-kata hari ini...tetapi, tak semuanya yang sanggup ambil tanggungjawab...hmmmm


Tidur yang nyenyak adalah aset bagi haiwan jalanan....Bagi mereka, dapat tidur dengan nyenyak adalah syurga dunia...Ini adalah kerana tak semua anjing jalanan dapat tidur dengan nyenyak...Apa tidaknya, bila nak tidur ada saja yang mengacau...Ada saja penyakit yang datang...Ada saja rasa gatal-gatal di badan akibat kurap dan fungus....


P/S :
Apa-apapun, sama-samalah kita memikirkan akan masa depan mereka ini....Memang nyawa mereka kelihatan macam murah, tetapi nyawa mereka semua datang dari Allah SWT....Setiap satu benda yang datang dari Allah semuanya tidak sia-sia....Jangan rasa yang kita ini senantiasa hebat dan senantiasa walafiat....Wujudnya mereka di kalangan kita adalah sebagai penghibur dan penglipur lara di kala kita dilanda bencana dan masalah....Kepada mereka jugalah kita harus berbuat baik, dan mungkin mereka juga akan memberikan pertolongan kepada kita apabila kita susah kelak...dan kadangkala pertolongan dari mereka mungkin akan terzahir di dalam bentuk batin...


Sama-samalah kita ajar dan didik anak-anak kita, sahabat-sahabat kita bahkan masyarakat kita yang berbilang kaum agar sama-sama menyayangi mereka ini...Insyaallah negara kita akan aman kerana kurangnya KARMA...

Comments

  1. Alhamdulillah saya di besarkan dengan family yang sayangkan haiwan terutama kucing.. Jadi takde masalah bagi kami adik beradik utk tggal bersama kucing ni..

    ReplyDelete
  2. Saya juga sangat bersyukur kerana Mama dan Papa sudah menyemai rasa kasih-sayang dan belas kasihan terhadap haiwan kepada kami adik-beradik sejak kecil. Percayalah, insan yang SAYANGkan haiwan dan punya belas kasihan terhadap makhluk Allah ini akan dibalas dengan cara yg tidak kita sangka2. Haiwan2 ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kita.....

    ReplyDelete
  3. Nak ucap tksh byk2 kat PH & MH sb selamatkan Hero & sayanginya. Klu saya, saya akan lakukan yg sma. Kdg2 saya memikirkan mcmn kerajaan nak larat bwk; sdgkan bila tlg org miskinnya skit sgt, citer je lebih. Tu pun msih byk org x berumah mcm kucing2 & anjing2 yg kite npk tu. Apalgi nak pk psl haiwan. Undang2 lindungi binatang 1 helai bulu kucing pon xda. Saya bkn skit2 nangis pkkan haiwan2 terbiar ni. Pe yg saya mampu saya lakukan sndri & doa agar semua rakyat malaysia yg seramai 24 juta tu ada belas ihsan dlm diri msg2 yg Allah tumbuhkan. Selebihnya mmg x mampu.

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah kurung kucing saya dalam sangkar.. kecuali masa mereka cirit.. sbb xnak diorang berak merata.. kucing saya sekarang ni pun tiap2 malam tido bilik parent sebab bilik tu pasang aircod tiap2 malam.. ingatkan mengada nak tempat sejuk..rupanya ada baca satu entry yang cakap kucing elok diletakkan tempat yang beraircond.. tapi memang bahagia la tengok mereka berlari2 dalam rumah..^__^

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular