Daripada Beli Haiwan Di Petshop.....
Baru-baru ni PH pergi The Store Semenyih Sentral nak beli barang dapur...Terjumpa lagi minah janda ni...Tengah baik punya lentok kat tepi kereta....kali ni lentok dia lain macam...Nyenyak bebenor tidonyerrr....Episod Si Sera kali ini seperti biasa....Memang cara PH kalau terjumpa anjing atau kucing di tempat yang biasa PH lawati, PH akan belikan makanan untuk mereka...Makanan tu pula tengok bajet yang dibawa ketika itu...Kadang-kadang, PH belikan wet food...Kadang-kadang PH belikan kibbles...Tengoklah yang mana sesuai...Walapun Si Sera ni anjing, PH bagi jer makanan kucing...Bagi PH, tak perlu kalau kita nak bagi makanan yang mahal pada haiwan-haiwan yang terbuang ni sekiranya kita kurang berkemampuan...Janji niat kita nak bersedekah tu ada waima kepada anjing sekalipun tak kiralah apa jua makanan yang kita berikan asalkan mereka kenyang sekurang-kurangnya untuk setengah hari....
Dari jarak 2 meter sudah kedengaran dengan jelas bunyi nafas tidurnya...Entah apa yang dimimpikannya tu....PH panggil dia tak nyahut langsung...Tak ramai orang ketika itu, jadi ini serba sedikit memudahkan kerja PH....
MH pun datang membawa setin wet food....Bila diletakkan secebis wet food tu ke hidungnya, sepantas kilat dia bangun lepas macam tu nak tumbang...adehhhhh mamai la tu....hahahaha...Terus dia meluru ke arah wet food yang PH dah sedia letakkan di sebelahnya...Lahap betul dia makan....Cantik tompok Si Sera ni, macam anjing Dalmation tu...
Si tecit ni pun sama...tidur tak ingat dunia dah....
Kelakar betul...PH letakkan wet food tu betul-betul kat lubang hidung dia...Kembang kempis tapi tidur lagi...Lama juga keadaannya macam tu..Lepas tu tiba-tiba dia tersentak dan makan sambil baring...Alahai comel betul....Anjing ni budak lagi....
Populasi kucing-kucing yang terbuang seolah-olah tiada penyelesaiannya...Justeru itu, kitalah yang ada untuk membela nasib mereka...Kalau tak, siapa lagi yang nak bela nasib mereka....Kalau mampu, adopt terus...Kalau tak mampu, berdoalah agar ada yang mengambil berat akan nasib mereka...Mungkin haiwan ini tahu yang kita mendoakan mereka...
Sejak akhir-akhir ni, ramai juga yang memberitahu PH menerusi KMFC
( KLIK SINI ) mengenai kekejaman yang berlaku di kawasan kejiranan mereka...Ada yang memberitahu bahawa kucing yang terbiar di kawasan pejabat mereka dipijak oleh seorang kanak-kanak sehingga mengakibatkan kecedaraan yang parah...Akhirnya, kucing tersebut mati di meja pembaringan klinik veterinar....
Kalau kita ada anak kecil, beritahulah mereka supaya jangan dianiaya kucing-kucing ini....Kalau kita seorang guru, sampaikanlah mesej ini kepada anak-anak murid...Kalau kita seorang pensyarah, sampaikanlah mesej ini kepada mahasiswa-mahasiswa universiti....Hatta anjing sekalipun, janganlah dilayan mereka dengan kekejaman...Mereka pun tak tahu apa salah mereka....
P/S :
Bukan nak mendabik dada, bukan nak tunjuk lagak....Kalau tidak ada testimoni sebegini, kita tidak akan dapat selami akan derita yang mereka sedang alami...Untuk menyampaikan ideologi PH yang tersendiri, ianya adalah ibarat menolak batu besar ke atas bukit...Orang lain akan ketawa kerana ianya nampak bodoh...Bukan semua orang yang boleh terima ideologi yang PH bawa....Tapi apabila batu besar itu dah berjaya berada di atas bukit atas izin dari Allah, Alhamdulillah ...hmmmm....
Ubah persepsi anda terhadap anjing....dan daripada membeli anjing dan kucing kat petshop, lebih baik kutip dan bela mereka yang terbuang...Penjualan haiwan akan berterusan selagi ada permintaan dari kita sendiri...
Penulisan kedua PH untuk Majalah Mastika keluaran Januari 2012 telah diluluskan oleh Pengarang Mastika, Encik Sahidan Jaafar...Artikel PH yang pertama keluaran Disember 2011 kini telah pun berada di pasaran...Dan sekarang ni PH sedang menulis sebuah buku di mana ideologi PH telah diterima untuk diabadikan ke dalam perpustakaan sekolah rendah dan menengah....Doakanlah semoga segala usaha dipermudahkan oleh Allah SWT...
Alhamdulillah...syukur dan andaikatalah ramai lagi seperti PH tentunya makhluk Allah ini tidak terbiar. Saya bukan jenis peminat setia kucing tetapi pertemuan dengan Dino menyebabkan hati saya tersentuh...PH boleh lihat cerita yang ingin dikongsi pada semua di link
ReplyDeletehttp://mamasyaidah.blogspot.com/2011/11/falling-dino-is-getting-better.html
salam...
ALhamdulillah...moga rezeki PH bertambah dari hari ke hari..nanti nak beli lah Majalah Mastika..last time memang ada beli gak Mastika citer tentang HERO tu..anak² bulus sibuk nak landing atas magazine tu..hehehe..^^
ReplyDelete