KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Kisah Empat Ekor Kucing Yang Terbuang

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Wednesday, November 23, 2011

Kisah Empat Ekor Kucing Yang Terbuang

Posted by Papa Hero | Wednesday, November 23, 2011 | Category: , , , , |

Seperti yang PH pernah update di dalam status Facebook KAKIMOTONG FAN CLUB dulu, PH ada bawa balik seekor kucing oren yang cedera...Tiba-tiba jer dia datang mengiau kat kaki MH...Lokasinya adalah di restoran yang sama PH selalu makan dengan famili...Mukanya ada kesan darah beku, muka dan kaki kanan belakangnya bengkak, jalan tempang dan giginya patah....Aduhai kesian betul dengar suara dia menggigil...hmmm angkut jugak ler...hehehehe....
Lepas PH letakkan Si Chipie ni kat dalam kereta, dia tak banyak kerenah...Mengiau sahaja sebab nak kelaparan....Baunya busuk sangat, itu belum dikira bau mulutnya yang hanyir kerana air liurnya asyik meleleh jer....


Macam kucing-kucing yang PH kutip dulu, Si Chipie ni kelihatan pasrah....Dia biarkan sahaja apa yang PH buat kat dia....Kat dalam kereta tu juga PH belek-belek keadaannya...hmmm, hasil pemerhatian PH kemungkinan besar Si Chippie kena pukul dengan manusia....Dipukul dengan objek tumpul...Dalam hidungnya ada darah beku....


Lihatlah sendiri penderitaan yang dialami oleh Si Chippie ni...Giginya patah teruk, gusinya terbelah dan hidung yang berdarah....Apa agaknya salah si makhluk yang tak berakal ini diperlakukan sehingga sebegitu rupa....? Ke mana hilangnya akal manusia....? Ya Allah, berilah hidayah kepada si durjana yang menganiaya haiwan comel ini....Sekiranya hati mereka masih keras, Kau berilah pembalasan yang setimpal terhadap mereka sebagai pengajaran.....


Alhamdulillah, dia tak banyak kerenah...Sembur menyembur pun tak...Tu yang PH agak hairan....Kebanyakan kucing yang PH bawak balik semuanya tak pernah bergaduh sesama sendiri...Kalau ada pun sembur-sembur manja jer....Mungkin Allah tu nak permudahkan urusan PH....Sampai jer kat rumah habis semua PH sembur kat badan dia...Deodorant, anti-fungus, ear cleaner, front line, bagi minyak ikan, bagi vitamin, bagi ubat selesema dan macam-macam lagilah....Baik betul dia...Tak banyak kerenah pun...Tang gigi dan gusi Si Chippie ni PH bubuh minyak gamat sikit sementara nak tunggu masa yang sesuai untuk bawa ke vet sebab PH tengok dia masih stabil lagi....Ni video Si Chippie...Nasib baik dia masih mahu makan dan minum...




Sekarang ni pula PH tengah sibuk dengan agenda-agenda tugasan berat di Construction Site....Banyak pelan bangunan PH kena submit untuk Architect Approval, serentak dengan Site Inspection dengan M&E Consultant...Pengalaman selama 11 tahun dalam bidang ini mengajar segala-galanya...Cewaahhhh... Dah melalut la plak....Tapi tak kira, PH nak melalut jugakkk...hehehehe


Lepas makan super premium wetfood ( nasib baik ada stok lagi ), Si Chippie ni terbungkang kekenyangan...Adehhhh gembiranya PH tak terkata....Dia terus ngam dengan Si Rambo....Kucing-kucing PH yang lain pun menyambut baik kehadiran Si Chippie ni....


Tengah-tengah tidur tu, PH bangun kejap nak tengok Si Chippie kat tingkat bawah...Alhamdulillah, dia dah tak sedar diri....Tidur tak hengat dunia....Agaknya dah berapa lama dia tak tidur dengan lena yer...? hmmmm...Sementara tu, kucing-kucing PH yang lain sibuk bersukan SEA kat ruang tamu....Lantak koranglah, janji korang bahagia dan sihat suddeeyyyy...


Keesokkan paginya masa PH nak pergi kerja, Si Chippie ni dah bangun...Matanya bulat dan bersinar, tak macam masa mula-mula jumpa dulu...Lucu betul bila tengok Si Cumie ni sembur kat Si Chippie...Tak menakutkan langsung...hehehe..Chippie dah mula nak bergurau dan bersosial dengan kucing-kucing PH yang lain....


Tak sampai seminggu PH bawak balik Si Chippie, ada seekor kucing asyik menjenguk PH di celah-celah dinding deretan rumah kedai berhampiran restoran yang sama PH jumpa Si Chippie tu....Dia tenung tepat ke arah mata PH...Badannya kurus, warna bulunya pudar dan berhabuk...Matanya ada selaput...Katarak barangkali....


PH terus timang dia tanpa prejudis...Ringan sangat badan dia...Dah tentu tak cukup zat dan tak cukup tidur ditambah lagi dengan stress keadaan sekeliling....Dia tak mengiau...Diam jer..."Sakit ke kucing ni...?" bisik hati kecil PH....


Memang PH ada standby RC kat dalam kereta....Lepas dia nampak RC tu, terus dia makan tanpa henti sambil mengeluarkan bunyi garangnya...hahahaha lapar rupanya kau ni....Gelojoh dia makan....Bila dah habis pandai plak nak mintak lagi tu....


Sampai jer kat rumah, dia sambung lagi...Memang PH bagi dia melampiaskan nafsu makannya ddengan membenarkannya banyak-banyak.....Sedih betul tengok keadaannya....Kecik-kecik dah tinggal keseorangan...Sape lagi yang nak sayang mereka kalau bukan kita, kan...?



Lepas 10 minit mengadap RC dan SP, tak tunggu dah...Terus dia tidur...Ni malam yang pertama dia tidur di rumah PH...Itupun lepas PH bagi ubat dan vitamin kat dia...


Yang ni pula malam yang kedua...Dah mula tak sedar diri dah...hehehe..Takper, biarkanlah buaak ni dengan apa yang disukainya....Alhamdulillah.... :)


Si Cumie semakin cemerlang...Kuat makan minah tecit ni.....



Kakinya sudah boleh ditegakkan dan boleh bergerak sikit....MH memang steady...Pandai betul dia mengurut kucing....Si Eckie yang lumpuh tu pun boleh berjalan dibuatnya....Tapi semuanya dengan izin dari Allah jua...Yang penting, kita berusaha...Susah dulu tak mengapa, rezeki akan datang juga nanti.... :)


Semakin hari semakin laju dia mengesot...Comel sangat-sangat....hehehehe...
Cerita asal-usul mengenai bagaimana PH bertemu dengan Si Cumie ni ada di sini ( KLIK SINI )


Si Cutie ni pun semakin hari semakin manja...Tak sah kalau dia tak tidur kat kepala katil....Terpaksa pula PH kalihkan kepala PH ke sebelah sana pulak....Nak alihkan dia tak sampai hati....hu hu hu..Cerita mengenai asal-usul Si Cutie ni ada di sini ( KLIK SINI )


Si Cumie ni memang cerdik..Dia tahu di mana tempat tidurnya...jauh mana dia merayap, dia tetap juga akan balik ke tilamnya....


Si Misha semakin hari semakin cantik, walhal dulu busuk ya amat....PH rasa, dia ni memang baka keding sebab makan banyak macamana pun badannya tetap keding juga...Tapi takperlah, asalkan dia sihat PH pun tumpang gembira.. :)
Cerita mengenai bagaimana PH bertemu dengan Si Misha ada di sini ( KLIK SINI )...Sopan betul bila dia duduk..Si Misha ni adalah salah seekor kucing PH yang pandai mengenang jasa... :)


P/S :
Lepas anda baca entri ni sampai habis, PH dah pun Shut Down lappy, urut-urut kepala Iyo, Iyo jilat-jilat muka PH dan timang seekor demi seekor anak-anak berbulu kat rumah ni dan cium pipi si kembar yang tengah tidur tu 5 kali setiap sorang...Esok PH ada tugasan berat nak diselesaikan...Alhamdulillah sempat juga update blog di waktu hening pagi ni....Memang penat kalau kerja memerah idea dan otak ni...Stress lain macam...Kucing-kucing di rumah tulah yang menjadi penawar stress PH, selain dari MH dan si kembar comel...
Syukran :)
Bagi anda yang belum join Facebook PH, jemput singgah ke page PH ni yer 
Enhanced by Zemanta

Comments
2 Comments

Currently have 2 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. Speechless KucingMalaysia di buatnya ...
    Jasa mu kan di kenang papa Hero ~~
    Insyaallah buat baik di balas baik.




    **Kichan, Tomei, Manje N Putih tunggu dekat
    kucingmalaysia.blogspot.com tau... Jemput la ke rumah ;)**

  2. sedihnya..terharu sy :( http://takmungkinbenar.blogspot.com


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails