Pernah Tak Bubuh Bedak Kucing Kat Kucing Anda....?
Pernah tak bedakkan kucing anda...? Haaa, entri kali ni PH nak buat santai-santai sikitlah...Letih juga asyik "berkhutbah" jer.....hehehe....Biasalah, esok kan nak kerja dah....Ok, bedak ni adalah khas untuk kucing....Baunya...? Perrrghhh wangi macam talkum Palmolep....Biasanya MH yang bedakkan budak-budak berbulu kat rumah ni....
Kelebihan bedak ni ialah ianya tahan lama dan amat sesuai untuk "Outdoor Cat"....Selain dari bubuh 'deodorant' yang berasaskan air, bedak ini lebih mudah digunakan....
Kan PH dah bagitahu dalam entri-entri yang lepas....Cara kita nak bela haiwan peliharaan perlu mengikut peredaran zaman....Tak serupa lagi macam dulu....Bermacam-macam aksesori haiwan berada di pasaran sekarang...
Cara pemakaiannya, hanya tuang bedak ke badan mereka dan gosok-gosokkan bedak tersebut secara merata....Bulu dan tangan kita mestilah dalam keadaan kering....Disarankan bedak ini digunakan selepas sesi "grooming" ataupun selepas memandikan mereka....
Secara halusnya, penggunaan bedak ini sebenarnya bukan sahaja untuk mewangikan kucing tetapi ianya akan mengeratkan lagi kasih sayang kita dengan mereka....Dengan adanya aktiviti sebegini, ianya akan menjadikan hidup kita dan haiwan peliharaan lebih berkualiti....Tak percaya...? Cuba tengok video ni...hehehe
Inilah wajah-wajah mereka selepas dibedakkan...Mereka berasa nyaman dan selesa....
Boboy dan Hector
Boboy, Rambo, Motet dan Hector
Hector
Leena
Mia ( dah nak sama warna dengan lantai )
Hero ( abam kawasan )
Di rumah PH cuma ada beberapa alat-alatan dan ubat-ubatan yang asas sahaja...Di antaranya ialah bedak kucing, Ear Cleaner, ubat mata, ubat selesema, Front Line, minyak gamat, minyak ikan kod, syampu berubat, putik kapas / kapas gulung, semburan deodorant, anti-fungus, ubat kurap dan sarung tangan getah yang macam vet selalu pakai tu....Kalau kurang kemampuan, belilah yang mana mampu seperti ubat mata / selesema dan semburan anti-fungus...Takpun beli minyak gamat ataupun iodin jer...Belilah mengikut kemampuan anda dan keperluan kucing anda samada untuk kebersihan dan untuk kecemasan....
PH rasa, mesti tak ramai yang tak tahu gambar apa di bawah ni....Di bawah ini ialah vitamin untuk kucing yang dipanggil Kitzyme
( sebutannya kitzimi )...Ianya adalah baik untuk meningkatkan tahap ketahanan antibodi kucing terutama kucing-kucing "Outdoor"...Harganya tak mahal...Cuma RM8 untuk 100 biji....Tapi tak semua petshop ada jual..Kenalah rajin bertanya...Pak Gugel kat ada....hehehe
P/S :
Dulu PH pun tak pandai bab-bab aksesori kucing ni...Tapi bila PH selalu pergi ke Petshop, macam-macam yang PH pelajari dan ianya ternyata menyeronokkan kerana banyak ilmu kehaiwanan telah PH pelajari ( KLIK SINI )...Hubungan kasih sayang antara kita dengan haiwan peliharaan kita lebih berkualiti...Rezeki pun tak putus...What we give, we will get back....Tapi, janganlah kita lakukan semua ini hanya semata-mata untuk mendapatkan balasan sahaja dan yang paling penting ialah jangan terlalu obses....Biarlah seimbang dengan keperluan kita....Dahulukan yang mana patut didahulukan....
Dalam pada kita bergembira dengan anak-anak kucing kita, sekali-sekala ingatlah kepada haiwan yang kurang bernasib baik di sana....Cuba baca kisah di bawah ni :
SOS - While on my way home around 5pm, I spotted a black kitten sitting by the road side at Jalan Maharajalela (KL), under the Monorail Station Maharajalela. I afraid that the kitten might walk to the busy road & get hit by cars, so I stop by the nearest petrol station & get a paper box from them and walk back to the station to get the kitten.
Knowing that my mom will not allow me to foster the kitten. I had no choice but to board the kitten at the vet clinic for a night. I am really really DESPERATELY looking for someone to help me foster the kitten while I look for adopter. Kindly share this around, thank you very much!
— at LOCATION: Cheras, KL.
~Jom bantu anak kucing ni....Mungkin ini adalah jelmaan rezeki untuk anda...untuk sebarang pertanyaan, sila hubung Ms Jessy Lian di http://www.facebook.com/ profile.php?id=637476962%7E ataupun pm inbox Facebook PH...~
bedak kucing?? baru la saya tahu rupanya ada di pasaran.. ^_^
ReplyDeletecomel2 kucing PH..teringin nk curi sekow...hihi...da beli mastika baru n da baca penulisan PH..well done PH! :)
ReplyDeletextau pun kewujudan bedak utk kucing :O betul ckp PH, mmg dorg nmpk selesa sgt! :DD
ReplyDeletesemoga rezeki PH sekeluarga dgn anak2 bulus akan bertambah, amin :)))