Penubuhan Skuad Penyelamat dan Polis Haiwan Di Malaysia. Apa Kata Anda?
Zaman sekarang telah berubah. Manusia menjadi semakin kejam. Marahkan orang lain, haiwan yang menjadi mangsa pelampias nafsu amarah. Kejadian kes penderaan terhadap haiwan ini di Malaysia kelihatan seolah-olah tidak kritikal kerana kurangnya laporan, walhal di laman Facebook PH sendiri banyak sahabat-sahabat internet telah mengadu ada haiwan yang didera oleh tuan mereka. Ada yang dipijak, tidak diberi makan, tempat tinggal haiwan peliharaan yang sempit, dipukul sehingga mati dan sebagainya. PH yakin semua orang tak ingin perkara sebegini berlaku. Sesiapa yang befikiran sebaliknya, bagi PH mereka ini adalah orang yang berfikiran mundur dan kurang kasih sayang. Banyak contoh-contoh di negara Barat yang boleh kita ikuti. Banyak siaran-siaran di televisyen yang memaparkan kisah pilu haiwan yang didera, tetapi apakah tindakan kita? Sebagai rakyat biasa, kita ada tahap siling. Tak boleh dari itu sebab kita tiada kuasa untuk melakukan penangkapan dan sebagainya. Tetapi sebagai sebuah negara yang berdaulat dan mempunyai kerajaan, sepatutnya perkara sebegini tidak boleh diambil ringan lagi. Tiada satu pun rancangan televiyen yang diwujudkan untuk memberi kesedaran bahawa betapa pentingnya memupuk sikap sayangkan haiwan.
Sekarang sudah tiba masanya untuk kerajaan Malaysia menubuhkan satu skuad untuk membendung permasalahan ini. Contohnya sudah ada, cuma perlu ditiru sahaja. PH amat mendambakan agar skuad atau polis penyelamat haiwan ini ditubuhkan. Sudah tiada alasan lagi untuk berdolak-dalik. Di Miami, lihatlah betapa bangganya mereka bekerja sebagai polis haiwan. Mereka mempunyai kuasa untuk menangkap dan mendakwa pelaku kekejaman haiwan ini ke mahkamah. Sedangkan di negara kita langsung tidak mahu mengambil contoh dan teladan dari mereka. Kalau perkara negatif, sudah terlalu banyak didedahkan di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen. Media-media menyogok terlalu banyak isu-isu negatif yang langsung tidak membina jatidiri rakyat.
Sekarang sudah tiba masanya untuk kerajaan Malaysia menubuhkan satu skuad untuk membendung permasalahan ini. Contohnya sudah ada, cuma perlu ditiru sahaja. PH amat mendambakan agar skuad atau polis penyelamat haiwan ini ditubuhkan. Sudah tiada alasan lagi untuk berdolak-dalik. Di Miami, lihatlah betapa bangganya mereka bekerja sebagai polis haiwan. Mereka mempunyai kuasa untuk menangkap dan mendakwa pelaku kekejaman haiwan ini ke mahkamah. Sedangkan di negara kita langsung tidak mahu mengambil contoh dan teladan dari mereka. Kalau perkara negatif, sudah terlalu banyak didedahkan di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen. Media-media menyogok terlalu banyak isu-isu negatif yang langsung tidak membina jatidiri rakyat.
Cuba lihat wajah-wajah polis haiwan di atas. Betapa megahnya mereka kerana dapat berkhidmat demi haiwan yang teraniaya. Uniform pakaian pun sudah jelas menampakkan kredibiliti mereka. Kalau skuad sebegini ditubuhkan di Malaysia, sudah pasti ianya akan disambut baik. Peluang perkerjaan juga akan bertambah.
Sekiranya skuad atau polis haiwan Malaysia ditubuhkan, ianya adalah satu kemajuan bagi generasi celik IT. Skuad ini mungkin boleh membuat satu laman di Facebook atau laman web khas untuk menerima laporan-laporan kekejaman dari masyarakat setempat. Mereka perlu bertindak mengikut laporan, gambar ataupun video-video yang diterima melalui medium laman Facebook atau laman web. PH yakin, sekiranya laman ini diwujudkan, ianya akan dibanjiri dengan laporan-laporan kekejaman sebagaimana yang telah dilaporkan di dalam laman Facebook PH dan laman Facebook pencinta haiwan yang lain. Tetapi, sebagai rakyat biasa PH tak mampu untuk bertindak dengan sewajarnya .
Akta haiwan dan pelaku kekejaman haiwan perlu dipinda. Penguatkuasaan sudah pastinya akan menjadi lebih kukuh sekiranya tertubuhnya skuad dan polis haiwan ini. Untuk memartabatkannya, pelaku kekejaman perlu dilabelkan sebagai "penjenayah haiwan" kerana mereka mendera dan membunuh dengan sesuka hati, cuma bezanya ialah mereka membunuh haiwan. Pelaku kekejaman ini perlu dihadapkan ke muka keadilan dan menerima hukuman yang setimpal. Di Malaysia, terdapat banyak bukti-bukti kekejaman telah didedahkan, namun oleh kerana tiada akta yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan mereka. Mereka bebas begitu sahaja dan kemudian tak mustahil mereka akan melakukan kekejaman itu sekali lagi. Orang yang didapati bersalah mendera atau membunuh haiwan perlu dimasukkan ke hospital sakit jiwa dan melakukan kerja-kerja amal sosial yang berat sebagai langkah denda tambahan. Tertekan dengan masalah hidup bukanlah alasan yang konkrit untuk mengiakan kekejaman itu berlaku.
Di negara barat, menganiaya haiwan adalah menjadi satu kesalahan yang amat serius. Polis haiwan yang ditubuhkan mencari pesalah laku ini sehingga ke lubang cacing. Tiada kompromi untuk mereka. Hukuman yang dikenakan amatlah berat. Ianya disokong oleh sebilangan besar penduduk di sana walaupun ada yang tak suka haiwan. Bagi PH, orang yang pernah membunuh haiwan dengan sesuka hati adalah amat berbahaya kepada masyarakat. Tidak mustahil satu hari nanti mereka akan membunuh manusia pula. Polis haiwan di sana menjalankan tugas mereka dengan begitu profesional sekali.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa PH dan En Jamil Ismail ( Pengerusi Persatuan Perlindungan Kucing Selangor & Kuala Lumpur ) pernah mengeluarkan kenyataan di dalam Utusan Malaysia mengenai cadangan penubuhan polis haiwan di negara ini.
Dengan adanya skuad atau polis haiwan ini, diharapkan mereka juga dapat menyentuh isu-isu kekejaman terhadap haiwan yang turut dilakukan oleh majlis-majlis perbandaran yang melakukan operasi penangkapan haiwan-haiwan liar. Kalau boleh, biarlah mereka diberi kuasa sepenuhnya untuk membendung dan memantau kakitangan majlis yang menyertai operasi-operasi sebegini. Majlis perbandaran mestilah mengikut garis panduan operasi penangkapan yang dikeluarkan oleh polis haiwan ini setelah ianya diluluskan oleh kabinet.
Polis haiwan juga boleh menggunakan kredibiliti mereka untuk meluaskan kempen-kempen dan tatacara tingkah laku terhadap haiwan kepada masyarakat setempat. Intergrasi mereka dengan Pusat Perkhidmatan Haiwan, PERHILITAN dan Jabatan Veterinar akan menjadikan skuad ini lebih padu dan lebih disegani. Ini amatlah penting untuk memastikan bahawa kedudukan taraf skuad ini adalah dipandang tinggi sepertimana taraf Polis DiRaja Malaysia.
P/S :
Bersama-samalah kita memohon dan berdoa kepadaNya agar penubuhan polis haiwan di negara ini bakal menjadi kenyataan. PH yakin ramai di kalangan anda sudi menjadi sukarelawan dalam perihal membantu nasib-nasib si comel yang teraniaya. Bersatulah kita di dalam membanteras kekejaman terhadap haiwan.
Apa kata anda sekiranya skuad penyelamat dan polis haiwan ini ditubuhkan di negara kita?
*kesemua sumber gambar adalah dari Google
saya setuju! semoga usaha ini akan dipermudahkan.
ReplyDeletecadangan yang bagus.. menganiaya, mendera & membunuh haiwan adalah perkara yg salah & berdosa cuma undang2 manusia je (kat malaysia) belum mengiktirafkan ia sebagai jenayah. Elok kalau ada polis haiwan ni. Boleh kurangkan kezaliman terhadap haiwan. Haiwan juga ada hak atas muka bumi ni mcm manusia kenapa hak mereka nak di ketepikan. Bukan kita empunya Dunia ni.. Kita sama2 menumpang spt haiwan jugak
ReplyDeleteSaya sokong sgt2 usaha ini dan semuga ia dipercepatkan sbb trlalu bnyk kes penderaan haiwan berlaku dn dilakukan oleh sgenap kaum. Ish kejam nya mereka.
ReplyDeleteharap malaysia akan menjalankan polis haiwan ini nanti
ReplyDeletesaya sokong 100%...
ReplyDelete