KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Selamat Datang UKM Bangi

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Wednesday, November 30, 2011

Selamat Datang UKM Bangi

Posted by Papa Hero | Wednesday, November 30, 2011 | Category: , , |

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar....Malam semalam ( 29.11.11 ) PH dijemput oleh Cik Suriati untuk dijadikan bahan tugasan untuk semester akhir tahunnya...Cik Suriati bersama dengan ahli kumpulannya diiringi oleh pensyarah mereka Encik Shahizan ( maaf yer kalau tersalah eja nama )....Mereka adalah penuntut tahun akhir di dalam jurusan SKKC 3103 Rencana Siaran dan Dokumentari dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi......
Format dokumentari adalah ringkas dan temanya ialah berkaitan dengan cara dan ideologi PH memperjuangkan dan melahirkan insan pencinta haiwan...Kelengkapan yang berteknologi tinggi juga dibawa bagi membolehkan bakal-bakal penyiar ini mempraktikkan apa yang diajar...PH suka akan kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka semua...Encik Shahizan pun steady dan peramah, begitu juga dengan pemandu van, Encik Hazlee...


Ketika mereka sedang menyiapkan set, PH asyik bersembang dengaan Encik Shahizan....PH tidak mahu mengganggu konsentrasi mereka....Bermacam-macam isu dan cerita yang PH sembangkan dengan Encil Shahizan....

PH tak perasan plak Si Bon-Bon interprem nak glamur...hehehe..Cer cari

Emcik Rosli adalah kru juruteknik UKM Bangi...Beliau banyak terlibat di dalam tugasan di dalam studio...Banyak perkara yang berkaitan dengan teknologi penyiaran yang dikongsi dengan PH...PH tak sangka anak Melayu yang kelihatan ringkas ini  amat pakar di dalam bidang profesional ini....PH tahu, untuk menguasai ilmu sebegini, kesabaran dan minat adalah tonggak untuk berjaya di dalam bidang ini...Apa saja ilmu yang kita dapat tapi kita tak buat ( sebab tak minat ) ianya tidak akan mendatangkan apa-apa hasil....


Selepas Saudara Tan dan Cik Suhaila puas merakam aksi-aksi kucing-kucing PH dan Hero, kini giliran PH pula untuk ditemubual secara "In Person"....Banyak soalan-soalan bernas yang ditanya...Di antaranya ialah bagaimana keadaan kucing-kucing yang PH kutip semasa pertama kali berjumpa dengan mereka, adakah undang-undang sekarang ni perlu digubal, kalau PH menjadi duta pencinta haiwan, apakah yang PH akan lakukan dan banyak lagi soalan yang memang kena pada waktunya untuk PH jawab....PH juga ada menyentuh mengenai mereka yang tidak sukakan kucing dan anjing....PH tak boleh nak ulas soalan-soalan ini di dalam entri ini kerana ianya terlalu panjang untuk dijawab...PH tengah ngantuk masa taip entri ni...hu hu hu hu


Si Hector ni memang selalu interprem...Terus PH angkat dia ke ribaan...


Iyo diam jer ketika itu..tak banyak bergerak sebab dia dah kenyang...



Lokasi set dibuat di dua sudut yang berlainan....babak kedua dilakukan di penjuru ruang tamu....


Ada cenderahati yang diberi oleh pelajar-pelajar UKM Bangi ini...Walaupun kecil bentuknya, tapi besar maknanya bagi PH...Terima kasih....





P/S :
Sebenarnya, sesi rakaman video ini bukanlah untuk disiarkan di mana-mana media arus perdana di televisyen...Ini adalah video tugasan dokumentari untuk pelajar-pelajar ini untuk akhir semester...Ianya juga akan digunakan oleh pihak UKM Bangi untuk tujuan pembelajaran mahasiswa dan akan diabadikan di dalam pustaka universiti....Encik Shahizan berkata video ini akan mempunyai akta hak cipta tertentu di antara PH dan Pihak Universiti apabila video ini siap nanti...Perkara itu akan dibincangkan kemudian....Yang penting ideologi PH telah sampai ke tempat yang sepatutnya...
Terima kasih buat Encik Shahizan ( Pensyarah ), Encik Rosli ( Juru Teknik ), Encik Hazlee ( Pemandu ), Cik Suriati, Cik Suhaila Hashim, Saudara Tan Ren Shen, Saudari Shamala, Saudari Shanmugapriya dan Saudari Sivaneswary kerana sudi datang ke rumah PH....PH doakan agar kamu semua lulus di dalam peperiksaan akhir nanti dan semoga sukses dalam bidang yang diceburi....
Lepas habis entri menulis entri ini, PH nak sambung menulis buku untuk terbitan tahun depan...Insyaallah...
Dah selama sebulan lebih PH tidur pukul 4 pagi hampir setiap hari kerana memerah idea nak tulis buku...Bila ada matlamat yang jelas, semua halangan PH akan hadap....Dengan berbekalkan semangat Sang Harimau, PH yakin PH pasti akan sukses...


*BE THE BEST, BEAT THE REST*

Enhanced by Zemanta

Comments
2 Comments

Currently have 2 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. makin glemer gitu...berkat doa "anak2" PH kan..alhamdulillah....

  2. ahh U aku dulu.

    ditengahkan hasrat rakyat kita

    cayalah semangat sang rimau


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails