Pesanan Buat Bakal Doktor Veterinar

Perkataan veterinar atau vet sudah sering kedengaran sejak akhir-akhir ini....Perkataan tersebut sudah meniti di hujung bibir-bibir pencinta haiwan...Inilah petanda kesedaran telah pun menular di kalangan kita...Senario ini amat berbeza kalau nak dibandingkan masa PH di zaman sekolah dulu....Bagi PH, ini amat berkait rapat dengan kekurangan kesedaran sivik di mana ianya harus bermula dari rumah....Kekurangan sebegini harus dijadikan sempadan di masa sekarang....Sayangi haiwan bermula dari rumah...


Kerjaya sebagai seorang doktor veterinar amatlah mencabar....Ianya memerlukan kesabaran yang amat tinggi...Kalau manusia sakit, mereka tahu nak mengadu...Tapi kalau haiwan sakit, mereka tak tahu nak berkata-kata....Sebagai seorang yang mempunyai taraf yang tinggi daripada biasa, kerjaya doktor veterinar meliputi skop yang luas....Untuk mempelajari selok-belok tentang haiwan, kita perlu memahami selok-belok tentang diri kita dulu....

Baiklah, entri kali ini PH tulis adalah untuk mengisi permintaan seorang rakan Facebook PH sebulan yang lalu di mana beliau sedang menuntut kursus veterinar dan bakal menjadi seorang doktor Veterinar...Beliau adalah Saudara Ahmad Sallehuddin Mukhtarudin yang kini sedang menuntut di dalam bidang veterinar di Universiti Malaysia Kelantan ( UMK ) ..Beliau meminta PH membuat satu entri khas untuk rakan-rakan seperjuangannya...


NIAT

Sebelum kita melakukan apa-apa, niat adalah yang utama sekali...Tiada niat, maka tiadalah kita membaca artikel yang tak seberapa ini...Apabila kita melangkah ke alam universiti, kita sebenarnya telah berada di gedung ilmu yang infiniti...Kita kena ingat apa matlamat kita sebelum kita memangkah borang permohonan untuk masuk ke universiti...Kita juga kena tahu adakah kursus yang kita bakal jalani di dalam universiti itu bersesuaian dengan diri kita...? Adakah kita terlebih dahulu mengenali potensi diri kita apabila sebelum kita memilih jurusan apa yang kita nak ambil...? Di sinilah dilema yang banyak dihadapi oleh bakal-bakal mahasiswa....Kalau kita dapat kenali potensi diri, insyaallah kita akan memilih jurusan yang tepat...PH nak ambil satu contoh seorang rakan PH...Dia amat berminat dengan jurusan A, tetapi nasibnya kurang baik kerana jurusan A telah pun penuh diisi...lalu dia mengambil jurusan B, iaitu jurusan yang kurang digemarinya...Tetapi dia tetap juga nak belajar dalam jurusan B...Akhirnya, dia terkandas 3 kali berturut-turut dan mengeluh jurusan B yang diambilnya amat susah dan tidak sesuai dengan dirinya...Masanya berlalu dengan sia-sia kerana tidak mendapat diploma...Jadi, sekarang anda dah nampak betapa pentingnya mengetahui potensi diri...Kalau anda sayangkan haiwan, anda adalah calon doktor veterinar yang paling cemerlang....Jika anda mengambil jurusan veterinar, ketahuilah bahawa anda sebenarnya bakal berkhidmat untuk makhluk-makhluk Allah yang comel....Anda bakal merawat makhluk-makhluk yang tak berakal dan busuk...


BERFIKIRAN POSITIF
Jangan sekali-kali mengeluh tak kira ketika anda membuat eksperimen di makmal ataupun apabila anda telah memiliki klinik veterinar sendiri....Selalu ingat bahawa haiwan ini adalah jelmaan rezeki kepada kita....Berlembutlah apabila berurusan dengan mereka...Kalau anda digigit, itu cerita lain...Kalau anda rasa nak marah pada mereka, ingatlah...Apa yang kita buat pada mereka, kita akan dapat balik...Be nice to them, then they will be nice to you dengan izin Allah...Mereka adalah makhluk yang amat istimewa...Belajarlah membuat reverse psychology...kalau tak tahu, tanyalah kepada pensyarah anda...Anda tidak akan boleh menjadi vet sekiranya anda berfikiran negatif....


SEMANGAT SETIAKAWAN DAN HUBUNGAN YANG KUKUH


Sebagai seorang vet, kita perlukan semangat setiakawan yang jitu...Tanpa semangat ini, tak mungkin anda dapat menjalani kursus dengan lancar kerana ilmu lebih senang diperolehi dengan bekerja secara berpasukan....Kita perlu membina empayar hubungan kita antara sesama manusia tak kiralah sama ada melalui online ataupun offline...Ini amat penting kerana ianya adalah jambatan untuk kesinambungan kerjaya yang kita ceburi....Tak mungkin kita dapat bertahan lama sekiranya kita duduk di dalam kelompok yang kecil...Selalu-selalulah pergi ke seminar-seminar dan melibatkan diri di dalam aktiviti sosial dan kehaiwanan.....Dengan ini, kita akan lebih kenal potensi diri kita...Apabila kita mendapati potensi kita sebenarnya hebat, belajarlah menjadi seorang peniaga pula walaupun anda telah bergelar vet...Mungkin satu hari nanti anda akan memiliki klinik veterinar sendiri....Tak salah kalau seseorang vet itu berniaga untuk menambahkan pendapatan dan meningkatkan taraf hidup...Tetapi ini semua tak mungkin berlaku jika kita tidak pandai membina hubungan...'Make friend' dengan semua orang tanpa mengira latar belakang dan kaum....Mempelajari cara hidup bangsa lain akan membuatkan kita lebih disenangi...Bukankah seronok kalau klinik vet yang kita dirikan itu dikunjungi oleh berbilang bangsa dan kaum....? Tapi, sebagai seorang Muslim terpulanglah samada anda nak merawat anjing sekali ataupun tidak...Yang penting, ilmu hukum hakam syariat juga perlu anda patuhi dan amalkan...


KREATIF DAN BERINOVASI

Anda perlu bijak membuat teori sendiri apabila telah berkecimpung menjadi vet...Apabila sesuatu keputusan itu sukar dibuat, teori yang tepat amatlah penting....Tak kira dalam apa jua bidang sekalipun, teori amatlah diperlukan sebagai alternatif sementara mencari jalan penyelesaian....Situasi sebeginilah yang akan menguji kredibiliti anda....Seorang mekanik kereta takkan dapat menduga 100% akan kerosakan sesuatu kereta, tetapi dengan teori yang diambil dari pengalaman seseorang mekanik akan tahu dari mana nak bermula dan di mana nak berakhir...Begitu juga dengan vet...Teori yang tepat memang sukar dilakukan kerana ianya adalah ramalan...Ianya juga memerlukan pengalaman dan bergantung kepada jumlah ilmu yang kita cari sendiri dan ilmu yang dirujuk dari pakar...Ilmu yang diajar oleh pensyarah adalah sebagai 'guideline' ( jalan yang lurus ) manakala selebihnya adalah usaha kita sendiri...80%  ilmu dari pensyarah, 20% ilmu kita amalkan dan cari sendiri....Bijaklah di dalam mencari jalan penyelesaian dan rajin-rajinlah membuat kajian sendiri setelah mempunyai banyak teori...Mudah-mudahan anda dapat mencipta formula untuk merawat virus kucing yang tak dapat diubati pada waktu kini...


MEMBINA HUBUNGAN YANG BAIK


Buat page anda sendiri di Facebook untuk meluaskan lagi interaksi...Buat website atau blog anda sendiri sebagai medium untuk menyampaikan informasi dan matlamat yang anda perjuangkan sebagai seorang vet....Anda perlu bergaul dengan masyarakat setempat...Jangan takut volume kerja bertambah kerana untuk permulaan,  pergaulan anda amat penting kerana kedudukan anda sebagai vet di kalangan masyarakat adalah dipandang tinggi...Seorang vet yang berkualiti pasti mempunyai matlamat yang jelas di dalam perjuangan termasuklah di dalam perjuangan membina hubungan...Sekali-sekala telefon semula pelanggan-pelanggan kita ataupun kirimkan kad sebagai peringatan...Kalau ada Facebook, banyak E-Kad boleh dihantar kepada mereka sebagai tanda peringatan dan penghargaan...Tiada penghargaan, hidup kita akan sunyi....Mental pun tak berkembang dan daya saing menjadi lemah....Dengan penghargaan sebegini, pelanggan-pelanggan kita akan mengingati kita sampai bila-bila...Secara tak langsung, anda telah menjenamakan diri anda sendiri...Beritahu semua orang dengan rasa penuh bangga bahawa anda adalah seorang doktor veterinar walaupun baru grad..



TIDAK ANTI SOSIAL DAN SANGGUP BERKORBAN
Sebagai seorang vet, khidmat anda amat diperlukan oleh orang yang macam kami tak kira siang dan malam...Tapi, veterinar yang bertugas pada waktu malam mungkin tak ramai barangkali...Vet juga adalah manusia biasa dan ada kehidupannya sendiri....Ini adalah peluang anda untuk membuat sesuatu yang lain dari yang lain untuk menjenamakan diri anda sendiri...Buat benda yang orang jarang buat...Contohnya, vet lain buka klinik siang tapi anda buka klinik sampai malam....Mengenai caj, ada vet yang mengenakan caj yang mahal dan ada vet mengenakan caj yang murah...Bagi PH, ini bergantung kepada kepakaran dan kesanggupan masing-masing...Caj mahal tu mestilah ada sebab yang relevan...Kena beritahu pelanggan kenapa cajnya mahal kerana tak ramai orang yang biasa-biasa memahaminya...PH akui kos untuk ubat-ubatan untuk haiwan memang mahal...Kebanyakkannya diimport dari luar negara...Tapi, kadangkala tak salah kalau kita berkorban sekali-sekala untuk bakal pelanggan-pelanggan kita yang berada di dalam kecemasan...Kalau berkorban, berkorbanlah dengan seikhlas hati...Pergaulan sesama jiran tetangga dan sahabat handai jangan dilupakan...Mereka adalah orang yang paling dekat untuk anda bantu selain dari ahli keluarga...


TIDAK PILIH KASIH
Kalau anda tidak menyukai seseorang individu yang menghantar kucing / anjing mereka kepada anda, janganlah anda bencikan haiwan peliharaan mereka sekali...Ini amatlah tidak sihat...Kerja anda jadi tak ikhlas dan kualiti pula tak mencapai tahap yang optimum...Sikap ini perlu dijauhkan sama sekali sekiranya anda ingin menjadi seorang vet...Makhluk itu tak tahu apa-apa pun...Tiada apa yang perlu dimarahkan...Jangan kerana seekor nyamuk, habis satu rumah nak dibakar...Dan jangan pilih kasih antara haiwan cantik dan haiwan yang tak cantik...Jadilah golongan orang yang profesional...


TAK LOKEK ILMU
Orang biasa macam kami amat dambakan ilmu-ilmu asas kehaiwanan...Tak semua petshop mampu memberi jawapan yang betul di dalam menyelesaikan permasalahan haiwan kesayangan....Bila orang malas pergi vet, orang akan tanya petshop sebagai jalan alternatif...Kalau dia tanya petshop yang salah dan tidak berpengalaman, maka salahlah informasi yang dia terima....Sebagai vet, kita perlu memberikan tips-tips dan informasi yang betul dan berguna kepada mereka yang membawa haiwan sakit....Buat flyers atau brochure sendiri mengenai tips, informasi dan ilmu yang anda nak sampaikan....Buat flyers yang simple-simple sudahlah asalkan mudah difahami dan edarkannya kepada setiap pelanggan anda...Jenamakan diri anda sendiri...Sudah pastinya ini adalah pengiktirafan yang amat tinggi dan ianya sukar diperolehi yang bakal anda terima suatu hari nanti dari orang lain ...Dengan menjadi ikon sebagai vet yang cintakan haiwan dan tak lokek dengan ilmu, peluang anda untuk maju amatlah cerah....Percayalah, anda mampu melakukannya...

PROFESIONAL
Setiap manusia mempunyai kelemahan...Oleh itu, jangan campurkan 'attitude' buruk kita ke dalam kerjaya..Ini amatlah tidak sihat...Jangan sesekali memburukkan klinik-klinik veterinar yang lain sekiranya mereka menjadi pesaing anda....Percayalah kepada rezeki masing-masing dan wujudkanlah persaingan yang sihat...Sekiranya ada orang yang menyampaikan berita-berita tidak elok terhadap pesaing anda, senyum dan mengiakan sahaja...Tanamkan 'antibodi' yang kuat dan fokus kembali apa matlamat anda belajar jadi vet selama ini...Sekiranya kita tersesat jauh, baliklah ke pangkal jalan semula...Buat perjalanan yang baru...Balik asal semula....

SABAR DAN SENTIASA ISTIQAMAH
Anda wajib bersabar dalam apa jua situasi...Kerjaya sebagai vet bukanlah sahaja bersabar dengan kerenah manusia, tetapi bersabar dengan kerenah haiwan....Anda tentu telah mempelajari kelemahan-kelemahan haiwan dan cara untuk mengendalikan mereka....Amalkan mengikut amali, bukan mengikut emosi....Bak kata orang, ikut nafsu lesu, ikut hati mati dan ikut rasa binasa...Bijaklah membuat keputusan dengan teori-teori yang telah anda pelajari....Dapatkan bantuan sekiranya tak mampu...Anda juga perlu berkongsi teori-teori anda ( sekiranya berpengalaman dan berada di tahap keyakinan yang tinggi ) di laman-laman web atau di laman sosial internet....10 ilmu yang anda curahkan, anda akan mendapat tambahan 1000 ilmu lagi...Ini adalah kerana teori-teori anda pasti akan menjadi sesi soal jawab dan mungkin ada persoalan-persoalan dari orang ramai yang mungkin akan menimbulkan teori-teori yang baru kepada anda...Langkah seterusnya, anda pasti akan merujuk kepada orang yang lebih arif.... Bukankah ini satu 'advantage' untuk anda...? Orang di sekeliling sentiasa melihat kredibiliti anda...Wajah-wajah ikhlas dan istiqamah akan anda perolehi dariNya kerana ianya akan jelas terpancar pada raut wajah anda, malah di dalam penulisan anda itu sendiri...Semuanya kerana anda ikhlas, istiqamah dan mempunyai sifat-sifat Mahmudah ( KLIK SINI )

PH doakan segala yang terbaik untuk bakal-bakal doktor veterinar..Jangan alpa bila berjaya...

P/S :
Segala yang tertulis di atas adalah dari hati dan pendapat PH sendiri...Segala yang baik datangnya dari Allah dan segala yang buruk datangnya dari PH sendiri....Bersama-samalah kita bekerjasama di dalam memartabatkan maruah pencinta haiwan...Kerjaya sebagai doktor veterinar adalah kerjaya yang amat terpuji...Bukan semua orang boleh melakukannya kerana tak semua orang boleh bersabar dengan haiwan....
Ucapan tahniah juga kepada anda yang kini telah menyandang gelaran doktor veterinar...Bantulah kami yang sentiasa mendambakan ilmu dari anda...Sekiranya terdapat kesalahan di dalam entri ini, bolehlah hubungi PH untuk memberi teguran...
Mengenai Hero dan minyak gamat, itu adalah urusanNya....Bagi PH, ianya adalah suatu keajaiban yang PH tak jangka...
Wallahualam
Papa Hero



Enhanced by Zemanta

Comments

  1. siapa yg suka haiwan..dia layak jd vet..
    sebab org2 mcm ni la yg telah byk selamatkan haiwan2 teraniaya di luar sana... ^_^

    ReplyDelete
  2. betul tu PH...kalau yer pon biarlah yang menjadi vet tu di kalangan orang² yang sukakan haiwan..^^

    ReplyDelete
  3. subhanallah, teringin nak jadi vet. kalo kat UMK tu ok ke tak? :( mohon bantuan, masih tercari2 nih..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular