Sudah-Sudahlah Membuang Kucing Betina Yang Bunting...

Hari ini rumah PH dikunjungi oleh salah seorang rakan FB iaitu kak Durshanida...Beliau datang bersama dengan suaminya...Mereka datang membawa kek coklat berinti keju yuang dibuat sendiri...Dah habis pun PH dan MH lantak...Kitorang lantak kek tu kat Restoran Sri Leena sebab nak makan malam sekali...Masa tengah makan tu, MH pergi basuh tangan kejap kat sebelah belakang restoran tu...Tak sampai beberapa minit, MH datang membawa seekor ibu kucing yang baru melahirkan anak...Anaknya berjumlah dua ekor...MH kata, dia jumpa kucing tu di belakang lorong kedai dan sedang berteduh dari hujan sambil menyusukan anak-anaknya...PH lihat masih ada tali pusat pada perut anaknya...Gambar yang kat bawah ni nampak anaknya seekor jer, tapi yang seekor lagi terselindung di bawah perutnya...Kasihan PH lihat iibu kucing ni...Dia nampak kelaparan dan keletihan....Dia pasrah jer apa yang PH buat kat dia...Ketika MH mengangkat kotak yang berisi kucing ini, semua orang di restoran pandang semacam jer...MH buat tak reti ajer...hehehehe...Lepas tu, servis bertukar tangan...MH menyambung makan manakala PH mengangkut kucing ni ke dalam kereta dulu...Nasi dengan lauk pun tak habis lagi ketika itu....Lepas menghantar anak beranak ini ke kereta, PH pula pergi ke belakang untuk mencuci tangan supaya dapat menyambung makan semula nasi yang telah ditinggalkan...



PH pun pergi ke bahagian belakang restoran untuk mencuci tangan..Lepas tu PH singgah ke belakang lorong sebentar untuk melihat tempat yang MH jumpa ibu kucing tadi..Lokasinya di belakang Hong Leong Bank...Di belakang lorong itu, PH berjalan dalam 20 meter ke dalam....Lepas tu PH ternampak 4 ekor anak kucing bermain-main sesama sendiri sementara ibunya duduk di dalam longkang...Yang bestnya, bila PH panggil anak-anak kucing tu, mereka datang dengan gedik-gediknya...Ibunya pun datang  sekali...Mereka semua di dalam keadaan basah akibat ditimpa hujan...Akhirnya, PH mengambil keputusan untuk membawa mereka semua pulang ke rumah...Tak sampai hati rasanya untuk ditinggalkan...Lepas dapat kotak, PH pun angkut mereka semua ke dalam kotak, tetapi ibunya PH tak masukkan sekali sebab tak muat...



Akhirnya, kereta PH ada 8 ekor kucing dalam masa setengah jam merenda kat Restoran Sri Leena tu...Kat situ memang tempat orang buang kucing...Perkara ini tidak akan selesai selagi penduduk tempatan tidak ditarbiahkan...Nantilah Insyaallah PH akan buat program bersepadu bersama-sama dengan rakan-rakan PH untuk membuat majlis rapat umum bersama dengan penduduk setempat...
Memang mana-mana kucing yang PH kutip, semuanya pasti akan duduk kat dashboard belakang kereta...Inilah ibu kucing yang PH jumpa tu...Kucing yang pertama tadi MH yang jumpa....




Sesampai sahaja di rumah, seperti yang dijangka ibu kucing yang beranak empat tadi ketakutan...PH biarkan sahaja ke mana dia nak pergi....Akhirnya, PH dah tahu tempat yang dirasakan selamat untuknya....PH biarkan sahaja...Cat tree tu memang ada bau kucing-kucing PH, lama-lama nanti ibu kucing ini akan terbiasa...


Kucing yang beranak dua tadi cool jer...Seperti yang PH kata tadi, dia kelihatan lapar dan letih...Bila diletakkan ke dalam sangkar, dia terus merebahkan diri dan membiarkan adik-adik DBKL Iyo menumpang susu...Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...Peribahasa ini memang sesuai untuk adik-adik DBKL ni....


Setelah semuanya selesai, PH keluar semula dari rumah untuk membuat kertas kerja...PH singgah ke Restoran Jamek Maju di sebelah Maybank Semenyih....Tatkala PH sedang menaip entri ini, ada pula si comel mengiau di sebelah kaki PH minta dibawa pulang...Alahai kasihan betul...Umurnya lebih kurang 2 bulan...PH pun bingkas bangun dan menculik si tecit ni lalu meletakkannya ke dalam kereta...Jadi, jumlah kesemuanya hari ini ialah 9 ekor kucing yang PH bawa pulang...Jumlah ini adalah jumlah yang terbesar sekali setakat ini...
Sudah-sudahlah membuang kucing betina yang bunting...Tak baik tu...Tak kesian ke? Ambil tanggungjawab yang sepatutnya yaa...Pesan kat mak ayah tu, kalau takut nak bela kucing banyak-banyak, sila mandulkan...( KLIK SINI )


Nota PH :
PH dan MH pun sebenarnya bukanlah seorang yang berkemampuan sepenuhnya untuk menyara mereka...PH juga ada masalah peribadi yang perlu difikirkan...Tetapi PH yakin,  perkara yang baik yang kita buat pastinya akan dibalas baik...Memang sejak kecil, PH dan MH sekeluarga dibesarkan dengan kucing...Sejak kecil lagi memang PH dan MH selalu kutip kucing...
Kepada kucing-kucing jalanan yang lain, papa tak dapat nak ambil kesemuanya, tetapi papa dan rakan-rakan sedang berusaha untuk mengambil kamu kesemuanya suatu hari nanti....Doakanlah semoga usaha papa ini berhasil....


Untuk si comel tecit yang PH baru ambil ini, PH buka peluang kepada sesiapa sahaja untuk adopt mereka...Tetapi, tunggulah mereka putus susu dulu ya....Kalau nak ambil juga, kena ambil dengan ibunya sekali....

Kepada Kak Nida dan suami, terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa untuk bertamu di rumah PH...Sedaplah kek tu...hehehehe



Enhanced by Zemanta

Comments

  1. Mudah2an bangkitan kesedaran dan keinsafan pd semua mahkluk bernama manusia...

    ReplyDelete
  2. dulu arwah ayah pun sebab kesian sampai penuh rumah dgn puluh2 ekor kucing. ada jugak sepupu sepapat yg mulut puaka dtg rumah dok pandang jijik kt kucing.. ckp bela kucing kotor rumah. biarlah rumah kotor dr hati kotor kan PH?? rumah kotor boleh cuci hati kotor tu kalau takde kesedaran susah nak cuci. smlm jln2 kt uptown danau. ada sorang gadis dok kat booth kucing sorang2. singgah jab tgk.. dia kata dia dtg tu sebenarnya nk bg kucing tu utk org adopt tp booth lak tak buka.. kucing tu tgk kurus je tp comel

    ReplyDelete
  3. Rumah saya selalu kasi kucing terbiar makan. Sampai ada yang buanganak kucing depan umah. Kesian sgt. Dah la kecik2....

    ReplyDelete
  4. susahnya nk didik masyarakat ni camner jgn wat kucing cmtu lg

    ReplyDelete
  5. comel2 semua tu. :D

    ReplyDelete
  6. tak kira laa, kucing jantan ke, betina ke, mereka tetap makhluk yg comel. semuanya ingin menumpang manja & kasih syg kita. ye la, mereka juga makhluk Tuhan, seperti kita. jgn laa asek nk kucing jantan jer.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular