Kisah Kucing Jalanan Yang Bernama Marley

Baru-baru ini PH telah membawa pulang dua ekor kucing yang berusia lebih kurang 3 bulan...Kedua-duanya adalah jantan dan PH menjumpainya di tempat yang berasingan...Tapi, untuk entri kali ini, PH ingin menceritakan kisah tentang Si Marley dan bagaimana MH dapat nama Marley tu...
Si Marley ni PH jumpa di Restoran Sri Leena...Restoran ni dah lama takde kucing jalanan sebab kebanyakannya PH dah kutip dan 'rehome'kan kepada tuan yang baru...Sebenarnya, ada lebih 10 ekor kucing yang PH telah berjaya rehomekan kepada tuan yang baru dalam masa sebulan tetapi PH tidak mengemaskininya di Facebook atau di blog...Maklumlah, nanti ada yang kata itulah, inilah...Malas PH nak layan budak-budak comel ni...


Inilah saat pertama PH bertemu dengan Si Marley...Dia duduk diam membisu di bawah kerusi...Kakinya sedikit tempang dan badannya menggigil...Bila diberi ikan goreng, berbunyi-bunyi dia makan sebab terlalu lapar...Memang lazimnya kalau ada kucing yang baru dibuang mereka akan berada di dalam ketakutan dan takut dengan manusia...


Masa PH nak ambil dia kat bawah kerusi tu, lintang pukang dia lari....PH kejar juga sampai satu restoran tu hairan melihat apa yang sedang lakukan....Alhamdulillah, akhirnya dapat juga PH tangkap Si Marley...Dia dah tak tahu ke mana nak dituju sebab kat depan dia tu ada jalan besar, banyak kereta...


PH gunakan tuala sebagai pelapik untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini...Maklumlah, kucing kalau tengah takut jangan dibuat main...Bila dia dah percaya dengan PH, terus keluar bunyi manjanya...Alahai manis betul saat tu...Terus dia menggeselkan kepalanya kat PH...


Kalau nak tengok betapa manjanya Si Marley ni, sila lihat video ini :


Masa kat dalam kereta pun dia tak banyak kerenah..Diam jer kat atas Dashboard tu...


Lepas diberi makan dan minum secukupnya, dia terus merebahkan diri di atas tilam toto si kembar...



Bila dah lama sikit, PH letakkannya di dalam rumah bantal...Inilah saat-saat yang paling terharu setelah PH membawa pulang mana-mana kucing jalanan...Nampak sangat mereka tidak cukup tidur semasa di luar sana...



Hero dan Hector pun takde nak sembur-sembur...Mereka pun dah lali dengan kucing yang keluar masuk di dalam rumah PH ni...Si Marley ni PH buka untuk adoption...Sesiapa yang nak adopt dia, boleh hubungi PH di Facebook...


Nota PH :
Jangan takut jadi Fosterer ataupun menjadi pelindung sementara untuk kucing-kucing ini...Kawan-kawan kita kat Facebook kan ramai, apa nak takut..???
Tuah jangan ditolak tau...hehe

Enhanced by Zemanta

Comments

Post a Comment

Entri Popular