Mengimbas Semula Ulang Tahun Ke Tujuh Hero Bersama Dengan PH

Alhamdulillah dan ucapan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nyawa ketika menulis entri ini...Ye lah, sejak akhir-akhir ni PH sibuk sangat dengan tugas hakiki....Dari segi drawing / pelan bangunan, pelan koordinasi mekanikal dan elektrikal sehinggalah ke peringkat konkrit perlu diteliti....Biasalah, inilah yang dinamakan kehidupan...Kalau tiada benda-benda ni semua, kita nak jadi manusia jenis apa, kan...? Orang yang terasa masanya cepat berlalu adalah orang yang sedang memanfaatkan kehidupannya manakala orang yang terasa masanya lambat berlalu adalah tergolong di dalam manusia lalai...Mereka tidak tahu apa yang nak dibuat di dalam kehidupan...Orang jenis sebegini adalah orang yang tiada perancangan di dalam kehidupan..If You Fail To Plan, You Planned To Fail....Fuh..!!! Mendalam sungguh ayat power ni...

Okaylah, untuk dijadikan cerita di dalam entri blog Kakimotong kali ini, PH ingin menyingkap kembali sejarah dan pengajaran yang PH peroleh di sepanjang kehidupan PH bersama kucing tersayang, siapa lagi kalau bukan Hero ataupun nama manjanya di rumah dipanggil Iyo....Kini, di antara sedar dan tidak dah tujuh tahun PH telah hidup bersama dengannya....


Selain dari media Youtube, Majalah Mastika adalah pencetus segala-galanya di dalam dunia media pencetakan...Cerita penuh mengenainya boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )....


Kehidupan bersama Hero banyak hikmahnya, terutama sekali dari segi aspek keberanian dan kesabaran...Bukan semua orang boleh menjaga Hero...PH tak boleh nak kata apa kalau dia berak di atas sofa, katil dan sebagainya....Sebagai seekor kucing yang hilang keupayaan kekal, dia tidak mampu menjalani kehidupan seperti kucing biasa..Hero memerlukan kebebasan yang maksimum...PH tidak pernah mengurung Hero di dalam sangkar....Jika perlu, PH akan kurung dia di dalam bilik ataupun di dalam bilik air yang kering dengan diletakkan karpet kecil ataupun tuala agar Hero boleh berbaring....Kalau PH kurung pun adalah disebabkan kerja-kerja pembersihan rumah...


Hero juga adalah penggerak untuk PH mewujudkan blog Kakimotong ini...Sebenarnya, PH tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis blog bebas....PH hanya lakukannya sahaja sepertimana yang orang lain buat....Cuma bezanya PH meletakkan hati yang teguh untuk meneruskan penulisan dan selalu menganggap bahawa menulis blog adalah salah satu tanggungjawab kepada masyarakat untuk menyampaikan risalah-risalah positif....PH hanya buat sahaja...Dan keputusannya, PH tidak menyangka sama sekali penulisan PH mendapat perhatian di hati masyarakat...Kerana Hero lah PH dapat mengenalpasti bakat PH yang terpendam selama ini ( di dalam bidang penulisan ) sehinggalah PH dapat menjadi penulis jemputan di dalam Majalah Mastika...Sesungguhnya ia adalah satu penghargaan yang amat tinggi kepada PH....Rezeki datang tanpa disangka-sangka....

Tanpa PH sedar, rupa-rupanya selama kesusahan dan keperitan yang PH tanggung semenjak kecil telah lenyap dari diari kehidupan walaupun tidak kesemuanya....PH kini berada di 'Next Level' dah rupa-rupanya...PH kini telah menjadi ikon kepada masyarakat....Sebenarnya, PH tak pernah terfikir perkara ini akan berlaku...Subhanallah, PH tak tahu nak kata apa dah....PH tempuh jer walaupun mendapat reaksi yang kurang senang oleh segelintir masyarakat....Bak kata orang tua-tua, alang-alang menyeluk pekasam.....


Maka, risalah yang PH bawa telah diterima oleh segenap lapisan masyarakat....Tak kurang juga ada beberapa kolej dan universiti turut membuat rakaman video dengan menjadikan PH sebagai ikon untuk menyemai sikap sayangkan haiwan....Kadang-kadang, PH blur juga...Tetapi, apabila PH ingat semula apa matlamat PH, maka semuanya menjadi mudah...PH hanya lakukan sahaja walaupun tiada sebarang persediaan...Apa yang wartawan tanya, itulah yang PH jawab dengan sekali nafas sahaja tanpa ada rasa gugup...PH pun tak tahu bagaimana boleh jadi macam tu...Yang PH tahu, PH hanya lakukannya sahaja...Jawab dengan jujur dan setiap patah perkataan yang terbit dari bibir datang dari lubuk hati yang paling dalam...Setelah melalui proses wawancara dengan TV3 ( KLIK SINI ) , TV1 ( KLIK SINI ) dan beberapa media akhbar yang lain, PH selalu teringat akan reaksi mereka yang selalu mengikuti perjalanan blog dan page PH...Apakah mereka suka...? Ataupun semakin tinggi rasa benci mereka kepada PH dan Hero...?? Entahlah, PH pun tak tahu...



Hero pun pernah sakit teruk...Hero pernah kena batu karang, ulser dan nanah yang teruk di kemaluan dan demam panas....PH tak tahu nak buat apa masa tu kerana masalah tertentu....Tapi Alhamdulillah segala masalah telah PH temui jalan penyelesaiannya....PH dan MH pernah sama-sama mengambil cuti selama 3 hari untuk sama-sama menjaga Hero...Aduhai, sebenarnya ada banyak lagi kisah sedih yang tak boleh PH nak cerita di sini...PH lebih suka untuk menyiarkan cerita-cerita yang gembira mengenai Hero di blog dan Facebook...Tetapi, masih ada yang memberikan tanggapan negatif kepada PH sekeluarga....Tatkala PH ingin berkongsi kegembiraan Hero dan kucing-kucing PH yang lain, PH dikatakan sombong, bongkak dan cuba meraih publisiti murahan....Tapi PH tahu, kalau PH berkongsi kesedihan PH dengan Hero, PH yakin tanggapan orang-orang sebegini terhadap PH akan menjadi lebih teruk lagi....Nanti PH akan dikatakan cuba meraih simpati pula...Hmmm....Apa boleh buat, mulut buaya boleh juga diikat tapi mulut manusia kalau digam pun boleh terbuka semula....


Hero juga telah membuka mata PH untuk mengenalpasti siapa kawan dan siapa lawan, lebih-lebih lagi di laman-laman sosial...Ada yang pernah berkawan dengan PH tetapi kemudiannya menyebarkan tohmahan keji terhadap PH sekeluarga...Tapi tak mengapalah....PH ok jer...Hanya mereka yang pernah berjumpa dengan PH akan kenal siapa PH sebenarnya...Tapi kalau PH dah tak percaya dengan seseorang, minta maaflah....pisang tak akan berbuah dua kali....



PH akui telah menerima banyak publisiti sejak kebelakangan ini, tetapi PH tak pernah pun minta semua itu....Publisiti itu datang secara berturut-turut dan PH sedar bahawa ini adalah ujian dari Allah SWT untuk menguji sejauh mana kesabaran PH untuk menempuh apa yang berlaku selepas PH dan Hero keluar di kaca-kaca televisyen, majalah dan akhbar....PH tidak menyangka sama sekali bahawa dugaan yang datang selepas itu amatlah dahsyat....Rasanya, tak perlulah PH cerita semuanya di sini...Yang mana tahu, kalian pun ambillah iktibar....Usah mempercayai sepenuhnya kepada rakan-rakan di Facebook....Ini pesan dari Hero, bukan pesan PH...Buruk baik apa yang PH tempuh selama ini kalian semua telah saksikan sendiri dan buatlah garis panduan di dalam etika persahabatan....


PH sedar, setiap yang hidup pasti akan mati....Hero juga tidak terlepas dari sakaratul maut, cuma masanya sahaja belum tiba...PH tidak pasti apakah yang akan berlaku pada diri PH sekiranya Hero pergi dulu...Begitu juga sebaliknya....Kadangkala, terfikir juga apakah yang akan berlaku kepada Hero sekiranya dia jatuh ke tangan orang yang tamak haloba akan kesenangan dunia...Ngeri kalau PH nak fikir-fikirkan....


Sekalipun menempuh pelbagai cabaran sebagai penulis blog dan pengendali page di Facebook, PH masih menjalani kehidupan normal seperti kalian semua...Bekerja sehingga ke malam untuk mencari nafkah yang halal untuk keluarga dan kucing-kucing PH...



Nota PH :

Dan PH sedar bahawa suatu hari nanti PH dan Hero pasti akan ke 'rumah' ini, begitu juga dengan kalian semua...PH juga seorang yang berpegang kuat kepada ajaran agama...Entahlah, sejak dua menjak ni PH asyik memikirkan hal-hal sebegini....PH cuma nak mengajak kalian semua untuk berbuat baik, bukan sebaliknya...Terima kasih kepada Hero kerana menemukan kami semua di sini....


Kepada kucing yang kusayangi yang bernama Hero, ayah tak tahu nak luahkan setinggi mana sayang ayah kat Iyo...Iyo banyak mengajar erti hidup kepada ayah dan kawan-kawan ayah...Walaupun dihina dan dicaci, Iyo tetap tabah....Ayah sendiri pun tidak setabah Iyo...Ayah sentiasa berdoa agar Hero dipanjangkan umur, kerana ayah rasa ayah seakan tidak mampu nak menghadapi 'saat itu'...


"Ya Allah... Dengan rasa yang amat kerdil lagi merendah diri, aku memohon agar Engkau panjangkanlah usia kucing yang bernama Hero ini...Berikanlah kesihatan yang baik untuknya...Aku tidak putus-putus mendoakannya setiap kali selesai bersolat...Sesungguhnya, aku tidak pernah mendoakan kucing-kucingku sebelum Engkau mendatangkan Hero ke dalam hidupku....Ya Allah...Sesungguhnya hanya kepada Engkaulah aku memohon rahmat dan pengampunan....Amin"

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. selamat ulang tahun iyo..lama kan..semoga PH tetap akan tabah dgn setiap dugaan yg dtg...anggap semuanya positif...jgn terlalu mengambil kira dgn kata2 org lain yg suka menjatuhkan dari menyokong bangsa sndiri...apa2pun betul kata PH...laman fb kalau kena gayanya...kt leh bt ramai yg buka mata..tp kalau tidak kena gayanya...kita terheret dgn alam maya yg byk simpang siur ni...cm kena pandai amek yg mn betul dgn yg tidak..keputusan ditgn sndiri..ery dan memet doakan apa yg PH dan iyo usahakan...akan berjaya..insyallah...:D

    ReplyDelete
  2. Hero adalah lambang kekejaman manusia.. siapa yg mengecam hero dia sama la kejam org yg melakukan kekejaman kpd hero. Sabar PH.. kami setia menyokong anda

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Iyo.Moga Iyo terus sehat dan panjang umur..Semalam nampak PH ,MH dan sikembar Kat Alamanda, tp bila pusing semula nk bertegur sapa, PH dh xde kat depan Famous Amos tu.. Frustnye, xde rezeki lagi nk kenal kot...

    ReplyDelete
  4. Sesungguhnya... apa yang berlaku pada kita saat ini, telah ditentukan ALLAH sejak azali lagi... Ada hikmah disebaliknya.. Mulut manusia mmg kite x boleh nak jangka.. Semoga Iyo dan keluarganya yang besar di rumah itu sentiasa dilindungi dan dirahmati ALLAH senantiasa...
    ~AMIN~

    ReplyDelete
  5. sayunyer bace entri nie.. Maaf PH.. saya agk eMo bila bca entri2 sebegini rupa... apa2 pon PH.. sy ttp akn skg ph..tringin sgt nk jmpa PH and fmly.. sy still dlm alm skolah.. insyaallah. panjang umur.. sy akan jmpa ngn PH dan heRo.. :D.. salam syg buat PH & hero sekeluarga.. :D Kc.m.t.ptr ~.

    ReplyDelete
  6. I doakn PH pnjng umur dan murah rezeki, sehat tubuh badan utk trus menjaga HERO. ALLAH aje yg dpt membalas kebaikan PH pada makhluk2 NYA. Peduli ape org nk kata. PH berhati mulia. Sgt mulia. I syg pada HERO. Teringin nk jumpa dia live...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular