Skill Bagaimana Nak Jinakkan Si Ibu Kucing Dengan Anak Angkat Barunya

Kalau nak dibukukan tentang haiwan-haiwan yang merempat ni, rasanya ada beratus-ratus jilid...mungkin juga cecah puluhan ribu...hmmm...Malam semalam PH terjumpa lagi seekor anak kucing di bawah tangga sebuah rumah flat...Ketika itu, ada 2 orang budak kecil dalam lingkungan 8-9 tahun sedang bermain-main dengannya...Bimbang takut-takut ada perkara buruk berlaku, PH terus ambil anak kucing tu...PH ada tanya dia di mana ibu kucing ni? Budak tu cakap entah...Tadi dia memang jumpa kat bawah tangga sedang mengiau...Bila ditanya siapa punya, budak tu menjawab tak tahu...Pada firasat PH, anak kucing ni beribu tetapi tak bertuan...Jadi, PH ambil keputusan untuk membawanya pulang...Lagipun, susu Mak Tam masih banyak...Mungkin si oren ni boleh tumpang...

Ada satu skill yang ramai orang tak tahu bagaimana nak jinakkan si ibu kucing dengan anak angkat barunya...Ini bergantung pada setakat mana agresif dan sensitif seseekor ibu kucing..Apa yang PH lakukan ialah :

1 ) Kurung si oren tecit tu dalam pet carrier dan letakkan di luar rumah...

2 ) Biarkan anak kucing tu mengiau dalam satu jam..

3 ) Ibu kucing akan menyangka suara itu datang dari anaknya..Dia akan pergi ke tempat anak kucing tu untuk meletakkannya ke tempat asal..

4 ) Jangan bagi si ibu kucing dekat dulu, biar dia 'hang'...biar dia tengok dari jauh ( lebih kurang 2 kaki dari sangkar )

5 ) Tengok hidung si ibu kucing masih kembang kempis atau tidak...kalau dah tak kembang kempis, dia dah tahu itu bukan ancaman baginya..

6 ) Lepas tu, urut si ibu kucing sampai dia leka...

7 ) Bila dia leka, cepat ambil anak kucing tu tadi dan letakkannya ke nenen ibu kucing tu....

8 ) Ibu kucing akan terkesima kejap sebab dia tahu itu bukan anaknya, tapi dia juga tahu sebab itu juga bukan ancaman baginya...

9 ) Biarkan dalam 5 minit untuk mereka saling mengenali bau...Anak kucing tu tadi perlu diawasi takut dibelasah oleh si ibu kucing...

10 ) Angkat anak kucing tu tadi dan campurkannya dengan anak-anak kucing yang lain...

Insyaallah, si ibu kucing akan dapat menerima anak angkatnya kerana baunya dah sama...

Berikut adalah testimoninya skill ini : 

Mak Tam dalam proses penerimaan anak angkat...



Lepas tu, PH campurkan si oren ni dengan anak-anaknya...Sementara tu, jangan bagi ibunya tengok...Campurkan mereka dalam setengah jam..


Tak sangka plak mereka ni cepat mesra...



Kesian si oren ni..rindu kat adik beradik dia agaknya...


Lepas tu PH letak si oren ni dengan anak Mak Tam yang lain...


Lepas tu Mak Tam datang tapi penolakan ( rejection ) tu masih ada...pada masa ini, Mak Tam dalam keadaan keliru...Inilah tujuan PH yang sebenar...



Akhirnya, misi berjaya...Excellent Mak Tam...



Sebelum tidur, PH sempat meninjau keadaan si oren...Sesungguhnya, apa yang PH saksikan amatlah menginsafkan...Mereka tidur bersama...


P/S :
PH nasihatkan kalau nak mencuba, pengawasan maksimum perlu dipastikan untuk keselamatan anak kucing...

Si oren ni masih belum ada nama...hmmm...Ada sesiapa nak adopt...? 

Comments

  1. alahai siannya.. kalau la dia terpisah dgn ibu dia mesti ibu dia tercari2. kalau di buang orang.. memang takde perikemanusiaan sebab terlalu kecil utk berdikari.

    ReplyDelete
  2. waaa..pndai aje ye ph..hehe
    xthn tgk kcing oren tu.. comel sgt

    ReplyDelete
  3. uish? tak tau la plak... hehehe

    tengs PH...

    nak bg nme bleh? hehe

    cici.. hoho

    ReplyDelete
  4. comel2 ank kucing tu.. mm,geramnyer
    kucing pon ada kasih sayang
    <3

    ReplyDelete
  5. letak nama wawa plis !
    kih kih kih .

    ReplyDelete
  6. namakanya tome ok, sebab dia comel sangat....

    ReplyDelete
  7. mak tam? nama mcm kucing aku kat kpg jer...hehehe

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas info yg diberi..ehehe~

    ReplyDelete
  9. nk tnya pendapat...kucing sy ibu dn ank x jumpa 3 ari..lps 3 ari jumpa ibu kucing 2 x mau dkt ank dia knpa?? xkn 3 ari dh x kenal... mohon pndapat....

    ReplyDelete
  10. ph... klaw anak ibu tu da umur dkt sebulan tpi anak angkat dia bru 3-4 hari mcmane ye kesian tgk

    ReplyDelete
  11. Oh jgmd memang tidak hairan lh klu ank kucing menyusu tp bukan dgn ibu dia sebab ibu dia x peduli ank dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular