Anak Kucing Mati Dilanggar Kereta...Kenapa??

Aku rasa, hampir setiap hari kita akan terjumpa bangkai kucing di tengah2 jalanraya. Secara rasionalnya, kita akan berfikir :

1 ) Dari mana kucing itu datang?
2 ) Mengapa dia nak melintas jugak sedangkan dia tau jalan tu sibuk?
3 ) Bagaimana perasaan kucing itu bila dia menyedari yang dia akan digilis kereta / lori?
4 ) Bagaimana keadaan kucing itu sebelum dilanggar? lapar ke? dahaga ke?
5 ) Nak biarkan bangkai yang masih baru di tengah jalan atau mengalihkannya?

Berdasarkan pengalaman aku, ini mungkin salah satu puncanya :

a ) kalau anak kucing yang mati, anak kucing itu telah berada di dalam enjin kereta anda ketika enjin sejuk / pada waktu malam. Apabila kereta bergerak pada esok paginya, kucing itu tak tahan dengan panas dan lompat ke jalan raya. kalau nasibnya baik, ia selamat. Jangan hairan kalau kita terjumpa anak kucing di tengah2 jalan tetapi masih hidup. Jangan kita sangka ada orang buang kucing di tengah jalan plak.

b ) kalau kucing dewasa mati dilanggar, 90% kemungkinan ia adalah kucing rumah yang sesat. Kucing liar takkan melintas jalan suka2 dia. Kucing liar adalah bersifat pemburu dan gemar berjalan secara bersembunyi. Kalau kucing rumah kalau dapat keluar dari rumah, dia akan mencari tempat yang lapang dan sejuk. ia tak tau apa bahaya di sekelilingnya. Kucing rumah memang pantang kalau pintu rumah dibuka. Apabila bahaya menghampiri, ia akan blur sekejap pastu lari lintang. jangan heran kalau nampak ada kucing baring di tengah jalan. Kucing liar takkan buat camtu. Buat malu jerk.

c ) kalau pada waktu malam, kucing2 rumah yang keluar selalunya akan menyeberangi jalan untuk meneroka. Kucing ni sifat dia memang suka meneroka. Perkara buruk mungkin berlaku ketika dia ingin melintas jalan untuk pulang ke rumah tuannya. Samada ianya dilanggar atau digomol anjing.

d ) kucing mungkin mendapat alamat yang dia akan mati. Jadi, jangan hairan kalau dia keluar dari rumah pastu tak balik2 sebab dia tak mau tuannya melihat bangkai dia.

e ) Aku rasa, bab mengalihkan bangkai kucing adalah atas rasa kemanusiaan individu tu sendiri.
Cuma, berhati2lah kalau nak mengalihkan bangkai kucing di tengah jalan takut2 anda pula yang kena langgar.
Tak mungkin ada orang yang buang anak kucing di tengah2 hi way.
Gambar bangkai anak kucing di atas aku terjumpa di hi way LEKAS pagi tadi.

Comments

  1. erhmmm..

    betul tu.. aku selalu buat. tp kena beware.

    tpi satu masalah lagi, bila kita alihkan pun org tanya,

    eh nak buat apa tu.

    takkan aku nak jawab 'balik goreng!!'

    dah tak nak tolong diam je lah. boleh cakap 'tak payah. biarkan.'

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah anda..moga di rahmati selalu dengan kesihatan yang sihat sepanjang masa..

    ReplyDelete
  3. lain kali cakap la GORENG PUN SODAP NI

    ReplyDelete
  4. PM pasal kucing suka baring kat jalan tu memang betula..kucing kami memang suka baring di tengah jalan..aduhai sayup je perasaan tu lagi2 bila dia tau yang kita tunggu dia bermain2 di luar rumah..adeh..

    ReplyDelete
  5. aku pernah lah jugak kutip kucing tgh jalan org tgh pandu laju aku lak yg bhnti..gara2 nak ambk anak kucing yg mti comel kucing tu...mcm biasalh kalau setiap kali jmp kucing yg mati kena langgr aku bwk balik rmh ayah aku.. ayah aku tahu kalau aku balik tergesa2 kat umah die msti aku bwk bangkai haiwan atau pun haiwan yg hidup....pernah boyfriend yg aku sayang sekali tu die kata aku ni giler dan bodoh sebab alih kan haiwan atau pun bwk balik dan tanam...die kata malu dapat awek cam aku...dgn suka cite nye die persilakan kn sila kuar dari hidup aku.. aku tk perlukn org yg tk memahami aku...aku cakap lah kalau lah ko berada kat tmp haiwan tu.. ko kena langgar tapi org bt bodoh kt ko dan biar kan ko kena laggr dgn berpuluh2 kenderaan smpi hancur lunyai dan btl2 leper.. apa perasaan ko..boleh lak die kata jgn sama kan die dgn haiwan.. aku just kata cuba byng kan je..ssh kalau org ni tk fhm tentang haiwan2 ni....apa2 pun smpi bila2 aku tetap akn kutip kucing ke anjing ke apa2 haiwan lah untk di tanam atau pun di alihkan tepi jalan bila kena langgar.. kalau yg sakit hantar klinik lah bgi sihat sepenh nye...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular