Di Sebalik Peti Ais Restoran Itu, ...........

Pada malam 12 September 2011, PH dan family pergi ke sebuah kedai makan yang selalu kami singgah iaitu Restoran Malsea...Sesudah mengambil pesanan, PH terdengar ada suara anak kucing mengiau di bawah peti ais restoran ini...Pekerja restoran ini lalu lalang macam tak mendengari apa -apa...Mereka seolah-olah imun dengan bunyi anak kucing tu...


Lepas PH tinjau-tinjau sambil menonggeng-nonggeng kat bawah peti ais tu, rupa-rupanya ada si comel sedang kelaparan...Alahai kesian betul....Bila PH tanya pekerja restoran tu, kakak tu memberitahu yang kucing ini tiada ibu...Ada orang meletakkannya di restoran itu barangkali sebab sebelum ni si comel ini tak pernah kelihatan di sini....hmmmm


Seperti biasa, PH & MH sepakat untuk membawa si comel ni pulang...


Selepas dimandikan, MH memberikannya nama panggilan Intan Kesuma....Nama klasik gitu....


Ni wajah dia lepas makan wet food...gelojoh betul dia...Tak teringat pula nak ambil videonya...


Akhirnya, Si Intan Payung dapat juga rakan setidurnya...Dalam usia begini, mereka memang perlu berkawan dengan rakan seusia kerana ini dapat membantu dalam perkembangan tingkah lakunya apabila dewasa nanti...


Dari tempat yang kotor dan busuk, kini mereka dah dapat tempat perlindungan yang sewajarnya....PH berasa amat puas dapat berbakti kepada mereka....Di samping itu, tak lupa juga bantuan dan pertolongan kepada insan yang memerlukan...Barulah seimbang perjalanan hidup kita ni...Si comel yang hitam tu Si Intan Payung...Cerita mengenai asal-usulnya boleh dibaca di sini ( KLIK SINI )


P/S :
Jika 1 orang dapat memberikan tempat perlindungan kepada seekor kucing jalanan, kalau 100 orang dah berapa banyak kucing jalanan dapat di"rehome"kan...? Bagi PH, biarlah nyawa mereka berakhir di rumah PH...Sekurang-kurangnya ada kubur untuk mereka nanti...
Bagaimana pula dengan silent reader blog-blog pencinta haiwan...? Ada apa-apa tindakan untuk selamatkan kucing jalanan..? Bagi anda yang telah bertindak,  EXCELLENT PH ucapkan...!!!! PH ni cuma menjadi pencetus rasa dan pemecah berita jer...sampai yang menangis baca entri PH pasal kucing dan anjing merempat pun ada 
( Sori arr, PH tak sengaja...hehehe )
Bagi anda yang belum pernah "rehome"kan kucing jalanan, apa kata anda bermula dengan seekor dulu mulai esok...? Kalau anda berasa masih belum mampu lagi, tak mengapa....pelan-pelan kayuh kay... :)
Buat jer apa yang kita mampu...Bila terjumpa mereka di jalanan, senyum dan tak perlu kata apa-apa...
Keputusan di tangan anda...Be a decision maker beb...!!!


Kalau sudi, sebarkan link entri ni yer ;p

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. kebanyakkan kucing yang as bela semua kucing datang..tapi,hati teringin nak buka 1 penempatan untuk kucing2 terbiar..sedeh lah PH bila tgk ada kucing mati kat jalan..tak sanggup.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular