Untuk Kucing-Kucing Terbuang Yang Baru Dikutip, Berikanlah Mereka Ruang dan Masa...Insyaallah Tiada Masalah

Episod kucing yang dibuang masih tiada kesudahannya....Dalam bulan ini sahaja, PH dah kutip 4 ekor...2 ekor anak kucing, 2 ekor mak kucing janda kesepian...PH terjumpa Si Misha di sebuah kedai makan...Kesian betul keadaannya yang tak terurus....Panjang lehernya meminta makanan dari seseorang yang sedang makan tetapi rayuannya tidak dilayan...malahan pandang pun tak mahu...Begitulah jijiknya kucing terbuang ini dipandang manusia....Sedarlah kalian semua...Tak guna kita nak meninggi diri...bebaskanlah diri kita dari sifat mazmumah kalau kita nak berjaya di dunia dan di akhirat.....Jangan lupa asal-usul kita yang dijadikan dari setitis air mani yang tak berharga...Kalau ianya jatuh ke tanah, ayam tak patuk itik pun tak nak sudu....Buat apa kita nak sombong dengan binatang?

Inilah haiwan comel yang dimaksudkan...PH namakannya Leena...Badannya kurus, mukanya comot....Suaranya garau akibat dehidrasi ( kurang air ) ataupun selalu minum air longkang....Tidakkah ada belas simpati kepada mereka ni...? Sighhhh

Si Misha ni garang masa PH nak ambil dia...Sempat juga dia gigit tangan PH..Sebenarnya, dia tak garang tapi dia takut terancam...Kucing ni pun bukannya semua yang percaya kepada manusia...






Setiap kucing terbuang yang PH bawa pulang rata-ratanya kelihatan pasrah...badan menggigil sudah mesti....Muka comot sudah tentu, apatah lagi berbau busuk....Tapi kalau kucing cantik, besar jer biji mata memandang mengalahkan memandang perempuan...


PH namakannya Misha...Entah apa yang direnungkannya...Kucing ni pun ada memikirkan masa depannya...Kita jer yang terlepas pandang....


Mungkin ada dikalangan kita yang takut kucing-kucing yang dibawa balik bergaduh dengan kucing kita...Biasanya, kucing-kucing yang PH bawa balik akan dikurungkan ke dalam sangkar terlebih dahulu....Sangkar tu pula PH letakkan berdekatan dengan mangkuk makan kucing-kucing PH yang lain...Kalau kucing-kucing PH makan, dia mesti terliur dan terasa nak bersama dengan kucing-kucing PH yang sedang kenduri....PH takkan letak makanan dan minuman ke dalam sangkar selama satu jam lebih kurang...Sudah tentu dia akan lapar, tapi takde la sampai kebuluran....Jangan risau, dia takkan mati....


Sesi pengenalan telah pun bermula...Kucing-kucing PH yang lain akan jakun kejap bila ada kucing baru join the club...Inilah waktu yang paling penting untuk serasikan bau-bau kucing yang asing bagi mereka...


Selepas 1 jam sesi pengenalan bau, PH akan alihkan kucing yang baru ni ke dalam bilik kucing...Ada juga kucing-kucing PH yang lain terlebih peramah...


Langkah yang terakhir, PH akan beri makan kepada kucing-kucing PH yang sedia ada tu di depan kucing yang baru tadi...Tapi PH masih tak beri kucing baru tu makan...Biar dia terliur kejap...hehehehe...Pastinya dia akan terasa dengan kucing-kucing yang lain menjamu selera...Tengok Si Misha tu, geram jer dia kan...? Dalam 5 minit lepas tu, PH lepaskan Si Misha ni..Biar jer dia nak buat apa...Kalau dia nak makan bersama-sama, baguslah...Tapi kalau dia tak nak, biarkan ajer...Beri dia masa....


PH buat cara macam ni paling lama pun sehari dua jer..Bergantung pada kegarangan kucing tu juga...Macam kes Si Boboy makan masa 3 hari...Mia 2 hari...Yang lain-lain tu kurang masalah...Kalau nak tahu dia masih garang atau tidak, ambil kucing kita yang sedia ada tu dekatkan pada kucing yang baru tadi secara perlahan-lahan...Dia tetap akan menyembur tapi kurang dari waktu mula-mula dia dibawa masuk...
Jadi, untuk kes Si Misha ni, tengah hari PH bawa balik, esok pagi tu dia dah mula pandai nak melese kat kucing-kucing PH yang lain....Macam tu juga dengan Gholam...

Bila Si Misha ni dah pandai menggedik,  barulah senang kerja PH...Takde lah dia nak meronta-ronta masa kita nak 'kerjakan' dia....PH biasanya bersihkan telinga dia dulu dengan ear cleaner...Nah...!!! Kan dah berkilat telinga..Takde la semak macam tong sampah...Adehhh...Telinga kucing yang kotor adalah salah satu penyebab kuman dan fungus merebak...


Si Misha ni tahu apa yang PH nak buat kat dia sebab bau ubat tu kuat...Langkah seterusnya, PH sembur Front Line...Spray anti fungus tu PH semburkan di bahagian kepalanya...Front Line ada alkohol, PH tak nak ambil risiko tersembur pada matanya...Nahas plak nanti kan...? Semburan deodorant anti fungus ni berasaskan air...Jadi, PH sembur di tapak tangan dan gosokkan ke bahagian atas kepala dan bawah dagunya....
PH tak mandikan kucing yang baru dibawa balik sebab PH tak tahu tahap kesihatan mereka...Dalam 3-4 hari lepas tu, baru PH mandikan dengan air suam....


Sekarang Misha dah mula pandai nak bersosial....Betty pun begitu...Dah pandai nak bersosial juga dengan kucing-kucing PH yang lain....Cerita bagaimana PH jumpa Si Betty ada di sini ( KLIK SINI )...


Mandi pun dah setel...PH dah buat appointment dengan vet UPM untuk divaksinkan...Lepas tu, barulah PH buka iklan adoption untuk sesiapa yang nak adopt Si Misha..Untuk mereka yang mendambakan kucing yang setia dan manja di tahap gaban, Si Misha ni adalah calon yang sesuai...


Selesai satu masalah...hehehehe

Beberapa hari selepas itu, PH terjumpa pula Si Rossa ni di sebuah lorong gelap...Dia baring jer nampak macam pasrah...PH dekat jer, dia lari...Kibbles kat dalam kereta dah habis, terpaksa pula pergi ke kedai runcit yang berdekatan...Nasib baik ada jual makanan kucing...PH tak perasan lagi yang bulunya panjang sebab lorong tu gelap sangat...


Bila diumpan kibbles, barulah dia nak datang...Bila PH pegang badan dia, menggigil ya amat....PH rasa Si Rossa ni berkemungkinan besar baru nak bunting...dari senario ini, PH mengandaikan bahawa Si Rossa ni takut sebab dia baru dibuang oleh tuannya yang tak bertanggungjawab...Dan dia dibuang kerana bunting....Aduhai kesian Si Rossa ni...Inilah bahananya kalau tak nak mengkasikan kucing...Kalau tak nak kasi, sekurang-kurangnya ambillah tanggungjawab untuk membela anak-anaknya sekali....Inilah jalan penyelesaian yang mudah bagi sebilangan besar masyarakat kita....Bila bunting jer buang..Masa Si Rossa ni anak dara, tahu pula nak sayang....


Bila dah sampai di rumah, barulah PH perasan yang Si Rossa ni bukan baka biasa...Bulunya separa panjang...Warna pun Calico...Tapi Si Rossa ni agak aggresif dengan kucing-kucing PH...Kucing yang pertama kena cakarannya ialah Si Bon-Bon...Pandai-pandai nak cium minah janda ni...Last-last kena cakar...adehhhh...Tu la..Padan muka...
Seperti biasa, PH buat benda yang sama seperti Si Misha tadi...Kurung tanpa makanan buat sementara waktu...




Sesi pengenalan bau bermula seperti biasa...Benda ni tak payah diajar...Kucing tu akan tahu sendiri kerana ini adalah fitrah mereka - mempunyai sifat ingin tahu....Si tecit yang luar sangkar ni namanya Leena...Cerita bagaimana PH jumpa dia ada di sini ( KLIK SINI )


Sweet tak muka Si Leena ni...? Masa ni, Rossa dah kurang aggresifnya....Dia dah kenal bau kucing-kucing PH yang lain...


Betty dan Rossa juga tersenarai di dalam nama-nama yang akan dihantar ke vet UPM untuk pemeriksaan...
Kucing-kucing yang PH bawa balik semuanya dah serasi bersama...Cara yang PH buat semuanya sama jer macam yang PH buat kat Si Misha tu...

Gholam memilih Hero sebagai teman tidur...


Rossa memilih tangga sebagai tempat selamatnya....Dah tak payah kurung dah...Sembur pun dah takde...


Betty memilih penunu dapur gas sebagai tempat yang sejuk....
Kurap di badan dan kepalanya beransur hilang...Syukur sangat-sangat...


Kesemua mereka yang PH kutip dah diberi makan RC dan SP...Misha badan dah buntal :)

P/S :
Asalkan kita memberi mereka ruang dan masa, Insyaallah semuanya akan selesai...Jangan runsing-runsing lagi kay :)
Misha, Betty, Leena dan Rossa dah pandai buang air besar dalam Litter Box tanpa PH ajar...Mungkin Allah tu nak permudahkan urusan PH & MH...Alhamdulillah..
Selamat Mencuba :)

Comments

  1. SP tu jenama ape ye PH?

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhhhhhhh....kesemua kucing PH comel2 la..... Misha, Betty, Leena dan Rossa.... he2... semuanya betina.. iyo mesti pening nak pilih yang mana satu ni... hu3

    ReplyDelete
  3. Salah satu stok baru Ph tu sama nama dgnku...adusss..Sejuk hati tgk mata makhluk Allah k'syg'n Rasullullah nie..

    ReplyDelete
  4. alangkah bertuahnye kucing2 nih dijumpai PH..kalo x entah bagaimana la naseb mereka...sy juga spt PH yg slalu bwk blk kucing2 terbiar ke umah...alhamdulillah suami juga mmg sukakan kucing! :)

    ReplyDelete
  5. mesti kucing2 ni bersyukur sgt2 sb dpt jd kucing angkat PH..so far sy hanya mampu bela bdk brdua ni..Hemohemo n Hemihemi..Hemohemo mmg purposely hubby hadiahkn utk sy..Hemihemi kire kucing angkatla..sy ambil dr Vet clinic..Doc bagi free je sb tuan dia tak mahu dia lagi dah..Hemihemi ni sgt loyal n baik sgt..maybe dia berterima kasih kerana kami terima dia sbgai ahli keluarga..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum~~pagi tadi suami akak bawa balik majalah mastika. Dia teragak2 nak bagi akak, sbb ada gambar kucing yg sgt menyayat hati. Dia tahu jika akak tgk & baca mesti menanggis. Memang betul, tk baca lagi hanya melihat gambar...hati sudah bagai disiat2. Air mata berlinangan kerana tanpa membaca akak sudah tahu apa cerita yg ada dlm nya. Manusia yg zalim ramai tetapi manusia yg berhati baik seperti anda juga ramai. Akak ada 16 ekor kucing yg di buang merata2. Terutamanya di belakang rumah akak. Beza nya akak ambil kitten yg berumur 2-3bln...kerana mereka tidak blh cari mkn sendiri. Klu yg besar2 akak hanya bwa balik & beri makan, tk payah nak suap2 seperti kitten. Akak bukan lah minat sangat dgn kucing hanya kasihan dgn nasib mereka yg di buang hanya kerana mereka sudah tidak comel atau kerana tidak mahu bela anak2 kucing. Apa2 pun akak harap manusia2 begini akan diberi kesedaran oleh Allah SWT. Teruskan usaha membela makhluk Allah yg malang ini dik. Akak doakan Allah beri kemudahan utk adik meneruskan misi kecil kita ini. Kunjungi lah akak di facebook~Sall Bj. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  7. rsa bergenang air mta bca cerita ni...mmg PH ni seorg yg brhati mulia la...saya kagum & respect sgt kat PH...dlm msa yg sma brterima ksh sbb ada manusia spt PH...saya pun mmg cam PH jga...sygkn binatang...mdh kesiankn binatang especially kucing...tp x mampu nk buat cam PH ni disebabkn msalah kesihatan yg x mengizinkn...apa2x pun tahniah PH sbb mnjdi manusia yg sgt2x prihatin trhdp binatang...saya akn sentiasa menyokong PH...

    ReplyDelete
  8. salam buat papa hero..apabila saya baca liputan dari mastika, ya allah, sungguh mulia betol hati saudara.terharu sangat2.saya sangat bersetuju ngn tindakan saudara menyelamatkan kucing-kucing ini hah. dan saya sangat marah terhadap mereka yg sesuka hati menyepak, mendera dan paling melampau, membunuh binatang kesukaan Nabi kita.sgt sedih. kalo tidak suka trhdp kucing, tidak apa,asalkan jgnla membuat tindakan2 bodoh mcm tu atas tiket alasan 'untuk suka2'.
    teruskan usaha mulia saudara ini agar ia menjadi satu titik pemulaan kpd msyrkat kita untuk berubah!saya menyokong usaha murni saudara ini.

    ReplyDelete
  9. Assalam PH..akak trharu sgt dgn kisah2 yg dipaparkn di sini dan tahniah atas usaha murni anda.
    mlm 4 ramadhan lalu suami akak mmbawa balik anak kucing..menitik air mata bila tgk ia mencari ibunya...akak namakn "baby"..msh mnyusu botol..aktif,bijak dan manja.
    insyaAllah....setiap makhluk Allah akn doakn kita jika kita brbuat baik kpd mereka.
    semoga Allah rahmati,berkati dan lindungi PH serta family..Amiiin

    ReplyDelete
  10. syg kucing jgak tp xbole nk jge byk2 kt rmh...so kalu jmpe kucing terbiar xtau nk buat ape...

    ReplyDelete
  11. kat mne PH jual sime kcing2 nie..
    nk bli yg x berak mrate2 ble x..
    smoge allah mmberi pahala yg bsar kpade PH krane sangat baek ati..:)

    ReplyDelete
  12. salam ph..saye pmnat setie blog ph ni..tp skang ni sye da mslh nk mntk tunjuk ajar ph..citenye cmni..sye ni stdnt..bru pagi td,sblom g klas,kt dpn uma sye,de seko ank kucin,kecik je..sye ngn mmbe2 uma sye pn cm kesian je kt die..tros kasi mnom susu..aleh2 smpy skang die dok tggu je kt uma kami..cadang nk bela..kesian sbb kecik sgt lg..tp tu la..kami ni stdnt..jarang dok uma..pgi smpy ptg dok kt studio je..n mmbe uma pn de sorg due yg takot ngn kucin..so kalu la ph da dlm situasi sye,pe ph wat??leh tak kasi tunjuk ajar scare detail kt sye..tulon yee

    ReplyDelete
  13. salam...tumpang tnya..mcm mana nak bersihkan dalam telinga kucing tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular