Artikel Untuk Mereka Yang Tak Pernah Pergi Ke Petshop

Sebagai pemelihara kucing, selalukah kita pergi ke petshop ataupun kedai haiwan peliharaan...? Sebenarnya, penting juga kita ke sana sekali-sekala...Bukannya apa, mungkin ramai di antara kita yang memikirkan bahawa hanya orang yang berduit sahaja layak ke kedai-kedai seperti itu...Dulu, PH juga beranggapan demikian...Tapi bila diperhatikan dengan teliti, keadaan adalah sebaliknya..Ianya tak ubah seperti kedai-kedai runcit....Cuma bezanya ia menjual barangan haiwan...Dan apabila kita berada di dalam petshop suasana minda kita akan menjadi aman dan tenteram...Hilang segala stress...Kadang-kadang kita boleh jadi terleka melihat barangan-barangan aksesori si comel....Memang ada segelintir petshop yang ada anjing, tapi janganlah kita sentuh anjing tu...Jangan pula takut atau geli lantai-lantai petshop itu pernah dipijak anjing...Ianya tak jauh bezanya dengan permukaan tayar kereta / motosikal kita yang melanggar najis anjing...Tiada apa yang perlu digelikan...Kita pakai kasut kan? Tiada bezanya kita memijak lantai petshop dengan lantai koridor di rumah-rumah kedai yang menjadi port-port tidur mereka...Malah lantai petshop lagi bersih sebab dibubuh anti-septik...Buang dalam minda benda-benda negatif tu...Kalau was-was, boleh samak tangan atau tapak kaki tu...Kalau tak tahu samak, KLIK SINI  ...Jangan banyak alasan untuk malas nak samak...Samak adalah perkara yang amat mudah...




Kita selalu bagi  kucing-kucing kita makan biskut-biskut kucing yang jenis ekonomi di pasar-pasar raya ataupun di kedai-kedai runcit...Apa yang PH perhatikan, harga-harga makanan kucing di pasar-pasar hyper tak jauh bezanya dengan makanan-makanan premium kucing di petshop...Contohnya :


Contoh 1 ( Paket Ekonomi )
Jenama Ekonomi A di Pasaraya Hyper = 1.5kg RM17.90
Jenama Premium A di Petshop A         = 2kg RM32 


Beza harga di antara Jenama Ekonomi A dan Jenama Premium A ialah RM14 sahaja tetapi dibungkus di dalam berat yang berlainan...Dengan mengeluarkan tambahan lagi RM14, anda mendapat makanan kucing yang premium dengan minimum berat 2kg...Kucing anda tak kena batu karang, kencing tak lawas, kerosakan hati dan sebagainya...Kalau kucing anda sakit, belanjanya lagi mahal dan kos untuk perubatan mereka makin bertambah....Jadi, terpulanglah kepada kebijaksanaan anda....Ini baru perbandingan harga paket kecil...Kalau nak buat perbandingan dengan paket besar, PH sarankan anda membeli makanan premium untuk kucing-kucing anda...Always remember, what you give, you will get back...Kucing anda sihat dan akan gendut sentiasa...Dengan tak semena-mena, risiko kos rawatan perubatan juga dapat dikurangkan sebab kucing-kucing anda tu gendut macam Iyo...iyo pun jarang sakit...Alhamdulillah, segalanya dengan izin Allah juga.. :)




Semua orang tahu bahawa makanan kucing ekonomi sebenarnya tak berapa digalakkan oleh doktor-doktor veterinar kerana ianya mengundang pelbagai penyakit...Mungkin ada di antara kita yang telah memberi makanan ekonomi kepada kucing peliharaan selama bertahun-tahun lamanya tetapi tiada kesan sampingan...Tetapi harus diingat, tiada kesan sampingan itu hanya pada zahirnya sahaja...Dalamannya siapa yang tahu...? Bagi PH, ianya tak ubah seperti kita makan megi...Ianya memang mengenyangkan tapi memudaratkan pada jangkamasa yang panjang....Terpulanglah kepada persepsi masing-masing....


Dengan selalu mengunjungi petshop yang berpengalaman, kita akan mengetahui lebih banyak lagi ilmu-ilmu kehaiwanan....Ketika itulah kita akan ketahui di mana kesilapan kita tatkala memelihara mereka...Secara perlahan-perlahan, ini akan meningkatkan motivasi kita terhadap haiwan...Mereka juga perlu dijaga dengan rapi...Bukan dibiarkan begitu sahaja...Kalau orang tua-tua dahulu, cara mereka memelihara kucing memang tak sama macam sekarang kerana ketika itu, mereka tiada veterinar...Sebab itulah banyak petua-petua orang-orang terdahulu digunakan untuk merawat kucing....Yang istimewanya, ada di antara petua-petua tersebut masih relevan sehingga sekarang...


Dengan selalu mengunjungi petshop juga, ianya akan mencelikkan lagi hati anak-anak kita untuk mengenali sifat-sifat haiwan dengan lebih dekat...Macam-macam haiwan ada di sana...kalau nak pergi zoo, jangan haraplah...Masa bukannya selalu ada kan...? Jadi, beri peluang kepada anak-anak kita mengenal lebih banyak baka-baka anjing yang cantik...Ada bermacam-macam saiz...Biar mereka tahu bahawa anjing dan kucing ini juga berbangsa-bangsa....Bagi peluang kepada anak-anak kita untuk mereka belajar...








Kalau pada tengah bulan tu anda tengah ikat perut, boleh juga kunjungi petshop walaupun hanya untuk 'window shopping'...Tokey petshop tu takkan halau punya...Ajak sekali mak dan ayah pergi ke sana....Biar mereka tahu sendiri bahawa trend kehaiwanan kini telah pun berubah....Trend memelihara kucing juga dah berubah....



























Bagi PH, eloklah kita selalu mengunjungi kedai-kedai haiwan ataupun klinik-klinik veterinar untuk mendapatkan informasi yang secukupnya...Ringan-ringankan tangan untuk Google Map klinik-klinik serta petshop yang terdekat di rumah anda...


P/S : 
Kalau selama ini anda tak pernah pergi ke petshop, selepas membaca entri ini cuba-cubalah ke sana dengan membawa keluarga sekali..Anda akan mendapat lebih ramai kawan yang boleh berkongsi mengenai ilmu-ilmu kehaiwanan ini disamping menjalani kehidupan yang lebih bermakna....Kalau pergi petshop dengan boyfriend jer, macam tak bestlah....hehehe
Buang persepsi "Pergi petshop hanya buang duit ajer..Buang duit untuk kucing apa faedahnya...? Takde faedah pun..."
Kalau kita buat benda yang kita tak pernah buat, insyaallah kita akan dapat result yang tak pernah kita dapat...Beri yang the best untuk kucing-kucing / anjing-anjing kita...PH jarang pergi ke petshop, tetapi apabila selalu menjejakkan diri ke sana, PH rasa ramai di antara anda dah nampak apa natijah yang PH dapat...
Kucing-kucing tu mendoakan kita kalau mereka sihat :)



Comments

  1. setuju dgn pendapat tuan....dulu memang agak jarang pn masuk petshop....kalo masuk pn just tgk menatang dalam tu....hehehehe...tp sejak dah bela 2ekor kucing ni,makin kerap la sy g petshop...bkn apa....sng nk tanya apa masalah kucing...jd leh tukar2 pendapat kat situ...ahaks...btw hepi sgt tgk iyo dapat hamper...hehehe....sure hepi dia kn?teringin sangat nk beli 1 set cat tower tu kat kucing2 sy....

    ReplyDelete
  2. kaloi suke jerk pergi petshop
    lagi2 yg kat midvalley uh

    ReplyDelete
  3. betul2..saya sokong....biasanya kite ley sharing knowledge di pet shop kan?

    ReplyDelete
  4. selain daripada berbelanja makanan kucing di petshop or vet saya gemar bertanya2 tentang perihal kucing.

    ReplyDelete
  5. BABY n ADI'S SISTER..October 26, 2011 at 11:24 AM

    BABY n ADI'S SISTER
    saya pntang klu jmpe pet shop..msti mcm terpanggil2 nk msuk kdai 2.. ble mlangkah msok je kat dlm 2,immediately 100% bleh ilang stress tow,sbbnyer ble da nmpak muka 'kekasih2' kat dlm kdai 2.. rse mcm nk ankut 'dorg' sume bwa blik umh..tp apekan daya..mhal sgt..hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular