KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Selepas Majalah Mastika, Blog KAKIMOTONG Bakal Muncul Di Buletin Utama TV3

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Wednesday, November 2, 2011

Selepas Majalah Mastika, Blog KAKIMOTONG Bakal Muncul Di Buletin Utama TV3

Posted by Papa Hero | Wednesday, November 2, 2011 | Category: , , , , |

Pada akhir bulan September yang lepas, PH ada menulis status di wall FB Papa Hero...Begini lebih kurang bunyinya : "PH dapat rasakan bulan 11 kali ini akan mendatangkan rezeki yang melimpah ruah...."
Tak lama selepas itu, PH dihubungi majalah Mastika untuk membuat liputan mengenai blog Kakimotong dan kisah Hero...Segalanya berjalan dengan lancar dan artikel sulung mengenai Hero dan blog PH telah pun diwar-warkan di dalam majalah Mastika keluaran November 2011 ( KLIK SINI )...Tetapi baru-baru ini, PH macam tak percaya apabila menerima email dari seseorang...Begini bunyinya :


Assalamualaikum...

salam, sdra hairie...
boleh dapatkan no telefon..?
saya cadang..nak buat story pasal hero n blog papa hero...

 syabas dan terima kasih

shaharil kadir

jabatan berita TV3

013-*******


Berulang kali PH membaca email tersebut....Kebetulan selepas itu, PH dihubungi oleh En. Najib, salah seorang wartawan TV3 yang terlibat secara langsung di dalam pembikinan segmen di Buletin Utama khas untuk Hero...Beliau mendapat nombor telefon PH dari Encik Nazirul,  wartawan majalah MASTIKA yang bertanggungjawab menyiarkan artikel Hero baru-baru ini....Ini adalah kerana PH lambat reply email dari En Shaharil Kadir...

"Assalamualaikum...ni Papa Hero yer...? Saya Najib dari Jabatan Berita TV3 ingin membuat temujanji dengan Papa Hero untuk membuat segmen khas mengenai Hero dan blog Papa Hero...

"Waalaikumsalam...Tuan dari TV3 ke? ( mode tak percaya... ) Errmmm..Boleh jer, nanti datanglah rumah..Saya SMS alamat kejap lagi"

Begitulah lebih kurang perbualan telefon antara PH dan En Najib...Ringkas tapi penuh makna...Jadi, tidak timbul isu PH yang panggil wartawan dan sebagainya...Inilah hadiah dari Allah untuk kita semua...Penulisan blog PH dan cerita Hero telah mendapat perhatian dari mereka....Syukur Alhamdulillah...


Mereka datang berempat...Mereka ialah En. Jufri ( juru kamera ), Ashraf 
( pelatih dari UiTM ), En Hamdan ( pemandu ) dan En Najib sendiri....Sesampainya mereka di rumah PH, mereka terus menyiapkan set dan peralatan...Sambil-sambil tu, PH berbual-bual dengan En Najib...Hero masa tu kat bilik atas...Tidur...hehehehe

Persediaan mula dilakukan oleh krew TV3


En Najib bermesra dengan si kembar comel
Ni si tecit milik Kak Nor Fahizeen yang PH 'foster'kan kejap....Bila ada tetamu datang, macam biasa mereka buat kelaku yang mencuit hati...."Akak, kucing-kucing akak ni pun masuk TV tau...hehehehe..."
Untuk pengetahuan, pada keesokkan harinya En Fadziel telah menghubungi PH untuk collect kesemua 6 ekor kucing Kak Nor Fahizeen yang PH 'foster'kan...Terima kasih En Fadziel kerana sanggup datang dari jauh untuk mengambil anak-anak bulus ni...Tak dapat kita berjumpa kerana waktu itu PH sedang bertugas...


Beberapa ketika selepas itu, sesi temuramah mula berjalan....PH menceritakan dari A to Z tentang bagaimana PH bertemu dengan Hero dan bagaimana cara PH gunakan blog sebagai platform untuk melahirkan modal insan yang menyayangi haiwan....PH bercerita dengan sepenuh hati PH....Kalau nak tahu apa yang PH cerita, tunggu harinya nanti bila segmen ini disiarkan...

Macam ni rupanya bau kasut wartawan TV3...harum....
Ada kesilapan teknikal sikit....Si kembar PH ni dah terlebih rajin...Dia pergi tabur RC kat atas lantai plak tanpa PH sedari...Adesss...Apalagi, berebutlah anak-anak angkat PH ni makan kat atas lantai......


Dah alang-alang berebut tu, En Jufri juga tak ketinggalan merakam gelagat mereka....Terpaksa PH biarkan jer dikhuatiri mengganggu konsentrasi juru kamera...


Hero masa tu tiba-tiba jer kat luar..Panjang jer leher dia tengok RC kat dalam mangkuk clay tu...

Si Montel ni pun tak lepaskan peluang nak masuk TV

Beginilah gedik Hero ketika ragamnya dibidik lensa kamera TV3



Tak sangka meriah pula jadinya, lebih-lebih lagi dengan kehadiran si tecit milik kak Nor Fahizeen ni...kelakar betul....Juru kamera tu pun tergelak melihatkan aksi lincah mereka....


Kemudian, bilik anak-anak angkat PH ni pun tak terlepas dari bidikan lensa kamera TV3...


Kelihatan En Najib sedang berlatih untuk menyampaikan kata-kata gulungan untuk bahagian di akhir segmen yang bakal disiarkan nanti....PH kagum dengan Teamwork mereka....


Dan akhir sekali, inilah gambar kenang-kenangan PH bersama-sama dengan wartawan TV3 sebelum mereka kembali ke markas semula....Bagi PH, inilah kejayaan blog dan perjuangan PH yang selama ini tak pernah PH impikan...Kejayaan ini juga adalah berkat dari doa-doa yang tulus dari anda semua...We are in the eyes of the world...


Malam itu pula, rumah PH dikunjungi oleh seorang rakan FB iaitu Che Ard dan isteri, Kak Amy...Merekalah orang yang pertama mengetahui apa yang berlaku siang tadi....Alhamdulillah kata mereka..Tunggu entri dengan Che Ard akan keluar nanti...Lepas lepak kat rumah dengan Iyo, kitorang pergi dinner sama-sama....hehehehe..Masa terasa berlalu begitu lama pada hari itu...Rezeki datang mencurah-curah...Alhamdulillah Ya Allah...Syukur....



Dari kiri : En Hamdan, En Ashraf, En. Jufri, PH & si kembar dan En Najib
Jutaan terima kasih buat krew TV3 yang telah sudi membuat segmen khas untuk kami sebagai pencinta haiwan...Semoga dengan tersiarnya segmen mengenai KAKIMOTONG ini di Buletin Utama,  perjuangan kami akan membuka mata lebih banyak pihak untuk memastikan undang-undang dan akta-akta terhadap si penjenayah haiwan berada di tahap yang optimum...

( DIKEMASKINI 19 NOVEMBER 2011)
Inilah kisah Hero yang dipaparkan di Buletin Utama 5 November 2011

P/S :
Alhamdulillah, selepas majalah MASTIKA, kini di platform TV3 pula....Perjuangan PH yang lebih fokus kepada melahirkan modal insan yang menyayangi haiwan telah sampai ke matlamatnya....PH tak mampu nak melakukan semuanya dengan lebih baik seperti orang lain yang lebih hebat dan ekstrim, tapi sekurang-kurangnya PH mampu melakukan sesuatu yang luarbiasa....Itupun selepas penat mengharungi pelbagai dugaan dan tohmahan liar dari mereka yang berfikiran negatif....


Nak ubah hidup haiwan, ubah diri sendiri dulu....Hentikanlah kekejaman terhadap haiwan dan sama-samalah kita mendidik generasi yang baru ini supaya menyayangi mereka walau sebesar zarah sekalipun...dan hormatilah usaha orang lain...
Kalau ada penulis blog yang terbaca entri ini dan nak kongsikan di dalam blog mereka, silakanlah yer..Ini adalah kejayaan anda juga :)

Selepas ini, akan ada kejutan lagi....Kali ini lagi SUPERB...!!!! 
( Insyaallah kalau diizinkan olehNya... )
Jangan lupa dapatkan Majalah Mastika Disember 2011 tau...PH sudah jadi penulis...

MIRACLE WILL COME TRUE IF YOU BELIEVE

Enhanced by Zemanta

Comments
36 Comments

Currently have 36 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:

  1. suka sgt2...
    rasa lebih teruja nak tgk Hero masuk tv3...
    cayalah PH & MH!!!

    i love Hero..
    (^^,)

  2. Tahniah PH & MH... suka2 sangat2 nak tengok hero kat tv.. mohon kongsi entry kat blog ekin ya PH..

  3. tahniah PH...x sabar nk tgk buletin utama nnti...mastika mmg tiap2 bln beli...hihi.... :)

  4. Maju lagi Kakimotong untuk Kucing2... yeah... thanks Papa Hero, Mama Hero, Twins, Iyo dan anak2 bulus ku dan yg lain... huhuhuhu I love you all... <3

  5. suka'y suka'y...proud of u la PH, xsbar rasa nk tgk

  6. waaaa...tahniah tuk hero n PH...masuk tv lagi...mesti tgk ni...

  7. Tahniah papa hero...


    -encik markmiez-
    http://markmiez.blogspot.com

  8. tahniah PH & MH :))
    perjuangan PH nmpknya membuahkan hasil. Lebih byk liputi, lebih mudah PH nak menaikkan modal insan menyayangi kucing/haiwan.. sy dan semua pencinta kucing/haiwan pasti mendoakan kejayaan PH. Semoga Allah membalas jasa dan budi PH sekeluarga :))

  9. tumpang rasa gembira dgn kejayaan PH.. setiap perbuatan ada balasan tak kira baik atau buruk. Inilah hikmah di sebalik PH mengambil Hero yg dlm serba kekurangan tu untuk di bela nasibnya..

  10. kemain hero bergesel bila org record gambar dia.. :D

  11. tahniah.

    perjuangan anda memang mulia

  12. Papa Hero, saya ambil pic Hero utk umumkan berita gembira ni..takpe eh :)) sy publish kat blog sy.. harap2 lebih ramai yg tahu,lebih ramai yg akan tgk nnt.. sy pulak terlebih excited..sorry.. :D

  13. good
    mlm td baru tgok iklan yg akan masuk buletin utama mggu nie ^__^

  14. tahniah,syukur kpd ALLAH S.W.T, sye xkn lpskn peluang mmbli mastika edisi disember (sheril)

  15. Terbaik..
    Terbaik dan terbaik..

    TAHNIAHHH..

    Xde kate yg mampu terucap.. PH dah jadi artis skang.. hehehe

  16. salam dan tahniah PH...bc je smpai perenggan 4 yg terakhir...ery rs nak menangis..bukan sedih aper..nak menitis air mata gembira dan bersyukur sbb pencinta2 haiwan spt PH dan semua kwn2 akhirnyer ada yg sudi salurkan sebegini...steady la PH dan iyo...ery dan memet menyokong.... :) akan tgu di depan tv nanti...

  17. setiap kali tgk video tentang hero mesti nanges...

  18. ok papa hero saya akan tonton...terujanya...:)

  19. rasa tak sabar nak tgk aksi hero dlm buletin utama nanti....love u hero!!!!!!!!!!!!!

    catlover

  20. Wow! nampaknya 5 & 6 hb ni kena hadap TV nak tgk hero dan PH! Congrats dan syukur... Insyaallah perjuangan PH diberkati Allah.. Amin!

  21. teramat gembira...
    yelaa... skrg baru org bukak mata sket pasal haiwan nie.. nak2 kucing...
    miss ieza & sally tumpang bangga sgt2..
    tahniah PH & MH & HERO!!!

  22. terima kasih ph kalo saya x baca mastika hr 2 sampai skg sy msh geli lg ngan kucing,sebak rasa nya bc artikel psl hero 2

  23. ni la balasan dari hiro...dengan cara ni la dia dapat membalas budi PH...yg membantu dia serta menjaga dia slama ni...alhamdulilah...

  24. tahniah! sukanya Hero masuk TV...love u hero..muaahhhh!

  25. Sokong usaha Papa Hero!
    semoga berjaya.

  26. Fuyoooooh... Masuk tv tuh! Feymes la Hero. Agak2nya apelah yang difikirkan oleh beguk2 yang dah potong kaki Hero bler dorg tengok Hero kat tv nanti?

  27. salam kenal :)

    tahniah! moga usaha suci anda akn dpt balasan yg setimpalnya :)

  28. salam...
    xsabo rsnye nk tgk Iyo n PH kt Buletin Utama mlm nie... cayalah...

  29. Thaniah ye PH, berkat ikhlas PH membantu kucing malang yang diberikan nama HERO ini dapat merubah nasib nya...juga nasib PH. Tak putus2 rezeki yang PH daPAt...semoga rezeki PH ini berpanjangan...aminnn...

  30. Salam Papa Hero, first time komen di sini. sgt terharu dengan kisah kucing yang bnama hero ni, dan syukur ada insan seperti PH yang sudi membantu. Saya tahu cerita ni dari buletin tv3 yang saya tonton baru baru ini, tahniah akan budi baik PH, semoga dirahmati Allah hendaknya. saya mintak izin untuk meminjam beberapa gambar Hero untuk jadi bahan tulisan saya di blog, terima kasih

  31. salam. saya tahu cerita hero sejak beli mastika bulan lepas. cuma baru kelmarin mak saya teringat nak buka blog papa hero. dia baca dua tiga entri dan tengok ketiga tiga video di sebelah kiri blog sampai menangis.

    hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa papa hero. saya sekeluarga juga membela kucing. dan saya faham keseronokan dan kesulitan membela kucing terutama dalam jumlah yang besar. semoga papa hero terus bersemangat memperjuangkan nasib kucing kucing terbiar. semoga Allah akan mempermudahkan urusan papa hero juga. kami sentiasa menyokong anda :)

  32. salam thniah PH!!!insyaALLAH segala usaha PH akn dinilai oleh ALLAH :)
    lpsni tunjuk iyo kat majalah 3 plak,hihi

  33. Assalamualaikum....saya turut berasa bangga dan terharu atas kesungguhan saudara utk mnjadi pencinta haiwan. Cerita Hero sgt mengujakan saya, terima kasih. Saya dh lama ikuti perkembangan Hero, dan memang benar, kalau kita buat baik dengan mana2 makhluk 2 memang berkah hdupnya, krn setiap makhluk yg x brnyawa n haiwan sbnrnya sntiasa brzikir, dan mungkin Hero juga tlh sntiasa mendoakan anda sekeluarga di dlm zikirnya. saya sukakan kucing, tetapi menunggu masa bila bnar2 bkerjaya n mampu menanggung kos, saya akn buat prkara serupa saudara. sbbnya ibu saya x gemarkan kucing, sampai trlekat gelaran "Disaster Queen of Kucing"...tahniah, saudara n semoga rezeki anda brtmbh utk anak2 angkat tersebut!


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails