Selepas Platform TV3, KAKIMOTONG Kini Di Platform Selamat Pagi Malaysia di TV1

Alhamdulillah....Doa kita semua sekali lagi dimakbulkan oleh Allah SWT....Bulan November ini adalah bulan kejayaan bagi pencinta haiwan dan kejayaan peribadi yang amat manis buat PH....Media-media penyiaran telah mula memainkan peranan mereka dengan baik sekali...Terima kasih yang tidak terhingga kepada penerbit slot rancangan Selamat Pagi Malaysia iaitu Encik Zamzuri kerana sudi menjemput PH menjadi tetamu undangan dalam slot tersebut sempena tema Hari Raya Korban....Sesuatu yang PH tidak menjangka akan berlaku, tapi kali ini ianya benar-benar berlaku...Syukran...


Jangan dilupa firman Allah yang ini :
"Dan Allah juga memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakinya tanpa batas" Surah Al-Baqarah ayat 212


dan


"Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya tanpa Hisab" Surah Ali Imran ayat 37....


dan satu lagi surah yang PH rasakan amat sesuai untuk renungan para pencinta haiwan yang berbunyi :


"Dan berapa banyak binatang yang tidak ( dapat ) membawa 
( mengurus ) rezekinya sendiri..Allah lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepadamu dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" ( Surah Al-Ankabut ayat 60 ) KLIK SINI


Berdasarkan firman Allah yang ketiga seperti yang tertulis di atas, PH selalu ingatkan di dalam blog dan Facebook... Buat setakat mana yang kita mampu kalau nak bantu haiwan...Kalau tak mampu, memadai dengan kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka....Yakinlah bahawa Allah akan melindungi mereka dengan menemukan haiwan-haiwan yang terbuang ini dengan kita atau dipertemukan dengan insan-insan prihatin yang lain....



Rancangan ini mempunyai rating penonton yang amat tinggi di seluruh negara..Ini bermakna suara-suara yang memperjuangkan hak haiwan sebagai makhluk di muka Bumi ini telah didengari oleh hampir seluruh rakyat negara ini di mana kisah tragis yang berlaku terhadap Hero adalah pencetus fenomenanya...PH dapat rasakan ianya telah membuka mata banyak pihak dalam meneliti semula akta-akta dan undang-undang yang selama ini 'berhabuk' dan sudah sampai masa ianya perlu digilap semula sehingga bersinar...
berposing dulu dengan Hero


Di dalam episod kali ini ( selepas siaran Hero di TV3 KLIK SINI ), rakaman dilakukan secara langsung dari Studio 2 Wisma TV Angkasapuri....Masa nak ambil pas pelawat, polis bantuan tu tanya nama penuh PH dan minta IC...Selepas dia melihat nama PH, dia bertanya "Awak ke yang dalam TV3 hari tu...?"..PH anggukkan kepala dan senyum ke arah pakcik tu..."Ya Pakcik" jawab PH ringkas...Beliau perasan nama PH kerana di dalam senarai pelawat pada pagi itu tertera nama PH dan topik yang akan ke udara sekali...Sempat juga dia tengok Hero yang telah siap sedia di dalam kereta....Dia sebak melihat keadaan Hero..dari redup matanya, terserlah naluri seorang yang amat sayangkan kucing....Dia melepaskan PH masuk sambil menggelengkan kepala...Kecewa dengan sikap manusia yang semakin kejam agaknya....

Beginilah keadaan anak-anak angkat PH pada pagi sebelum PH nak bertolak ke Angkasapuri...Mereka mendoakan agar segalanya dipermudahkan olehNya barangkali.....





Akhirnya, PH sampai juga ke tempat yang bakal melakar sejarah buat KAKIMOTONG....Alhamdulillah...Cuaca pun amat cerah sekali seolah-olah turut gembira....Hero pun tak banyak bunyi...Dia kelihatan tenang sahaja....Sekali lagi, Allah memudahkan urusan PH....

Wisma TV, Angkasapuri Kuala Lumpur

Ini gambar yang PH snap di sekitar ruang lobi lif....Amat retro dan malasegar auranya dapat dirasakan...PH rasa macam berada di zaman dulu-dulu pulak lebih-lebih lagi terdapat banner Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, salah seorang mentor PH dalam bidang muzik...PH juga adalah bekas pemuzik...





Akhirnya, sampai juga PH ke Studio 2 tu..PH dapat lihat apa yang berlaku di sebalik tabir slot SPM ini...Bukan senang nak jadi penerbit...Serba-serbi adalah di bawah arahannya lebih-lebih lagi dari segi kelancaran rancangan dan teknikal....Mereka-mereka ini adalah golongan profesional kerana bertugas demi kepentingan orang awam....Kerjasama di kalangan ahli kumpulan amat teguh...Syabas buat krew-krew RTM...Encik Zamzuri yang di sebelah kiri tu...




Carrier tu agak berat...PH letakkan sementara di sebelah pintu masuk...Hero senyap dan tenang sahaja...Memang steady sangat-sangat Hero ketika itu....




Apabila mengetahui Hero telah tiba di studio, berduyun-duyun orang datang berkerumun untuk melihat Hero dari dekat....








Mereka juga teruja apabila berjumpa dengan si kembar PH..Along & Angah memang comel sangat-sangat pada pagi itu....Mereka juga tidak terlepas dari bidikan lensa kamera....Suasana menjadi meriah dengan tak semena-mena apabila mendengar celoteh dari Along & Angah bila mereka bertanya "Yah, Iyo nak macuk tivi ke?"..Haiiishh anak-anak ayah ni...Bijak sungguh....





Beginilah keadaan set studio slot Selamat Pagi Malaysia...Kelihatan PH sedang melangkah naik ke atas set podium....Ketika itu, rasa gemuruh tu ada juga tapi tak kritikal...Kalau tak, habislah PH jadi macam Pak Sudin plak...Adehhhh....





Akhirnya, sesi penggambaran secara langsung pun bermula...Saksikan...



PH terjumpa pelakon yang amat PH minati iaitu aktor Faizal Hussein....Beliau pun suka melihat Hero....Nantikan kemunculan filem lakonannya yang terbaru berjudul "Abuya"...PH mendoakan agar kutipan untuk filem ini berjaya mencapai sasaran dan seterusnya mewarnai industri perfileman di negara kita....


Aktor Faizal Hussein selepas membuat preview filem "Abuya" di SPM
Sehabis sahaja penggambaran dibuat, PH pun singgah sebentar ke rumah ibu mertua PH di Petaling Jaya sebelum berangkat ke rumah....Hujan rahmat turun dengan sederhana lebat sebaik sahaja kereta PH melepasi pintu pagar Angkasapuri...





Sesampainya di rumah ibu mertua PH, Hero melepaskan penatnya di sebelah balang Blackwood milik Cheetah setelah selesai bershooting...Penat betul Hero...Ni semua gara-gara melayan peminat-peminatnya....Hero adalah "Living Legend" 
( legenda yang masih hidup )




P/S : 
Sampai jer di Semenyih, PH singgah ke sebuah restoran...Sempat juga PH berikan RC kat mereka....Lahap betul mereka makan...




Kalau kita buat sesuatu yang terbaik untuk haiwan di sekeliling kita, doa mereka juga adalah yang terbaik untuk kita....Buka minda seluas-luasnya dan bersiap sedialah menghadapi apa jua kemungkinan di dalam sama-sama memartabatkan pencinta haiwan di samping menghormati usaha orang lain...Lain orang, lain caranya...Sama-samalah kita tanamkan tekad bahawa kita juga boleh menyaingi semangat pencinta haiwan seperti di luar negara....Jangan semai kebencian di kalangan kita...
Kejayaan blog PH ini juga adalah kejayaan buat kita semua...Syabas buat anda sekalian...!!!!!


Nantikan penulisan sulung PH di dalam Majalah Mastika keluaran Disember 2011 dan cerita PH di dalam akhbar Utusan Malaysia 8 November 2011...Insyaallah, tak lama lagi PH akan ada projek terbaru dan ianya khusus untuk memartabatkan pencinta haiwan di Malaysia...PH baru sahaja menerima tawarannya semalam tetapi perlu diteliti terlebih dahulu...Tunggu je lah yer sebab projek yang ni memakan masa sedikit...
Mungkin tak ramai yang tahu bahawa Kakimotong dah ada syarikat sendiri iaitu KAKIMOTONG ENTERPRISE....
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. tahniah skali lg buat hero n PH..hari tu x lps peluang tgk hero di buletin utama...menitis air mata tgk PH menangis...sebak pula rase hati..huhu..SPM x pat tgk la..sbb keje...

    ReplyDelete
  2. Tahniah Papa Hero & IYO, perjuangan PH telah mula didengari seluruh rakyat Malaysia..teruskan perjuangan..

    ~Elly Shuhaili~

    ReplyDelete
  3. wah hero dah makin famous. saya sokong usaha ph .saya pun xboleh tengok kucing dizalimi, sian sgt2. moga ph dan mh murah rezeki dan diberkati Allah. begitu juga rezeki Hero & anak-anak bulus yg lain...

    ReplyDelete
  4. Saya tengok slot PH dan Iyo kt TV3. Tengok PH nangis, saya pun nangis gak...Teruskan perjuangan PH & MH.Hari-hari saya mesti view blog PH, nk tau update Hero.Dah jadi addict dh.Hero pun makin comel...Cian Hero tp mujur ada insan berhati mulia cam PH & MH..Doa saya family PH ,sikembar comel & anak-anak bulus bertambah murah rezeki dan sehat selamanya..AMIN....

    ReplyDelete
  5. Saya pun peminat kucing yg dibuang dijalanan, x dapat bela banyak tapi sekadar ambil bela dan biar mereka hidup tanpa kekejaman dn kelaparan. Tahniah kpd pemilik Hero. Anda punyai hati murni semuga Tuhan aje yg dpt membalas kebaikan anda. Semuga dimurahkan rezeki dn bahagia sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. tahniah Papa Hero.. Rezeki dr Allah semakin bertambah.. Teruskan usaha Papa Hero menyemai rasa sayang antara manusia dgn haiwan. Kami semua adalah penyokong Papa Hero dari belakang walaupun Papa Hero tak kenal dan tak nampak kami :))

    saya percaya, usaha Papa Hero akan membuahkan hasil suatu hari nanti.

    Syukran!

    ReplyDelete
  7. Congrats PH..i hope that Hero will be an icon in defeating animal abuse..keep up the good work and may Allah bless you and your family..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum PH...tahniah atas sifat keprihatinan PH terhadap Hero....moga Allah akan melimpahkan rezeki yg berkali2 ganda pada PH kerana sentiasa menyayangi binatang kesayangan Nabi kita ini...

    Hero a.k.a Lyo mama sayang Hero moga Hero menjadi hero yg sebenarnya di dunia n di akhirat ye...:)

    ReplyDelete
  9. salam PH, tahniah atas usaha PH selama ni yg tak kenal erti putus asa. Inilah hasil dr kejujuran dan keihlasan PH utk smua ni...kami sntiasa sokong usaha murni PH - against animal cruelty.

    ReplyDelete
  10. tahniah PH. tertengok PH and Hero kat TV1 secara x sengaja pada pagi raya. Alhamdulillah teruskan usaha murni anda :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...perjuangan HERO dan IYO membuka mata org Malaysia supaya lebih perihatin tehadap nasib2 kucing dan anjing terbiar di luar sana yg memerlukan pembelaan...Semoga usaha murni ini membuahkan hasil yg baik utk mereka semua dan semoga usaha PH mendapat balasan yang baik dari ALLAH S.W.T....AMIN

    ReplyDelete
  12. teruk betul manusia zaman sekarang ni..barangsiapa yang berbuat jahat pada binatang seperti itu,tengoklah di akhirat nanti dia akan diperlakukan seperti itu juga..Allah akan membalas setiap apa yang kita buat atas muka bumi ini..tak bayar cash pun tunggulah di padang mahsyar nanti..ingatlah dunia ini hanya pinjaman untuk kita mengumpul amal ibadat kita yang akan dipertimbangkan di padang mahsyar nanti..tahniah atas usah PH menyelamatkan binatang yang teraniyanya ini..semoga Allah memberkati segalah usaha anda dan melimpahkan rahmat ke atas anda..dan semoga mendapat balasan baik di akhirat nanti..insyaallah...amin

    ReplyDelete
  13. Oinsivib-ha-1985 Sherry Adkins link
    laikingpharbung

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular