Apa Yang Kita Beri Kepada Mereka, Itulah Yang Harus Kita Tanggung
Dah lama PH tak cerita pasal kucing PH sendiri....Sejak akhir-akhir ni, banyak betul isu-isu kekejaman haiwan telah berlaku di persekitaran kita...Sebagai rakyat biasa, kita cuma hanya mampu bersuara...Kalau ada tindakan sekalipun, ianya hanya setakat protes secara kecil-kecilan...Itupun masih ada di kalangan masyarakat yang mencemuh....Biasalah, kalau kita buat benda baik memang ramai yang dengki...Tetapi, tidak mengapalah...PH dah alaminya berulangkali...
Entri kali ni PH cuma nak santai-santai jer...Kepala semakin berat apabila memikirkan perkara yang kita tidak boleh kawal secara menyeluruh....PH pernah terbaca satu ayat power, "Kalau sesuatu masalah itu tiada jalan penyelesaian, tidak perlulah kita risau tentangnya lagi..."...Apabila terbaca ayat ini, terus PH teringat akan rukun iman yang keenam iaitu Percaya kepada Qada dan Qadar...Di sinilah di mana ianya akan menguji tahap ketaqwaan kita kepada yang Maha Esa...PH juga selalu percayakan KEAJAIBAN dariNya, dan oleh kerana itulah blog Kakimotong ini juga telah menerima tempias keajaibannya yang tersendiri...
Gambar di bawah ini adalah gambar Si Mya...Mya ni adalah seekor kucing parsi milik seorang wanita warga Iran dan dia diserahkan kepada PH kerana beliau perlu pulang ke negara asalnya dengan kadar segera...Alhamdulillah, Si Mya tidak banyak ragam dan mudah dipelihara sepanjang berada di rumah PH...Dia sangat rapat dengan Hero....Mereka selalu baring bersama-sama....Sekarang ni dia adalah makwe Abang Hero...Tingkah lakunya baik sangat...
Rasa tenteram memang tidak boleh dinafikan apabila melihat kucing-kucing yang pernah kita kutip di tepi jalan suatu ketika dulu hidup bersenang-lenang di rumah kita...Kalau kita rasa stress, maka stress itu akan hilang dengan sendirinya apabila kita bermain-main dengan mereka...Ini adalah terapi yang amat berkesan untuk meredakan kemarahan dan penyakit darah tinggi...
Ekor Si Hector telah dikerat di hujungnya...Masa PH jumpa dia dulu, keadaannya amat menyedihkan...Badannya kurus kering, di lehernya ada tali rafia yang diikat ketat, di belakang badannya ada gula-gula getah yang melekat dan ekornya ada kesan darah yang telah kering akibat dikerat di hujung ekornya...Alhamdulillah, Hector ini sihat walafiat di rumah PH...Nama Hector PH ambil sempena nama seorang pahlawan di dalam filem TROY....
Kalau diimbas kembali, satu ketika dahulu PH juga hanya mampu memberikan makanan yang biasa-biasa sahaja kepada mereka...Pasir kumbahan pun PH beli kat Tesco ataupun Carefour, manakala bekas najisnya PH buat sendiri daripada kayu papan lapis yang PH ambil dari tapak binaan yang PH bertugas...Semenjak PH mewujudkan blog Kakimotong dan bercerita mengenai kucing-kucing PH, ada beberapa rakan telah mengesyorkan agar PH menggunakan barangan kucing itu dan ini...PH ada juga berkongsi dan meminta pendapat serta mempelajari selok belok cara yang betul untuk memelihara kucing dari para pembaca blog....Apabila melihat harga produk-produk yang disyorkan oleh mereka
( yang boleh didapati di petshop ), tertelan juga air liur PH ni...Masakan tidak, harganya agak mahal dan PH masih belum mampu untuk menukar jenama makanan dan pasir kumbahan yang disyorkan...PH masih ingat lagi, jenama makanan premium pertama yang PH beli untuk Hero dan kucing-kucing PH ialah Science Plan....Walaupun tidak mampu
( pada ketika itu ), PH dan MH gagahkan juga untuk mengumpul wang dan membelinya...Sebagai langkah permulaan dan berjimat cermat, PH campurkan makanan premium tersebut dengan makanan yang biasa mereka makan...Begitu juga dengan pasir kumbahan mereka...PH sudah mula menabung duit untuk membeli "clumping sand"....Perubahan ketara yang PH lihat ialah najis mereka kurang berbau dari biasa, kucing menjadi sihat dan rumah juga tidak berbau...Ketika itu, barulah PH faham ertikata sebenarnya "Alah membeli Menang Memakai"...Rupa-rupanya, menggunakan "Clumping Sand" ataupun "Wood Pallette" adalah jauh lebih jimat dari menggunakan pasir biasa kerana ianya tahan lama dan kosnya amat menjimatkan dari menggunakan barangan jenama biasa....Dari titik tolak inilah PH dan MH menyimpan duit gaji masing-masing untuk memberikan yang terbaik bagi kucing-kucing PH...Cara menyimpan makanan kucing yang betul juga turut dikongsikan oleh pembaca blog kepada PH....Secara perlahan-lahan, PH menukarkan keperluan mereka mengikut kemampuan semasa...PH juga turut membuat 'freelance job' untuk menampung kos sara hidup PH dan anak-anak...
Mungkin berkat dari ketenangan hati dan doa-doa dari mereka, kucing-kucing PH jarang sakit dan PH kini sudah boleh memberikan mereka makanan-makanan premium secara berperingkat...PH perlu pastikan agar kesihatan mereka terpelihara kerana kos untuk rawatan veterinar adalah lebih mahal dari kos membeli makanan premium...Selagi boleh elak, PH akan elakkan..Insyaallah....
Keperluan alatan permainan mereka seperti Cat tree, Scratcher ( pencakar kuku kucing ), rumah bantal dan permainan bulu ayam juga tidak terkecuali kerana ini akan membuatkan mereka lebih aktif dan baik untuk kesihatan mental mereka...Kalau boleh, aturkan satu 'standard' di dalam cara kita memelihara kucing, barulah steady....
Sungguhpun begitu, tahap kerajinan kita untuk mengemas rumah juga perlu ditingkatkan...Bagi pasangan suami isteri, bertolak ansurlah sebagaimana PH bertolak ansur dengan MH...Apabila ini berjaya dilakukan, secara tidak langsung ianya akan mengeratkan lagi kasih sayang dan mengutuhkan rumah tangga kerana segala tugasan telah beres hasil dari usahasama sang suami isteri itu sendiri...Kalau ada anak-anak yang bantu, ini lagi baik....Kerukunan sesuatu istitusi keluarga juga akan terjamin...Nampak macam tiada rasa apa-apa, tetapi cubalah...
Nota PH :
Bagi PH secara peribadi, cara membela kucing pada masa kini sudah tidak sama dengan cara lama...Masa datuk atau nenek kita pelihara kucing dulu, industri veterinar belum lagi meluas seperti sekarang...Petshop pun mungkin belum banyak lagi...Bak kata orang, tiada rotan akar pun berguna...Namun begitu, PH tidak menolak petua orang-orang tua dulu masih ada relevannya untuk diamalkan pada hari ini tetapi ianya perlulah seiring dengan jenis penyakit yang dihidapi oleh kucing itu sendiri...Berdasarkan komen-komen dari laman peminat Kakimotong Fan Club, PH melihat ada komen-komen yang berpendapat bahawa kalau seseekor kucing itu sakit A, maka harus diamalkan petua A....Tetapi apabila ada individu lain bertanyakan "tapi kucing saya ni sakit B ( hampir serupa dengan penyakit A ), boleh ke pakai petua A...??"..Maka, ramai yang menjawab "Cubalah petua A tu, manalah tahu boleh sembuh..."
Selalunya di sinilah di mana senario 'try & error' akan berlaku...Kalau boleh, bawalah kucing kita ke klinik haiwan dan mendapatkan nasihat dari mereka...Doktor haiwan adalah seorang individu yang dikurniakan oleh Allah SWT akan sedikit ilmu haiwan untuk membantu menyelesaikan masalah kita...Mereka ada belajar dan pakar di dalam selok-belok cara rawatan dan mengenalpasti penyakit kucing....Terpulanglah kepada kita untuk mempercayai kata-kata dari orang biasa ataupun kata-kata dari doktor haiwan...Kalau bijak memilih, maka keputusan yang diperolehi juga sudah semestinya baik...Carilah doktor haiwan yang serasi dengan kita dan binalah hubungan baik dengan mereka...
Tetapi, ramai juga yang berperang dengan soal kos rawatan...Bagi PH, jawapannya ialah bagaimana kita sanggup berkorban untuk anak-anak kita, begitu jugalah yang kita lakukan terhadap mereka sekiranya kita betul-betul sayangkan mereka...Kalau penyakit kucing tu serius, 80% daripadanya berkait rapat dengan menu makanan yang kita beri dan cara kita memelihara mereka...Untuk penyakit-penyakit kronik
( bukan disebabkan kemalangan ) kosnya amatlah mahal kerana kos ubat-ubatan dan kepakaran doktor yang optimum amat diperlukan lebih-lebih lagi sekiranya ada melibatkan pembedahan....Maka dengan itu, cubalah ubah menu makanan mereka kepada menu makanan yang sihat dan bervitamin...Kalau kes-kes kucing kita terkena kemalangan, itu cerita lain...Majoriti kesnya memang cedera parah...Maka, berpeganglah dengan rukun iman yang keenam tadi di samping berusaha dan terus berusaha mendapatkan bantuan...Gunalah Facebook sebagai medium atau platform untuk tujuan ini....
Sekiranya kita memelihara kucing yang bebas ke sana ke sini ( outdoor ), awaslah...Risiko untuk mereka diserang penyakit kronik amatlah tinggi dan ianya boleh berjangkit kepada kucing-kucing yang berada di dalam rumah...Apa yang dikhuatiri ialah virus Sporo, Parvo dan FeLV....
Tepuk dada, tanyalah selera....Apa yang kita lakukan, itulah yang kita harus tanggung...Ambillah tanggungjawab sebaik...PH doakan agar semua usaha kita ini dipermudahkan olehNya...
Dulu saya bela 8 ekor kucing...skrg dh tgl 4 ekor sbb 4 ekor lg tu dh mati..(T_T)huhuhuhu...x brp suka dgn kematian kucing yg dibela sbb sedih sgt..tp tu smua Allah punya kuasa.....mmg susah hati sgt klu kucing sakit sbb diaorg x leh nk bgtau kita..klu anak kita sakit mudah sbb diaorg blh ckp kat sini sakit kat situ sakit tp kucing? Hanya blh meowwww ja sbb tu jumpa veterinar sgt penting bg saya sbb saya x suka rawat sendirian berhad nnt lbt baik. Ttg kos rawatan dan makan minum anak2 bulu, saya brserah pd Allah ta'ala dan hakikatnya x pernah alami masalah krn saya percaya Allah akn memurahkan rezeki kita klu kita berbelas kasihan pd si comel yg ada di muka bumi ni. Sentiasa akn menyokong usaha PH dan MH
ReplyDeleteKagum tgk keadaan anak2 bulus PH yg dari 'zero 2 hero'. Comel2 m manja2 sgt. Wah! Abg Iyo dh ader aweks.. Hahha
ReplyDelete