Kucing Melahirkan 8 Ekor Anak Kembar Siam Melekat
KLUANG: Seekor kucing yang dipelihara sejak lima tahun lalu dan diberi nama ‘Mak Boy’ melahirkan lapan anak kembar siam, kelmarin.
Pemiliknya, Arafat Subandi, 28, berkata, kelahiran yang berlaku di rumahnya di Felda Kahang Barat di sini, pada jam 8 malam hanya disedarinya selepas berbuka puasa.
“Saya terkejut apabila mendengar Mak Boy berbunyi kuat sebelum melahirkan anak walaupun sudah menjangka dia akan beranak.
“Bagaimanapun, saya terkejut ketika cuba mengangkat anaknya kerana semuanya melekat antara satu sama lain,” katanya.
Arafat yang juga kontraktor berkata, dia yang mengutip Mak Boy di tepi jalan sebelum menjadikannya kucing peliharaan menjaganya dengan penuh kasih sayang dan menyifatkan haiwan itu baik dan mendengar kata.
sumber : Harian Metro
Menurut doktor haiwan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kluang, anak-anak kucing yang melekat ini perlu disuntik mati....PH tak tahu apa cerita sebenarnya kerana tidak memegang anak kucing tersebut dengan tangan sendiri...Mungkin keadaan kucing-kucing tersebut amat lemah dan sebagainya menyebabkan keputusan menyuntik mati kesemua anak kucing ini terpaksa dibuat...
Tetapi, PH amat terkilan kerana pemilik haiwan istimewa ini "AKUR" dengan saranan doktor....Mungkin PH tidak berada di tempatnya, tetapi sekiranya YA, PH akan mencari alternatif yang lain iaitu sekurang-kurangnya menyelamatkan seekor darinya...Ini adalah kerana apabila PH mengalami situasi sebegini, PH amat yakin bahawa Allah sedang menguji ketabahan PH...
Dan dari segi teknologi perubatan veterinar, ini adalah masa yang terbaik untuk menguji sejauh mana 'skill' yang telah dipelajari oleh para doktor haiwan dan inilah masanya untuk meningkat R&D veterinar di Malaysia yang entah berada di tahap mana....Mungkin pihak veterinar di Kluang boleh bekerjasama dengan pihak veterinar dari luar negeri untuk mendalami ilmu-ilmu yang jarang-jarang diperolehi ini...Namun, peluang ini telah dilepaskan begitu sahaja...
Nota PH :
PH tidak pasti mengapa pemilik kucing ini ( gambar ) menunjukkan tanda bagus....Yang pasti, PH amat sedih dengan nyawa kucing diambil begitu sahaja oleh orang-orang yang mudah berputus asa...PH harap pemilik kucing ini iaitu Encik Arafat tidak mengulangi kesilapan ini...Kenapa PH kata ianya adalah kesilapan..??? Kerana bagi PH, ianya adalah sesuatu yang tepat sekiranya beliau berusaha mencari sepuluh lagi doktor haiwan yang lain...Insyaallah, sekurang-kurangnya seekor pasti akan dapat diselamatkan...Teori ilmu yang dipelajari dan tawakal adalah dua perkara yang berbeza...Apabila kita bertawakal, berusaha dan berdoa, tak mustahil keajaiban akan berlaku dengan izin Allah jua...
Walaubagaimanapun, syabas kepada Encik Arafat kerana turut prihatin terhadap kucing-kucing jalanan...
Walaubagaimanapun, syabas kepada Encik Arafat kerana turut prihatin terhadap kucing-kucing jalanan...
Comments
Post a Comment