Lagi Anak Kucing Diselamatkan Di Masjid Jamek, Kuala Lumpur
Semalam PH bergegas ke ibukota untuk menyelesaikan satu tugas hakiki...MH pun ada bersama untuk menemani....Dah lama PH tak singgah ke ibukota tercinta ini...Banyak kenangan lalu menyelinap masuk ke dalam kotak fikiran PH apabila melihat bangunan-bangunan yang tersergam indah...Di ibukota inilah PH membesar dan banyak pengajaran pahit dan manis yang PH perolehi sepanjang hidup di sini...Untuk hidup di Kuala Lumpur, jatidiri perlu kuat dan kena kuat semangat...Macam-macam hal yang berlaku di Kuala Lumpur ni...Kalau tersalah pilih kawan, silap-silap lain jadinya...Nanti yang dikejar tak dapat dan yang dikendung berciciran pula....Ibukota Kuala Lumpur memang sinonim dengan kesibukan...Ianya tidak pernah tidur siang dan malam..Ada saja aktivitinya....
Semasa di dalam perjalanan pulang selepas menyelesaikan tugas, PH melalui di sebatang jalanraya yang tersohor di Kuala Lumpur iaitu Jalan Masjid Jamek...Sedang PH 'beratur' di dalam kesesakan jalanraya yang sibuk dengan kenderaan, tiba-tiba PH terpandang ada seekor kucing sedang bermain-main seorang diri di seberang jalan betul-betul di sebelah bangunan CIMB...Nampak lincah betul dia...Apabila kereta di hadapan mula menggolekkan tayar, PH pun mencari simpang untuk membuat pusingan 'U'...Setibanya PH di lampu isyarat di simpang empat Dataran Merdeka, PH pun mengilas stereng kereta untuk berpatah balik menuju ke tempat anak kucing tadi...PH amat risau takut-takut dia 'terbabas' ke tengah jalanraya yang amat sibuk itu...
Inilah pertemuan pertama PH dengan anak kucing comot ini...Kelihatan di sebelahnya seorang pengawal keselamatan yang berbangsa Sikh....
Untuk mendekati anak kucing ini, ianya tidak semudah yang disangka...Kucing ini takut dengan manusia...
Apabila dipanggil, dia datang....
Bila PH nak tangkap dia lari...Senario ini berlaku hampir 15 minit...PH tak boleh melakukannya dengan tergopoh-gapah...Ini adalah kerana PH bimbang anak kucing ini akan lari ke tengah jalanraya yang sibuk tu....
Apabila menyedari PH ingin menangkapnya, anak kucing ini masuk ke dalam peti ' Breeching Inlet'...Ketika ini, anak kucing ini sudah menjadi agresif...PH perlu berhati-hati...Setelah menyedari PH ada masalah, MH pun turun dari kereta dan membantu PH untuk menangkap anak kucing ini...Sedang MH bersusah payah untuk mengeluarkannya dari ' Breeching Inlet' tersebut, tanpa disangka-sangka anak kucing ini telah menggigit jari MH dengan sekuat hatinya sehingga air liurnya meleleh di jari MH...Bisanya telah masuk ke dalam darah..Berair mata MH menahan kesakitan...Gigi anak kucing ni tirus dan amat tajam...Darah keluar dan menitis dengan banyak sekali...Sungguhpun begitu, MH tetap tidak melepaskannya sehingga PH dapat mencekak belakang tengkuknya...Akhirnya, anak kucing comel ini berjaya dimasukkan ke dalam kereta...Sempat kami singgah ke 7 Eleven untuk mencari ubat antiseptik...Teruk juga lukanya....
Menurut pengawal keselamatan ini, beliau baru nampak anak kucing ini dah seminggu berada di sini...Tetapi berdasarkan komen seseorang di facebook, kucing ini telah lama berada di sini..PH pun tak pasti berapa lama kucing itu berada di sini dan yang penting, kucing ini telah selamat berada di rumah PH....PH kuarantinkannya di sangkar di luar rumah sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan virus jika ada....
Begitulah di antara senario haiwan di Kuala Lumpur ni...Entah berapa banyak lagi kucing yang dibuang di lorong-lorong bangunan...PH pun tak tahu bila ianya akan berakhir....
Nota PH :
Anak kucing ini MH namakannya Si Alakey...Sesiapa yang pernah menonton filem Madagascar 2, mereka pasti akan tahu siapa Alakey ni...PH ingin mengucapkan terima kasih kepada insan mulia yang sudi memberi Si Alakey ini makan semasa dia masih berkelana di 'istana jalanannya'....Ini adalah kerana PH lihat ada sisa-sisa makanan biskut kucing, nasi dan ikan goreng di tempat PH menjumpai Si Alakey...
Sesudah PH memasukkan Si Alakey ni ke dalam sangkar, baru PH perasan bahawa Si Alakey ni adalah 'pengganti' Si Abang ( KLIK SINI )...Untuk makluman, Si Abang ni PH kutip di Restoran Sri Leena pada bulan Ramadhan yang lalu...Si Abang telah pergi buat selama-lamanya akibat virus Parvo menjelang 1 Syawal...
Selepas Si Abang 'pergi', Si Alakey pula muncul....Wajah mereka memang seiras...PH tidak tahu apa hikmahnya semua ini...Apa yang pasti, selepas ini PH akan berusaha untuk mencari tuan batu yang penyayang untuk memelihara Si Alakey...Doakanlah agar Si Alakey dapat menemui tuan barunya...MH pun dah mendapatkan suntikan ubat untuk mematikan bisa akibat gigitan Si Alakey...MH baru jer baik demam, kini dia demam semula...
Comments
Post a Comment