Salam Terakhir Di Pagi Syawal Dari Si Abang Buat Semua

Kucing malang ini PH namakannya Si Abang...PH terjumpa Si Abang di Restoran Sri Leena ketika mahu berbuka puasa bersama-sama dengan MH dan Si Kembar...PH terjumpanya bersama seekor lagi adiknya ( KLIK SINI )....Ketika baru menjumpainya, Si Abang ni kelihatan agak pasif dan banyak mendiamkan diri...Kalau dia nak makan, dia makan...Kalau dia tak nak, dia palingkan mukanya dari makanan tersebut....Dari mula PH mengambilnya pulang ke rumah, PH dah rasa tak sedap hati....Tetapi tak mengapalah...PH bawa saja pulang ke rumah bersama-sama dengan adiknya...


Selepas selesai menikmati juadah berbuka puasa, PH pun membawa pulang Si Abang dan adiknya, Si Shark ni pulang ke rumah...PH kuarantinkan mereka berdua di dalam sangkar di luar rumah PH...Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan wabak penyakit kepada kucing-kucing PH yang lain, terutamanya Hero...Jadi, PH harap janganlah ada rakan-rakan PH yang mengadu domba di Facebook yang mengatakan PH ni tak suka selamatkan kucing yang pernah diminta oleh mereka...Fikirlah dengan hati yang terbuka....Jangan asyik fikir benda buruk jer...


Setelah dua minggu dikuarantin, keadaan Si Abang semakin membimbangkan...Dia tidak lalu makan dan tubuhnya semakin kurus manakala Si Shark sudah mula melompat ke sana ke mari...Tetapi PH masih kuarantinkannya di dalam sangkar yang lain....

Apabila melihatkan keadaan Si Abang yang sakit, PH segera membawanya berjumpa dengan Dr Zul....PH ingat akan pesan beliau, sekiranya PH membawa pulang kucing terbiar ke rumah, pastikan ia dikuarantin sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu sebelum membawa kucing tersebut untuk proses vaksin...Namun begitu, apabila genap sampai tempoh dua minggu Si Abang sudah mula menunjukkan gejala penyakit....


Pada mulanya, Dr Zul mengesyaki Si Abang terkena penyakit Jaundice 
( penyakit kuning ) berdasarkan perubahan warna pada bulunya...


Untuk kepastian lebih lanjut, Dr Zul memasukkan 'drip' yang dicampurkan sejenis ubat terhadap Si Abang...Inilah satu sikap Dr Zul yang PH amat suka....Beliau membuat kajian yang mendalam untuk membuat sesuatu keputusan dengan amat teliti....Keputusan ujian yang standard yang menentukan keputusan yang dibuat oleh beliau...Apa yang PH lihat, tiada istilah serkap jarang di dalam kamus tugas Dr Zul...


Si Abang diam sahaja tidak banyak bergerak...Ketika ini, Si Abang mula cirit birit berwarna hijau muda....Dr Zul kelihatan menggelengkan kepala....


Untuk lebih kepastian, Dr Zul membuat ujian ke atas najis cirit Si Abang...PH amat gelisah ketika ini...


dan akhirnya keputusan mutakhir telah diperolehi...Terdapat dua jalur di dalam 'Virus Test Kit'...Ini sekaligus menghancurkan hati PH.....Tanda dua jalur tersebut bermakna Si Abang ada virus Parvo yang sedang memusnahkan organ dalamannya....
Barulah PH faham akan maksud Dr Zul satu ketika dahulu...Sekiranya PH terus menghantar Si Abang ni untuk vaksin tanpa kuarantinkannya terlebih dahulu selama dua minggu, ini bermakna vaksin tersebut tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap virus yang sedia ada di dalam sistem pertahanan tubuh badan Si Abang...Virus Parvo ini memang belum ada ubatnya...


PH diarahkan mencuci tangan dengan peluntur ( clorox ) dan segala sangkar dan peralatan yang pernah digunakan untuk Si Abang....Virus Parvo ini tiada ubat melainkan PTS ( Put To Sleep )....PH memandang muka Si Abang yang sayu....Dia sudah semakin lemah...Untuk makluman, sekiranya Si Abang dicampurkan dengan kucing-kucing PH yang lain, virus ini akan merebak dengan cepat dan kematian 'holocaust' pasti akan berlaku di mana tidak mustahil kucing-kucing PH akan mati seekor demi seekor dengan pantas....Inilah sebab utama mengapa PH tidak sewenang-wenangnya mengambil kucing-kucing yang orang minta PH adopt...
Tapi, ada segelintir mereka membesar-besarkan cerita bahawa PH sebenarnya tidak suka selamatkan kucing, malah mereka sewenang-wenang mengatakan bahawa PH menyelamatkan kucing hanya untuk publisiti sahaja...Alhamdulillah dan terima kasih ke atas segala tohmahan....Sekurang-kurangnya PH tahu yang mereka sebenarnya tidak prihatin dan tidak hairan sekiranya Hero dan adik-adiknya mati...Jangan disangka wang boleh membeli nyawa...


Setibanya di rumah, PH selesaikan dahulu perihal kucing-kucing PH yang di rumah..Segalanya adalah di atas nasihat Dr Zul dan Misi Rizal D' Gojes...PH yakin ilmu yang mereka curahkan kepada PH adalah amat berharga dan wajar diamalkan....

Selepas selesai membereskan makan minum kucing-kucing PH, barulah PH keluarkan Si Abang ni dari kereta dan terus kuarantinkannya di dalam bilik air di tingkat atas....Si Abang sedang tenat...Kejadian ini berlaku pada akhir Ramadhan....


Apabila PH membuka radio pada pagi Syawal, PH takut untuk menjenguk ke dalam bilik air...Namun PH gagahkan jua....Tatkala takbir Syawal bergema, PH melihat jenazah Si Abang dengan deraian air mata....Dia terbaring kaku dengan muntah serta cirit birit yang amat teruk akibat dari virus Parvo tersebut...Si Abang telah pergi buat selama-lamanya pada tanggal 1 Syawal...Selepas selesai solat sunat Aidil Fitri, PH selesaikan dulu jenazah Si Abang sebelum pergi menziarah kedua orang tua....


Sehingga entri ini ditaip, adiknya Si Shark dalam keadaan sihat...Sekali-sekala PH lepaskannya dari sangkar untuk Si Shark merasai nikmat tidur di tempat yang selesa....Kadangkala, kita perlu 'jadi' diri mereka...


Hari yang sama PH menghantar Si Abang ke klinik Dr Zul, PH membawa pulang Si Mama Cat untuk dipelihara sementara...Kisah Si Mama Cat boleh dilihat di sini ( KLIK SINI )...Satu lagi tanggungjawab besar yang perlu PH pikul seorang diri...PH berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT agar Si Mama Cat ni tiada virus Parvo...Setakat entri ini ditulis, Si Mama Cat ini sihat...PH tidak pernah berhenti dari memberikannya ubat yang dibekalkan oleh Misi Rizal D' Gojes...


Setiap apa yang PH alami ketika ini disaksikan oleh kedua-dua anak PH....PH mahu mereka membiasakan diri dengan dunia pahit maung menyelamatkan haiwan dan mahu mendidik mereka agar menjadi insan yang berani mengambil tanggungjawab apabila mereka dewasa nanti....


Entah kali ke berapa PH telah mengalami perkara sebegini, tetapi ramai yang tidak tahu....5 ekor kucing kesayangan PH telah mati berturut-turut akibat virus Parvo pada tahun lepas, namun PH tidak pernah menceritakannya kepada sesiapapun...Kucing pembawa virus ini datang dari seseorang yang menyerahkannya kepada PH di atas alasan mengandung....PH simpan kenangan pahit ini, tetapi masih ramai yang menaburkan tohmahan kepada PH sekeluarga...Mereka semua berani mengata, tetapi PH tahu yang mereka semua tidak berani melakukannya...

Nota PH :

PH ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan bahawa PH melakukan semua ini adalah secara individu sejak dahulu lagi tanpa melibatkan mana-mana shelter atau NGO...PH tiada shelter...Jadi, janganlah menyangka yang buruk-buruk sekiranya PH tidak dapat membalas beratus-ratus mesej di Facebook yang meminta PH menyelamatkan kucing...PH dah penat buat testimoni, dan PH amat kecewa kerana masih ramai yang takut nak ambil tanggungjawab...

Jadi, PH lakukannya di atas kapasiti kemampuan PH sendiri termasuk kos rawatan....Hanya PH yang tahu kemampuan PH sendiri....PH juga diberita bahawa ada orang komplen yang PH ni tak layan kucing yang mereka minta PH selamatkan...

PH hanya fikir yang positif sahaja tanpa mengadu kepada sesiapa pun...PH hanya fikir orang yang suka komplen PH itu dan ini adalah orang yang tidak prihatin terhadap Hero yang berada di rumah PH...Dari saat mula perkenalan sehingga ke hari ini PH perhatikan...Mereka yang selalu komplen pasal PH itu dan ini langsung tidak memikirkan apa akan jadi sekiranya Hero dan kucing-kucing PH yang lain terkena virus-virus yang berbahaya terutamanya virus Parvo...Kucing-kucing PH bakal mati sekiranya dijangkiti manakala kucing-kucing atau anjing-anjing mereka sedang melompat ria di rumah dan mereka pula mendapat nama dan publisiti di Facebook...

Kalau tak mampu jadi penyelamat, carilah alternatif lain untuk memudahkan orang lain yang berpotensi untuk meneruskan misi menyelamat haiwan-haiwan jalanan ini...

Kalau nak diikutkan, PH pun ada banyak benda nak komplen mengenai manusia tetapi biarlah ianya menjadi rahsia PH sehingga ke mati...Biarlah ia berlalu kerana kalau orang dah tak suka, kita buat 1000 kebaikan pun mereka tetap tidak akan suka...Blog Kakimotong ini banyak mengajar PH erti kehidupan dan keikhlasan...Kisah-kisah pilu seseekor kucing itu mampu menyingkap sikap sebenar seorang manusia....lebih-lebih lagi mereka yang telah lupa diri...Keburukan orang lain yang kita singkap, itulah wajah kita yang sebenarnya...
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. sabar ye PH.sy pny kcing pn 2 ekor dh mati sbb FPV.yg sekor tu mati dulu,kmudian dlm 3mnggu lpas tu plak bru la yg sekor lg plak.diorg bdua ni mmg sgt rapat n ska main sama2.skrg dua2 pn dh xde.sunyi je sngkar tu skrg.klo PH tau, blh x PH bgtau bdasarkn pnglmn PH virus ni mnyerang dlm kadar brape lama ye?sbb msa dua ekor ni mati, ade sekor lg kcing sy tu x di vaksin.tp skrg dh vaksin dh pn lpas dpt tau psl FPV tu.sy takut virus tu mmg dh ade dlm bdn kcing sy yg sekor tu walopn kmudiannye dh vaksin.

    ReplyDelete
  2. Salute dgn PH hanya mereka yg menyayangi kucin je phm... Sy pun penah mengalami nyrr.. Menyelamatkan kucin terbiar tetapi tidak kuarantin mereka akhirnyer 13 ekor kitten sy mati akibat penyakit parvo ni... Biarla org nak kata aper asalkan niat kita suci untuk membantu kucing jlnan.. PH mmg idola sy.. Skrg sy ader lg 15 ekor kucin.. 5 ekor adalah kucin jlnan...

    ReplyDelete
  3. kalau tidak menjadi masalah blh x PH bg no acc saya ingin membantu serba sedikit kewangan utk rawatan kucing yg PH jumpa dijalanan...walaupun x byk sekurang2nya ni slh satu usaha saya utk membantu makhluk comel ini. Blh hantar di email saya activate27@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Dzulkifley Mohd. SaidAugust 29, 2012 at 10:24 PM

    Salam. Nasihat sy kpd PH : Pedulikan kaum-kaum TERKUTUK yang mencaci-maki, tuduh, fitnah, adu-domba dan sebagainya nie.. Mulut manusia ni kita tak mampu nak tutup. Tapi rasanya every experinced cat keeper tahu RISIKO mengambil anak-anak bulus jalanan nie. That's why perlu berhati-hati & kuarantin dulu. Tak boleh suka-suka aje ambil & campurkan, itu kerja BUNUH DIRI namanya!! SUICIDAL ACT!! Virus & disease ni bukan kita nampak secara fizikal, silap haribulan semua makhluk bulus boleh mati bergelimpangan, macam orang2 kampung kena pancung kepala dengan askar Jepun time zaman perang dulu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular