Enak Makan Kari Daging Kucing..??? ( Kucing Diseksa Sebelum Menjadi Lauk )

DAGING kucing memang enak dimakan, malah  lebih lazat  apabila dimasak kari,” kata Jimmy , pemuda berasal dari Myanmar.

Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan  hanya senyuman manis  sedangkan wartawan Bicara Isnin Sinar Harian hampir pitam mendengarnya.

Hari berkenaan, kami berkunjung ke rumah sewa Jimmy di Perak  selepas mendapat maklumat pemuda tersebut dan rakan-rakan serumahnya adalah penggemar daging kucing.

Tetapi sayang, kerana ketika kami datang, hanya Jimmy berada di rumah manakala rakan-rakannya yang lain pergi ke kuil di Ipoh dan Jimmy tidak tahu waktu mereka pulang.

“Daging kucing yang dimasak kari sangat enak dicampur cili supaya lebih pedas,” ujar Jimmy.  Aduhai, tekak kami yang haus  kerana berpuasa serta-merta bertukar loya tatkala membayangkan pemuda tersebut  mengunyah daging  haiwan itu. 



Lalu kami tanyakan kepadanya, tidak kasihankah  memakan haiwan comel itu? Jawabnya, sudah menjadi kebiasaan orang Myanmar menjadikan kucing sebagai lauk.

Kucing menjadi makanan biasa  oleh penduduk kampungnya  di Yangon, sama seperti  arnab,  anjing dan kura-kura.

“Jika di kampung saya, kucing menjadi lauk kebiasaan. Malah  dagingnya selalu  dimasak menjadi  hidangan lazat  di dalam  majlis keraian. Kami akan  berkumpul beramai-ramai  dan menikmati daging kucing,” ujarnya sambil menyifatkan bukanlah perasaan pelik  ketika memakan daging kucing.

Menurut Jimmy lagi, daging kucing sama enak seperti  arnab  dan hanya  dimakan oleh orang lelaki kerana dipercayai untuk kekuatan tenaga dalaman. Manakala, golongan wanita tidak memakan daging kucing.



“Oh, begitu. Ini bermakna, di kampung kamu itu, kucing dipelihara untuk dijadikan makanan,” soal kami sambil difikiran terbayang  kucing panggang seperti yang diceritakan orang.

Jimmy mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah tidak takut dan kini lebih selesa  bercerita. Ujarnya, dia  sudah tujuh tahun tinggal  di Malaysia dan bekerja sebagai buruh kontrak di kawasan pembinaan berhampiran.

“Rakan-rakan serumah kamu makan kucing,” tanya kami lagi.

“Ya. Rakan-rakan serumah saya juga menggemari daging kucing. Mereka selalu membawa daging kucing balik ke rumah untuk dibuat lauk yang enak,” ujar Jimmy . Lagi sekali, tekak kami menjadi ‘kembang’.

“Mereka beli kucing itu?” kami memancing satu persoalan.

“Oh, tidak,” jawab Jimmy.  Kemudian kami  berdua saling berpandangan dan memperoleh jawapan sendiri di atas perbualan singkat dengan pemuda Myanmar itu di saat matahari  sedang berada di tengah-tengah langit.



Sumber : Akhbar Sinar Harian

Apa Kata PH...???

Memang ini yang PH tunggu-tunggu...Selama ini, hanya khabar-khabar dan cerita sahaja yang kedengaran...Kita nak bertindak, bukti tak ada....Hanya mengeluh ajerlah...Bagi PH, Sinar Harian amat berani mendedahkan isu ini walaupun mendapat kritikan dan cacian dari masyarakat...PH tak mahu ambil tahu semua tu sebab takde apa-apa faedah pun...Yang penting, 'fact and figure' dah terang-terangan dinyatakan...Wajah si pemakan kucing juga dipaparkan dengan 'megahnya' di muka hadapan akhbar Sinar Harian...Saat inilah yang PH tunggu-tunggu...Setidak-tidaknya, KITA dah ada 'point' yang kukuh untuk membuat laporan kepada Jabatan Veterinar...

PH dengan ini menyeru kepada kalian semua agar sama-sama ajukan aduan kepada Jabatan Veterinar...Biar mereka pula yang ambil alih kes ini dan kita sama-sama lihat apa perkembangan terbaru siasatan mereka...Kalau kita asyik melenting dan mencaci maki, ianya takkan ada kesudahan...Mereka berterusan makan kucing juga...



Nota PH :

PH kesal dengan beberapa komen di Facebook yang bersetuju dengan tindakan orang-orang Myanmar / Vietnam makan kucing...Alasan mereka, itu adalah budaya mereka dan mereka bukan orang Islam....Maka, biar ajer lah...

Ingin PH tegaskan di sini bahawa PH tidak nafikan budaya mereka memang begitu, tetapi ianya tidak sesuai diamalkan di Malaysia...PH amat kenal dengan perangai bangsa-bangsa Myanmar kerana PH berpengalaman di dalam sektor binaan bangunan lebih dari 10 tahun...Kita jangan terlalu bertoleransi dengan warga asing, lebih-lebih lagi soal budaya makan kucing....Ini bukan soal rasis, tetapi ini soal nilai maruah sesuatu bangsa dan negara....Jika tidak, nilai maruah bangsa kita sendiri akan hilang...Agama Islam adalah agama rasmi negara ini dan setiap kemungkaran yang HARAM dari segi syarak WAJIB dibanteras....

Memang umat Islam diharamkan makan kucing dan orang bukan Islam 'dihalalkan' makan kucing, tetapi ianya amat bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini...PH amat kesal kerana kesemua yang bersetuju dengan tindakan Myanmar ini ( alasan mereka ini adalah budaya mereka, maka biar je lah ) adalah orang Islam sendiri ( berdasarkan pada nama Facebook )....PH terdetik di dalam hati di manakah letaknya mata hati mereka ini...??? Benar..!!! Mereka-mereka ini hanya sekadar memberikan pendapat, ( tidak salah ) dan PH pula hanya tidak sependapat dengan mereka ( juga tidak salah )...Tetapi, komen-komen mereka telah mengundang kemarahan rakyat yang MAJORITINYA membantah perbuatan memakan kucing...

Kucing dan anjing adalah tergolong di dalam kategori haiwan yang sukar untuk mati...Jangan fikirkan keadaan ketika mereka dimakan, tetapi fikirkan keadaan bagaimana ketika mereka DIBUNUH.....

PH ada ramai kawan-kawan dari Myanmar di tapak binaan bangunan dan rata-ratanya adalah bukan Islam....Mereka semua amat peramah dan tidak lokek menghulurkan bantuan....PH juga akui bukan semua orang Myanmar jahat, dan mereka yang memakan kucing juga barangkali adalah bukan orang jahat...Tetapi, sudah-sudahlah tu....Ianya adalah pengajaran kepada kita juga iaitu akta dan penguatkuasaan undang-undang binatang dan haiwan perlu didaulatkan dengan kadar segera kerana budaya makan kucing ini mengundang kegelisahan rakyat yang MELAMPAU...Benda yang tak elok janganlah kita pandai-pandai nak elokkan....Kita kena sama-sama bersatupadu menyampaikan risalah ini kepada mereka :

"Makan Kucing Adalah SALAH Di Negara Malaysia...."

Lagi satu, tolong buang perkataan "Biar je lah..." di dalam kamus hidup kita...Perkataan inilah yang menyebabkan bangsa kita menjadi layu dan tidak berdaya saing...Dan kalau nak bertoleransi, biarlah berpada-pada....

PH dan rakan-rakan penat pergi selamatkan haiwan jalanan, yang mereka ni pergi makan terus....adehhh


Comments

  1. itu baru kes makan kucing & budaya mereka.

    bagaimana jika ada budaya warga asing yg gemar memakan janin manusia. .??

    adakah kita menyatakan "biar je la, itu budaya mereka..."

    renung2kan & selamat beramal.

    ReplyDelete
  2. itu baru kes makan kucing & budaya mereka.

    bagaimana jika ada budaya warga asing yg gemar memakan janin manusia. .??

    adakah kita menyatakan "biar je la, itu budaya mereka..."

    renung2kan & selamat beramal.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular