Kasihan...Kebajikan Anjing Malang Ini Terabai

Premis ini memang sudah lama ada di Semenyih ni, tetapi PH tidak perasan pula ada seekor anjing telah ditempatkan di dalam sebuah sangkar yang sangat kotor dan daif...PH perasan anjing ini sejak sebulan lepas....Pada mulanya, PH berfikiran positif dengan memikirkan mungkin pemilik anjing ini peka dengan kebajikan anjing ini ataupun mungkin ini hanya sangkar sementara sahaja...Lokasinya terletak di jalan utama menuju ke rumah PH...Jadi, Setiap hari PH dapat melihat keadaan anjing ini..Tiba pada suatu hari, hujan turun amat lebat dan PH melihat anjing ini bermundar-mandir di dalam sangkar tersebut...PH tahu anjing tersebut tidak selesa kerana terkena tempias hujan yang lebat....Pada keesokan harinya, PH melihat keadaan sangkarnya masih tidak berubah...PH mula rasa tidak sedap hati dan kasihan melihat keadaan anjing ini yang tidak diurus dengan baik...PH perasan kehadiran anjing ini berlaku sebelum Ramadhan yang lepas...PH tidak pasti pula sama ada ia telah lama ditempatkan di situ atau sebaliknya...Gambar di bawah ini PH ambil dari luar premis tersebut...


Pagi tadi, PH nekad untuk melihat keadaan anjing ini dengan lebih dekat...PH memandu masuk terus ke dalam premis ini...Sejak sekian lama PH bermastautin di sini, baru PH perasan rupa-rupanya ada dua perniagaan yang dijalankan di sini...Ianya adalah premis menjual rumput dan bunga...



Namun apabila PH berjalan kaki masuk jauh lebih dalam, terdapat sebuah bengkel pertukangan besi dan tiada papan tanda perniagaan dipamerkan....Kalau ada pun, mungkin PH yang tak perasan..Tapi di sepanjang perjalanan PH ke premis ini, memang tiada papan tanda perniagaan bengkel pertukangan besi..PH diberitahu oleh seorang pekerja warga Bangladesh bahawa tauke kedua-dua premis ini adalah berlainan...


Semasa PH berjalan kaki masuk ke dalam premis ini, ada beberapa orang pekerja warga Bangladesh sedang sibuk bertukang...Ada seorang wanita sedang membaca surat khabar di pondok pejabat yang agak usang...Dia tidak sedar akan kehadiran PH melainkan pekerja-pekerja warga Bangladesh tersebut...


Hati mana yang tidak tersentap apabila melihat keadaan anjing yang sangat daif ini...PH pun tidak faham, kawasan ini begitu luas tetapi mengapa tidak dilepaskan ataupun ditambat luar dari kandang yang kotor ini...Gelagat PH ketika merakam gambar dan video asyik diperhatikan oleh pekerja-pekerja di premis tersebut...PH buat tak peduli jer....Kalau ada papan tanda "Orang awam dilarang masuk" risau juga PH nak redah tempat ni...Tapi masalahnya tiada apa-apa apa papan tanda pun...Jadi PH pun masuk ajelah...


Berikut adalah rakaman video LIVE dari premis ini...

PH pun malas nak bertekak-tekak dengan warga Bangladesh yang berkerumun di sekeliling PH...Ada tiga orang kesemuanya...Salah seorang dari mereka amat besar badannya dan banyak bertanyakan soalan kepada PH...PH rasa, mamat Bangla ini adalah 'kepala' pekerja di premis tersebut...Mereka bertanyakan kepada PH tentang apa yang PH buat...Di hadapan PH ada sebuah meja dan beberapa helai kertas terpakai...PH pun menuju ke meja tersebut dan menulis memo ini...:
"Pls clear & tidy up your dog kennel. If not, i will issue this atter to Jabatan veterinar Selangor..TQ"
Hairey ( Animal Activist )
from Barisan Bertindak Haiwan
Pen yang PH pakai ni pun macam nak tak nak jer keluar dakwat dia...Berikut adalah perbualan ringkas PH dengan 'kepala' pekerja Bangladesh tersebut...
PH : Baiya...Lu kasi ini surat sama lu punya tauke...
Ketua Pekerja Bangladesh : Ini apa ni..?? Mau saman kaa...??? Anjing punya pasal pun mau saman kaa..??
PH : Lu tak payah baca ini surat pasal saya tahu lu memang tatau baca...Lu kasi saja sama lu punya tauke...Okay..??
Ketua Pekerja Bangladesh : Kalau saya tak mau kasi...??
PH : Lu tak mau kasi lu punya hal...Gambar surat, gambar anjing sama video semua saya sudah ambil...Kalau lu tak mau kasi lu punya tauke, saya repot sama Polis...Senang maa...
Ketua Pekerja Bangladesh : Okay okay...Nanti saya kasi aaarr...
Sebenarnya, di dalam kes sebegini agensi yang bertanggungjawab di dalam menjalankan siasatan ialah Jabatan Veterinar...Sepanjang 12 tahun pengalaman bekerja di bidang binaan bangunan, PH tahu kelemahan kebanyakan warga-warga asing ini...Sebut ajer Polis atau Imigresen...hehehehe..Pandai-pandaila nak hidup yer....
PH pun malas nak cerita banyak dan kemudian beredar dari premis tersebut...
Nota PH :
Insyaallah, di dalam masa terdekat ni PH akan kemukakan laporan aduan kepada Jabatan Veterinar meskipun isi kandungan di dalam memo tersebut berbunyi seperti ada tempoh untuk pemilik anjing ini membersihkan tempat anjing ini...Diharapkan anjing ini terbela nasibnya nanti...
PH pun dah malas nak cakap banyak skang ni...Sekarang ni main memo ajer...Kalian pun boleh buat juga..Senang ajer...Yang penting, kena berani kalau nak betul-betul nak bela nasib haiwan jalanan...Pastu report via emel ke Jabatan Veterinar mengikut negeri masing2...klik sini jer 
Kalau kat Google. taip keyword 
"ADUAN JABATAN VETERINAR"
Letakkan initial anda sebagai AKTIVIS HAIWAN...Nak pakai nama Barisan Bertindak Haiwan ( BANTAI ) pun boleh juga kalau tak tahu nak tulis apa....Tapi pastikan justifikasi anda lengkap dan tepat supaya senang pihak JPV nak bertindak dan melakukan pendakwaan di mahkamah...
Tujuan PH menyiarkan entri ini adalah sekadar untuk memberi idea kepada kalian semua...Mungkin ramai yang nampak keadaan sebegini tetapi takut untuk menegur pemiliknya...Jadi, lepas baca entri ni, semua dah tahu apa nak buat kat pemilik haiwan yang terabai tu kan...??? Pandai-pandailah yer...PH tak mampu untuk melayani banyak aduan kekejaman...Apa kata kalian cuba buat sendiri...Buat selamber jer...Kalau kita buat dengan cara yang berhemah, Insyaallah semuanya akan dipermudahkan kerana orang akan segan dengan kita walaupun kita ni tecit jer orangnya...
Selamat Berjaya
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. syabas PH. Tugasan yg bahaya tp itulah juga antara amanah kita sbg khalifah Allah. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. syabas PH. Tugasan yg bahaya tp itulah juga antara amanah kita sbg khalifah Allah. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Saya suka btul entry PH ni... Dpt mengajar aktivis haiwan yg lain cara yg btul utk brtndk... Syabas PH!

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular