KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Penyakit Sawan

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Tuesday, April 20, 2010

Penyakit Sawan

Posted by Papa Hero | Tuesday, April 20, 2010 | Category: |

PENYAKIT sawan disebabkan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur enam bulan hingga lima tahun. Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.
Punca sawan ialah sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk selesema atau jangkitan virus. Yang jelas mangsa tidak akan merasai kesakitannya jika dihinggapi sawan.
Langkah awal yang perlu dilakukan ibu bapa dan penjaga ketiak melihat kanak-kanak sawan ialah;

Baringkan mangsa mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama
atau lebih rendah daripada badan.
Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan dan jangan sekali-kali
cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut. Selain itu, jangan
cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut
badannya.
Sekiranya sawan itu berterusan, anda boleh memasukkan ubat sawan
melalui dubur (suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti
dalam tempoh 10 minit. Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan
masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.
Sawan sebenarnya tiadk sama dengan epilepsi (gila babi). Epilepsi
ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang
lebih dewasa atau peringkat remaja. Yang jelas, 99 peratus pesakit
demam sawan tidak akan mengalami epilepsi.
Ramai juga yang ingin tahu sama ada demam sawan boleh menyebabkan
kerosakan otak kekal.
Sebenarnya, perkara ini sangat jarang berlaku. Kanak-kanak yang
mendapat sawan yang berpanjangan (dalam tempoh lebih 30 minit)
mungkin boleh mendapat kerosakan otak kekal.
Secara purata, tiga daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan
mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan
berkurang apabila umum melebihi tiga tahun.
Sekiranya anak anda masih kelihatan tidak sihat atau mengalami sakit
tekak atau sakit telinga bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan
lanjut. Antihiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit
demam sawan.
Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakit serius
yang lain seperti radang otak (encephalitis) dan radang selaput otak
(meningitis) contoh: Japanese B Encephalitis (JE). Pesakit yang
mengalami demam dan sawan hendaklah menjalani pemeriksaan doktor.

Comments
0 Comments

Currently have 0 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails