Surat Terbuka dari Iblis

Tadi malam waktu akan tidur,aku lihat kau tidak memuji Allah,tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu.Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur bukan untuk membaca Al-Quran.Sesungguhnya engkau tidak membuang masa.

Pagi ni aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh.Bagus sekali!Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya.Tidurlah dengan nyeyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam yang berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat angkau jarang-jarang mengambil wudu'.Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu hendak makan.Ini bagus,kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.Dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai, semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau diasuruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pun ataupun seteguk air.Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah-limpah yang diberikan Allah kepadamu.Engkau seorang yang berjimat cermat. Biarlah rezeki engkau untukkegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting danmembeli kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu,engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum.Engkau mengucapkan 'Hi everybody!'.Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tidak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

duhai manusia, apabila engkau berpuasa,telah lemah seluruh urat sendiku,telah terbakar seluruh jasadku,merintihku kesakitan,bila setiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu malamnya dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas kerana pintu taubat telah dibuka Allah dengan seluas-luasnya. Namun,aku tetap gembira kerana ada diantara kamu yang masih sudi menjadi temanku...melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucap perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak solat malah mencipta persengketaan...aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali. Cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku disepanjang bulan puasa.Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegang tangan menuju NERAKA JAHANAM.......

sahabatmu yang tercinta,
IBLIS LAKNATULLAH

Comments

Entri Popular