Kenali Penyakit Berbahaya

Diabetes / Kencing Manis

- Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.
- Malaysia pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun.
- Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.
- Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.
- Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit

SAKIT JANTUNG

- Dianggarkan setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung
- Di Malaysia, penyakit jantung dan penyakit pulmonari adalah pembunuh utama di hospital kerajaan.
- 16.5 peratus daripada 45,936 kematian di hospital kerajaan tahun lalu disebabkan penyakit jantung. - Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, penyakit jantung koronari dianggarkan dihidapi 141 orang bagi setiap 100,000 penduduk setiap tahun.
- Ini bermakna bagi penduduk yang berjumlah 27 juta orang, kira-kira 38,000 kes baru penyakit jantung koronari dijangka berlaku setiap tahun.
- Kadar kematian akibat serangan jantung adalah 8.89 orang bagi setiap 100,000 penduduk negara ini.
- Data membuktikan bahawa 38 peratus wanita berbanding 25 peratus lelaki meninggal dunia satu tahun selepas serangan jantung yang pertama.

Obesiti

- Kegemukan atau obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser.
- Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng berkata , kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000.
- Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Gout

Strok / Angin ahmar

- Strok merupakan pembunuh keempat rakyat Malaysia.
- Kadar peningkatan sebanyak 300% di kalangan rakyat negara ini iaitu 17,909 pada tahun 2005 kepada 52,000 pada tahun 2006.
- Lebih 90% daripada mangsa strok meninggal dalam tempoh sebulan.

Gout

- Gout berlaku apabila garam asid urik yang berlebihan dalam badan membentuk kristal seperti jarum di sendi-sendi tubuh.
- Selain kesakitan yang amat sangat pada sendi, sesetengah pesakit berkemungkinan menghadapi masalah pembentukan batu karang pada buah pinggang.

Kanser Payudara


- Kanser paling biasa keseluruhannya dan paling biasa di kalangan semua wanita berumur 20 tahun bagi tahun 2002 dan 2003
- Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara.
- Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.
- Agensi Antarabangsa Globocan yang melakukan penyelidikan kanser pada tahun 2000 melaporkan 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia.
- Globocan menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.

Comments

Entri Popular