ISTERI TERJUN DARI KERETA - Harian Metro 26 Mac 2005

IPOH: Seorang ibu tiga anak terbunuh selepas dipercayai melompat keluar dari kereta yang dipandu suaminya selepas mereka dikatakan berselisih faham di satu kawasan berhampiran pekan Titi Gantung, dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Rosnani Daud, 38, Pengurus Spa di Swiss Garden, Damai Laut, Lumut, cedera parah di kepala dan meninggal dunia selepas beberapa jam dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ipoh (HI) di sini.Difahamkan, mangsa dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan suaminya yang berusia 40 tahun untuk pulang tidur di rumah bapanya di Manjoi.Mangsa sebelum itu dikatakan diminta suaminya untuk pulang ke rumah bagi bertemu anak mereka.Pasangan berkenaan dikatakan hidup berasingan sejak setahun lalu dengan si suami, Ghazali Yacob bertugas dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Pahang.Pasangan berkenaan mempunyai tiga anak, dua perempuan dan seorang lelaki berusia sembilan, lapan dan enam tahun.Menurut bapa mentua mangsa, Yacob Yusof, 70, selepas kejadian, Ghazali ada pulang ke rumahnya di Manjoi tetapi berkelakuan seperti biasa tanpa menceritakan isterinya sudah dimasukkan ke HI.Katanya, anak ketiganya daripada empat beradik itu sebelum ini tidak pernah berkelakuan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada isterinya.¡§Saya mendapat tahu cerita sebenar daripada seorang anak perempuannya yang dihubungi Ghazali selepas kejadian. ¡§Dalam perbualan itu, saya dimaklumkan Rosnani menyatakan hasrat untuk pulang ke apartmennya di Lumut kerana mempunyai banyak kerja tetapi Ghazali tidak setuju.¡§Apabila sampai di Titi Gantung, Ghazali meneruskan perjalanan ke Ipoh dan berlaku perselisihan faham sebelum Ghazali memberhentikan keretanya.¡§Rosnani kemudian menurunkan penyandar tempat duduk penumpang bahagian depan sebelum melangkah ke bahagian tempat duduk belakang lalu terjun menerusi pintu belakang kereta,¡¨ katanya ketika ditemui di HI di sini, semalam.Sehingga petang semalam, Yacob berkata, Ghazali gagal dihubungi kerana mematikan telefon bimbitnya dan kali terakhir menerima panggilan, Yacob memberitahu dia berada di Lumut.Dalam pada itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Abdul Rahman Hashim, berkata mangsa meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi semalam akibat kecederaan parah di kepala.Katanya, kejadian itu berlaku jam 1 pagi semalam berhampiran pekan Titi Gantung apabila mangsa melompat keluar dari kereta suaminya yang sedang bergerak.¡§Suaminya kemudian memberhentikan kereta untuk mencari isterinya tetapi gagal dan terpaksa meminta bantuan penduduk kampung berikutan keadaan cuaca yang gelap.¡§Mangsa kemudian ditemui setengah jam kemudian dengan kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian,¡¨ katanya, semalam.Abdul Rahman berkata, Yacob yang bekerja di Kuantan dikatakan mengambil isterinya di Lumut untuk pulang ke kampungnya di Manjoi bagi melihat tiga anak mereka yang tinggal bersama ibu mentua mangsa.Katanya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut tetapi siasatan turut dilakukan bagi memastikan punca kejadian sebenar.Sementara itu, jenazah Rosnani sudah dituntut keluarganya tengah hari semalam dan dibawa ke kampung asal bapanya di Bachok, Kelantan untuk dikebumikan.

Comments

Entri Popular