KAKIMOTONG DOT COM - Kisah perjuangan papa hero utk haiwan-haiwan terbiar khususnya anjing dan kucing. KAKIMOTONG DOT COM: Japan Sakura

Ikuti Status-Status Penghilang Stress dari Papa Hero Di Facebook Dengan KLIK "LIKE"

Powered By Blogger Widgets

.
Powered by Blogger.

Thursday, April 15, 2010

Japan Sakura

Posted by Papa Hero | Thursday, April 15, 2010 | Category: |







Semasa Tempoh Heian (794-1911), kaum kerabat Jepun telah mencari pelbagai benda di China, antaranya fenomena sosial pesta melihat bunga (hanami: 花見), di mana keluarga agung, penyajak-penyajak, penyanyi-penyanyi, dan aristrokat-aristokrat yang lain akan berkumpul dan berpesta di bawah bunga sakura. Pesta pertama yang pernah direkodkan mengambil tempat di Taman Shinsen-en Kyoto pada tahun 812. Di China, pokok ume "plum" (sebenarnya merupakan spesies pokok aprikot) yang seringkali menjadi simbol kebanggaan, namun bagaimanapun apabila pertengahan abad kesembilan tiba, bunga sakura telah menggantikan pokok plum tersebut sebagai spesies yang dimanati di Jepun. Setiap tahun, Agensi Kajicuaca Jepun dan orang awam mengesan sesuatu yang digelar sakura zensen sambil ia bergerak ke arah kepulauan utara dengan kedatangan musim panas menerusi ramalan waktu malam mengikuti segmen-segmen cuaca daripada program berita. Kemekaran bunga-bunga ini bermula di Okinawa pada Januari dan lazimnya mendekati Kyoto dan Tokyo pada akhir bulan Mac atau permulaan bulan April. Kemudian ia bergerak ke altitud yang lebih tinggi, hingga ke Hokkaidō beberapa minggu kemudian. Masyarakat Jepun mengambil sepenuh perhatian mereka pada ramalan-ramalan cuaca ini dan berkumpul dalam kelompok besar di taman-taman, makam-makam dan kuil-kuil, bersama-sama keluarga dan rakan-rakan untuk mengadakan pesta melihat bunga. Pesta-pesta Hanami menjayakan kecantikan bunga sakura dan bagi mereka yang lain pula, pesta tersebut merupakan satu peluang untuk beristirehat dan menikmati pemandangan. Budaya pesta hanami ini dapat dikesan kembali berbad-abad yang lalu di Jepun: sejarah abad kelapan iaitu Nihon Shoki]] (日本書紀) merekodkan pesta-pesta hanami pernah diadakan seawal abad ketiga CE.
Kebanyakan sekolah Jepun dan bangunan awam mempunyai pokok-pokok sakura ditanam disekitar kawasan mereka. Disebabkan tahun fiskal dan sekolah bermula pada bulan April, di kebanyakan kawasan di Honshū, hari pertama sekolah atau kerja berlaku serentak dengan musim sakura.

Comments
0 Comments

Currently have 0 KOMEN JER? BUATLA MACAM BELOG SENDIRI..:


Leave a Reply

ShareThis

Related Posts with Thumbnails