Akhirnya, Mimpi Ngeri Menjadi Kenyataan....

Hari ini merupakan hari mimpi ngeri menjadi kenyataan buat PH...Adeehhhh....Sebelum melarat, lebih baik PH buat rawatan awal-awal....Hari ini PH telah pergi ke Klinik Pergigian Bangsar untuk menampal gigi yang ada kaviti....hmmm...Masa masuk tu dah seram sejuk dah...nak terkucil pun ada tapi ku tahan Jebat....Lepas mendaftar, PH diberi kad laporan gigi dan nombor giliran...Nombornya 2003..Pagi ni PH orang yang ketiga datang untuk berjumpa dengan Dr Amira di Bilik 6...

"En. Hairey...Awak boleh naik ke tingkat atas dan tunggu di bilik nombor 6 yer..."

Dengan senyuman tawar, PH naik ke atas dengan langkah yang paling bergaya la kononnya...



PH pun letakkan kad laporan kesihatan tu ke dalam tray yang telah disediakan...Masa menunggu giliran tu, rasa gelisah memang tak boleh disembunyikan lagi...Tak sudah-sudah menggeliat sana-sini macam Iyo...


Ini dia bilik nombor 6...Dalam hati PH apa la yang ada dalam bilik ni...Macamana la rupanya...adeehhh...Nampak sunyi jer....



Lepas mengambil tempat duduk, PH nampak nombor giliran masa tu ialah 2002 ( bawah kanan )..Tak tahu nak buat apa, PH skodeng klinik ni dengan henpon...


Jadi untuk menghilangkan rasa gusar, PH berjalan-jalan sebentar memerhatikan papan gambar yang memaparkan jenis-jenis penyakit gigi...Teruk betul jadinya kalau tak mendapatkan rawatan awal...Dalam hati PH berkata mesti busuk giler bau mulut orang yang kena penyakit kronik macam ni...hu hu hu...Alhamdulillah, gigi PH masih terkawal....heheh...


Lepas tu masa PH nak duduk balik, kad laporan tu dah tak ada kat dalam tray tadi...Aduhai...turn aku nak sampai la ni....beberapa saat lepas tu, kedengaran suara dari pembantu klinik :

"En Hairey, boleh masuk dapatkan rawatan sekarang ya...."

Adeehhh...Habisla aku hari ni ( bisik PH kat dalam hati )..Mana taknya, kali terakhir PH jumpa doktor gigi ialah pada 6 tahun lepas...Rasa takut memang tak dapat disorok lagi...Tapi PH kontrol macho juga demi gigi yang tersayang...


Teringat pulak kat Mr Bean...hehehehe..Benda ni pun PH nak skodeng dengan kamera henpon kan...? Mestilaa...line tengah clear tu...PH nak bagi kalian semua beringat betapa pentingnya penjagaan gigi...


Dah lama PH tak tengok benda ni...Ni tempat kumuh...bukan tempat amik air sembahyang...hehehe


Akhir sekali, mimpi ngeri telah menjadi kenyataan....Tengok lampu tu pun dah seriau...PH tawakal jer...Kalau diikutkan sangat rasa takut tu, kita juga yang susah nanti...Sakit untuk mengubati tu hanya bersifat sementara jer...Tapi kalau sakit tu dah melarat, silap-silap boleh menderita seumur hidup...Yang mana satu kalian nak...? Sakit dulu ke sakit kemudian...? hehehe..

Dengar ajer bunyi mesin tu, ngilunya sampai ke tahap Gaban....Gigi PH mempunyai 6 bahagian gigi yang bermasalah...maknanya beratus kali mesin tu menujah ke gigi PH...Rasa sakitnya kejap-kejap jer....Tapi kalau terkena ngilunya, terasa sampai ke otak yang paling dalam...Boleh jadi bodoh kejap...2 gigi yang pertama PH tak bius sebab boleh bertahan lagi...Tapi sampai gigi yang ke-3 dan seterusnya PH dinasihatkan oleh doktor supaya gusi dibius sebab dia tengok PH asyik terkejung jer...hahahaha...PH pun ikut jer la...Malu plak dengan doktor tu...Gigi PH dibius 3 kali...Rasa sakit injection tu dalam 3 saat jer...Lepas terasa macam ada belon kat dalam mulut...hahahaha...


Alhamdulillah, masuk pukul 10am dan keluar pukul 11.45am...Perggghhh...terasa macam setahun tu....Apa-apa pun, PH nasihatkan kalian semua supaya berjumpa dengan doktor 2 kali setahun untuk pemeriksaan...Jaga pemakanan dan gaya hidup...Gosok gigi setiap hari tidak menjamin kesihatan gigi kita 100%...kena jumpa doktor gigi, baru tahu langit tu tinggi ke rendah...


P/S :
Kalau kalian rasa kalian tu gangster dan bagus sangat, boleh test power dengan Dr Amira ni...Tengok siapa lagi gangster...hehehehe...

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. hahahaa...PH welcome to dental world...x ramai yg sdar betapa pntingnye penjagaan gigi nie...[",]

    ReplyDelete
  2. perkara yg paling menakutkan juga bagi saya...

    ReplyDelete
  3. gigi oh gigi. jangan buat main-main bila sakit gigi.

    ReplyDelete
  4. takot doktor upenye.. iyo lar hebt dri PH.. kui3

    ReplyDelete
  5. ewwww...kAcAng pernah kene jahit gusi semua pasal anak bongsu yang tak lepas kuar habis...waaaaa...azaaaabbb!!>,<"

    ReplyDelete
  6. Aduhhhhhhhhhhhh memang trauuma jumpa doktor gigi ni...kalau boleh nak je gigi tu sentiasa sihat tapi kalau dah meningkat umur tk jaga kesihtan maunya nak cantik selalu...gigi kita pula tak mcm kucing n haiwan lain asal hilang boleh tumbuh lagi..hehehe sbb doktor gigi kucing takde lagi..

    Nikmat sihat yg Allah beri sangatlah berharga..Jaga Kesihatan Diri Fizikal, Mental dan Spiritual...
    Smg sihat selalu.Amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular