Selamat Datang Malsea...Bertuahlah Sesiapa Yang Nak Adopt Kamu...

Malam semalam PH sekeluarga pergi makan di sebuah Bazaar Makanan Malsea di Semenyih...Dah lama tak makan sate...hehehe..Seperti yang dijangka, PH mengagak malam tu mesti PH akan berjumpa dengan kucing-kucing jalanan...Tak sampai 5 minit PH mengambil tempat duduk, PH nampak ada seekor kitty mencium-cium jalan mencari makanan...Kesian betul PH tengok dia...Menggigil badannya masa dipegang..Memang nampak sangat budak ni baru lepas dibuang...Gambar di bawah ni lah tempat PH jumpa dia...Dekat kaki meja sebelah kanan...


Inilah rupa budak tu...Comel betul...Kesian laa...


Bila diletak kat atas riba, dia diam jer....Bila diusap kepalanya, dia menunduk sambil memejamkan matanya...Badannya dah tak menggigil lagi...Budak ni menggigil samada lapar ataupun takut yang teramat sangat...PH kira budak ni kuat juga sebab masih mampu berjalan untuk mencari makanan...Ada sesetengah kucing yang langsung tak boleh berjalan untuk mencari makanan akibat rasa takut yang teramat sangat...Akhirnya mereka jatuh sakit dan mati begitu sahaja secara perlahan-lahan...aduhai...


Bila PH panggil dia, dia menyahut..Halus betul suaranya..


Menurut brader ni, dia dah tak sanggup melihat begitu banyak kucing yang bergelandangan di kedainya...Lebih-lebih lagi bazar tersebut terletak bersebelahan dengan  pasar basah...Memang tak larat dah dia tengok kucing dibuang begitu banyak...Tapi, alhamdulillah dari gaya dia bercakap, PH tahu brader ni juga sayangkan kucing...


Sampai di rumah, budak ni tak banyak ragam...Terus cari tray pasir untuk melepaskan hajatnya...Wahhh...pandai betul...Tak payah disuruh...Gambar di bawah ni PH snap pagi tadi...Cool jer dia...Takde nak sembur-sembur..Hero pun tak kisah dah...Cuma mata dia bulat jer tengok budak ni...


PH namakan budak ni Malsea sempena nama tempat PH jumpa dia...PH tak pasti budak ni jantan atau betina sebab terlalu kecil untuk diskodeng..adehhh...hehehehe..


P/S :
Diharap dapatlah kiranya ada di kalangan pembaca mahupun fan KMFC yang nak adopt Si Malsea ni..Nampak gaya, budak ni lemah lembut, manja dan pandai buang hajat kat tray pasir...Kalau ada yang nak Si Malsea ni, boleh pm inbox Facebook PH yer..


Comments

  1. sabtu lepas jalan2 kat uptown danau ada satu gerai tu display kucing2 untuk adopt.. kucing2 biasa jer.. kucing2 bulu tebal dorang display jer. tak tahu jual or sekadar display untuk menarik perhatian org dtg. tp bagus juga cara dorang buat amal tu.. sewa tapak kat uptown pun bkn free tp dorang sanggup bayar

    ReplyDelete
  2. andai ila dpt buat.. Ya Allah.. permudahkan urusan ila di dunia dan akhirat.. ila nk cpt habis beljar n keje n ada umah sendiri.. masa tu tanpa segan dan silu ila akan bela kucing.. Malsea sgt cantik.. dri muke dye cm betina.. manis jew.. ^^

    ReplyDelete
  3. salam pd Papa Hero...sy msh baru dlm dunia blogger ni..mmg sgt2 baru...bila jenguk blog2 tntang kucing yg len rs sgt2 bersyukur sbb ramai lg yg mempunyai hati yg sgp mmelihara kucing2 terbiar ini..insyallah dgn adanyer insan spt papa hero dan yg lain2 juge..nasib2 haiwan2 terbiar ni akan terbela...

    ReplyDelete
  4. siannya...nie mesti kucing ada tuan nie..kalau tak..mesti dia tak pandai nak membuang kat pasir tue...

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular