Kadang-Kadang Berkawan Dengan Binatang Lebih Baik Dari Berkawan Dengan Manusia

Baru-baru ni, PH ada bersiar-siar mengambil udara malam di sekitar Semenyih Sentral sambil bercadang untuk meninjau keadaan kucing-kucing yang terbiar yang bersepah-sepah di kawasan ini...Jadi, PH cuba membuat apa yang PH tak pernah buat...Sekurang-kurangnya ianya boleh dikongsi bersama...

PH ternampak seekor kucing ni sedang bersantai menghirup udara malam di sebatang jalan raya...Sambil duduk di pembahagi jalan, kucing ini kelihatan seperti tiada masalah...Tak macam kita sehari-hari...Sentiasa ditimpa ujian dan pelbagai masalah hidup....


Pada zahirnya, kucing ni memang kelihatan seperti tiada masalah...Tapi harus diingat bahawa setiap makhluk yang bernyawa pasti akan diujiNya....PH tak tahu dari mana datangnya kucing ini...Tapi PH dapat merasakan yang si comel hitam pekat ini dibuang keluarga angkatnya....Biasalah, semasa kecil ditimang-timang...Apabila dah dewasa dan dah pandai mengawan, si comel ini dibuang kerana selalu kencing di sana-sini ( barangkali )...Apabila dibuang, si comel ini akan terus menerus mengawan sehingga akhirnya menyebabkan pembiakan kucing di jalanan semakin tidak terkawal...Inilah bahananya kalau kucing peliharaan tidak dikasikan...


Kucing jalanan yang biasa-biasa ni memang tak ramai yang orang suka...Tapi kalau kucing jalanan yang cantik dan berbulu panjang, cepat jer nak bawa pulang...PH tak pasti samada orang persis sebegini adalah pencinta haiwan yang sebenar atau tidak...Tapi pada PH, ini adalah sikap 'Double Standard' ataupun sikap pilih bulu yang tak patut diamalkan....


Sebagai pencinta haiwan, kita perlu menetapkan standard yang tersendiri....Tak boleh main serkap jarang sahaja....Kucing yang cantik kita sayang, yang tak cantik pun kita sayang...Dengan anjing pun begitu juga...Memang tak dinafikan bahawa ada sikap manusia rata-ratanya sukakan yang cantik sahaja...Yang buruk langsung tak dipandang....Bagi PH, orang persis sebegini tidak mempunyai sikap yang teguh dan tiada standard piawai yang tulen untuk membela haiwan...Mungkin ada yang berpendapat bahawa ini standard ini tidak perlu, tetapi harus diingat bahawa dengan adanya standard piawai yang tersendiri, ianya secara tidak langsung meletakkan diri kita sebagai insan yang halus, prihatin dan berkualiti....Serupa juga dengan cara kita mendidik dan memelihara anak-anak kita...Kalau tak ada standard, ibubapa itu sendiri adalah tergolong di dalam kategori Tiada Kualiti...Tetapi, ada ramai juga pemelihara kucing cantik yang amat prihatin terhadap kucing-kucing jalanan...Salute pada orang yang sebegini...Excellent..!!!

Cuba lihat dan selami apa yang direnungkan oleh si comel jalanan ni....Dia tak pernah usik manusia melainkan manusia sendiri yang berfikiran sebegitu....


Si comel ini juga ada memikirkan masa depannya...Cuma kita jer yang tak perasan....Kucing juga sentiasa ingat padaNya...Tak macam manusia yang selalu leka dengan duniawi....


"Tapi, tak mengapalah....Aku tetap bersyukur walaupun dijadikan sebagai seekor kucing..."


"Walau apa pun yang terjadi, aku akan tetap tabah meneruskan perjuangan hidup ini sehingga ke akhir hayat....Aku tak pernah ganggu perjalanan hidup kau, janganlah kau halang perjalanan hidup aku selepas ini....Aku tak pernah busuk hati pada engkau...tetapi kenapa engkau busuk hati kepada aku....Apa yang kau dengar dan ceritakan kepada orang semuanya cerita yang buruk-buruk tentang aku..."


"Alhamdulillah...memang beginilah lumrah kehidupan kucing jalanan seperti aku....Ditimang bila sayang dan kemudian dibuang lepas diganyang....Rupa-rupanya, barulah aku tahu bahawa selama ini kaulah punca segala-galanya sehingga nasib aku menjadi begini...Pahit maung biarlah aku tanggung sendiri...Jangan kau sekali-kali jumpa aku lagi....Aku tetap masih hidup walau disimbah air panas sekalipun....Kerana nyawa aku bukan terletak di tangan kau ( manusia )"


P/S :
Kadang-kadang serba salah juga dibuatnya...nak bawak balik PH takde kemampuan....


Comments

  1. Betul tu PH...kalau nak ikut kan...kalau lah kita ni boleh jadik orang kaya raya...rasanye, pertama sekali kacang memang nak bukak shelter home dan belajar sikit tentan veterinar...@_@'

    ReplyDelete
  2. anne sokong.. anne pun amat suka akan kucing...kadang2 dekat kampung slalu orang buang kucing dekat dengan rumah anne.,.. ada yang mak ambil untuk dijaga dan ada yang tidak.. sebab tak larat nak jaga aik2 alah dengan kucing..

    tapi kami bagi makan... kalau luka atau teruk mak letak ubat... kesian dengan mereka... kalau comel disuka.. bila buruk disepak terajang..

    ReplyDelete
  3. kucing jadi bomba bila musim mengawan tu biasa la.. sediakan febrez je kat umah. Manusia pun kdg2 main siram jer merata2, inikan pula kucing yg tak berakal. Haiwan tak kira la cantik, comot, mahal, takde harga tapi tetap makhluk Tuhan yang sama2 menumpang di bumi spt manusia.Pencinta haiwan takkan ada kata double standard.. kalau dia cintakan haiwan auto naluri dia mudah simpati & mengasihi haiwan tersebut. Yg dok bela kucing bulu macam karpet jer.. padahal kucing kampung di pandang selekeh & jijik tu bkn pencinta haiwan. Manusia jenis tu cuma cintakan kecantikkan

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular