Sedarlah...!!!! Kekejaman Yang Berlaku Di Sekeliling Kita Adalah Hukum Karma...
Entri kali ini PH saratkan dgn foto-foto penderaan haiwan...Sesiapa yang rasa-rasa tak boleh tengok gambar-gambar penderaan, PH sarankan supaya jauhi dari membaca entri ini...Kalau nak baca juga, bacalah dengan minda yang terbuka...Ada sebab kenapa PH wujudkan entri ini....Sekarang ini kita memang dah berada di akhir zaman..Manusia mendakwa mereka semakin maju, walhal mereka tidak menyedari bahawa mereka telah kembali ke zaman jahiliah ataupun zaman permulaan tamadun manusia...Manusia menjadi semakin tamak dan semakin berasakan yang mereka itu adalah Tuhan di muka bumi ini...Penderaan yang berlaku sebenarnya bukan dalam keadaan yang tanpa disedari, sebaliknya mereka yang mendera haiwan menjadikan faktor-faktor marah, tekanan hidup dan banyak masalah peribadi sebagai alasan untuk 'menghalalkan' cara mereka..Ini lebih diburukkan dengan sikap orang atasan, para-para menteri bahkan kerajaan sekalipun membela orang-orang sebegini....Tanpa kita sedari, segala malapetaka, masalah sosial, kes-kes pembunuhan ngeri, kemalangan jalan raya dan sebagainya dari kacamata PH sebenarnya adalah hukuman balas ataupun KARMA...Haiwan yang dibunuh mahupun didera melaknat orang yang berbuat sedemikian dan tempiasnya akan mengenai masyarakat setempat kerana sengaja membiarkan perkara ini berlaku...
Ada yang menganggap mendera haiwan adalah sesuatu yang perlu dibanggakan kerana berani melakukan perubahan...Sebenarnya, orang sebegini memang bukan manusia, tetapi mereka adalah makhluk-makhluk dari spesis Dajjal ataupun layak digelar anak Dajjal...Ada sesetengah negara, penderaan ataupun pembunuhan haiwan adalah dianggap sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan kepada dunia bahawa mereka telah berada di tahap "One Step Ahead"...Dan kemudiannya menyalahkan Tuhan atas bencana alam yang memusnahkan negara mereka...Mereka tidak sedar bahawa segalanya berlaku kerana kekejaman tangan manusia itu sendiri..Harus diingat bahawa Allah tidak sekali-sekali menzalimi hamba-hambanya...Allah memperkenankan doa hamba-hambanya ( termasuk haiwan ) yang dizalimi...Doa-doa makhluk yang dizalimi amatlah mustajab...Doanya terus diangkat ke langit tanpa sekatan...
Di Malaysia, suasananya aman harmoni dan damai pada zahirnya...Akan tetapi, cubalah tanya setiap individu rakyat Malaysia...Adakah mereka suka dengan keadaan sekarang....? Dalam rumah sendiri pun kena bunuh...Depan pagar rumah pun kena rompak....Anak kecil yang tak kenal dunia dan baru sebesar kuman dicampak ke dalam tong sampah...Tidakkah kita terfikir ianya adalah KARMA...? Sebagai manusia, sikap saling menuding jari dianggap perkara biasa...Ia menjadi biasa sebab kita yang biasakan dalam hidup kita...Sekiranya ada pembaca entri ini merupakan tenaga pengajar di sekolah-sekolah atau di institusi pengajian tinggi, anda juga wajib menyedarkan anak-anak bangsa mengenai KARMA ini...Ianya adalah sumpahan yang tidak akan berakhir kerana setiap hari, ada kekejaman dan pertumpahan darah secara sengaja berlaku di persekitaran kita...Justeru itu, apakah tindakan yang harus kita ambil....? Bagi PH, sebagai umat Islam dan orang-orang yang beragama, kita hanya mampu menyampaikan pesanan dan didikan kepada anak-anak kecil kita pada masa kini supaya generasi kita yang akan datang menjadi lebih prihatin dan mampu bertindak secara langsung apabila berlaku kekejaman...Bukan macam sekarang ni...Buat macam tak ada apa-apa pun...
Relevankah Undang-Undang Penjenayah Haiwan Yang Ada?
Ada sebab dan punca dari mana datangnya haiwan-haiwan jalanan ini...Undang-undang untuk penjenayah haiwan yang termaktub lagaknya seperti undang-undang kecil sahaja...hmmm..Apa yang perlu ditakutkan...? Bukannya kena sebat...Bukannya kena penjara sampai 10 tahun...Bukannya kena denda sampai RM50,000 pun...Jadi, tak ada sebab untuk seseorang itu takut untuk mencampakkan anjing dari bangunan tinggi, membakar kucing, memukul haiwan sehingga mati, menjadikan kucing sebagai bonsai, mengerat anggota tubuh mereka dan sebagainya...Bagi PH, mereka ini sebenarnya adalah penjenayah haiwan, tak ubah seperti penejanayah undang-undang sivil...Jumlah penjenayah haiwan ini sebenarnya lebih ramai dari penjenayah sivil...Mereka ibarat bom jangka...Semakin ramai penjenayah haiwan ini wujud, KARMA akan berlaku semakin dahsyat tanpa kita sedari...Yang menariknya, penjenayah haiwan ini terdiri dari semua peringkat umur termasuk kanak-kanak...Apa yang semakin merisaukan kita ialah jumlah ini semakin meningkat...Apakah langkah paradigma yang perlu diambil...? Haruskah pemimpin negara Malaysia mendiamkan diri sahaja...? Di Amerika, Obama dan presiden yang terdahulu menjaga berpuluh kali ganda jumlah rakyatnya dari Malaysia tetapi pasukan menyelamat haiwan mereka masih teguh sehingga sekarang...Kenapa kita tak nak belajar dari negara yang telah diketahui akan kemampanan teknologinya...? Kenapa buat cara sendiri dengan jalan dan akal yang singkat...? Kemampanan teknologi negara-negara maju perlu dipelajari, bukan untuk ditengok sahaja...
Kewujudan Komuniti Pencinta Haiwan
Sejak akhir-akhir ini, kewujudan kelab-kelab, persatuan-persatuan serta NGO-NGO pencinta haiwan tumbuh bagaikan cendawan...Mereka ini adalah golongan yang sentiasa dipandang sinis...PH pernah terbeli sebuah beg yang diperbuat dari bahan-bahan terpakai di sebuah pasaraya Hyper....PH terbaca ayat yang lebih kurang begini pada badan beg tersebut : "RM.0.10 akan didermakan kepada persatuan pencinta haiwan ( tak ingat pula namanya )...Harga bagi sebuah beg pula ialah RM3...Kalau nak difikirkan logik akal, berapakah agaknya jumlah kutipan yang boleh diperolehi dengan RM0.10 per beg...? Jumlah tersebut tidak ke mana kalau penjualan beg itu hanya dilakukan sebanyak sekali sebulan atau sekali setahun....Yang memburukkan keadaan, kewujudan pencinta-pencinta haiwan ini dianggap seperti golongan pengacau...Mereka ini bukannya meminta sedekah...Mereka juga lahir dari golongan yang berpendidikan tinggi...Kenapa kewujudan mereka dianggap sebagai golongan yang suka membuat provokasi...? Suka membuat Propaganda....? Di negara Barat, pencinta haiwan sudah lama wujud dan mereka telah berkembang menjadi sebuah komuniti yang amat besar pengaruhnya..NatGeo adalah satu contoh yang nyata...Pencinta haiwan di sana melakukan intergrasi dan koordinasi dari satu organisasi ke satu organisasi yang lain...Mereka bergerak secara berkumpulan...Platform NatGeo digunakan sebagai jalan terakhir untuk menceritakan semula kepada dunia bagaimana ikan-ikan paus dan dolphin dibunuh, bagaimana haiwan-haiwan liar dijadikan sebagai makanan eksotik dan sebagainya...Semasa dalam proses pembikinan dokumentari Animal Precint, mereka melakukan koordinasi dan intergrasi terhadap pelbagai pihak...Stesen televisyen adalah platform yang terakhir untuk dipentaskan kepada dunia...Beginilah sepatutnya penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) oleh pusat-pusat veterinar serta dengan kerjasama pihak universiti menunjukkan hasil kajian mereka kepada umum...Makcik-makcik Felda tak faham nama-nama kajian saintifik yang tertera di laman web mereka tu...PH sendiri pun tak faham...Kalau Astro, TV3, RTM kami fahamlah...
Lain ceritanya pula di Malaysia...Tiada satu pun rancangan-rancangan seperti ini wujud...Jangan kata rancangan, iklan untuk menyedarkan betapa murninya sayangkan haiwan pun tak ada...PH betul-betul malu dengan kepimpinan yang ada sekarang...Tak mampu nak fikirkan perkara-perkara sebegini...Mereka lebih berminat dengan cerita-cerita porno...aduhai ke mana hilangnya "Attitude" yang murni...? Macamana nak didik anak bangsa kalau si ibu ketam pun jalan senget tapi nak mengajar anaknya berjalan...Jauh nak dibandingkan dengan negara-negara jiran...PH pernah mendapat mesej dari Facebook yang datangnya dari seorang rakan dari Singapura...Beliau berkata Kerajaan Singapura ( pada ketika itu ) sedang membuat tangkapan kucing-kucing terbiar beramai-ramai untuk dimandulkan...)...Bagi PH perkara nampak macam kecil tetapi implikasinya sangat besar...Bukan senang nak buat semua tu...Intergrasi dan koordinasi dengan beberapa pihak perlu dilaksanakan dengan teliti...Di Malaysia sahaja ada berapa ramai penganggur yang memerlukan pekerjaan...? Kenapa Jabatan Perkhidmatan Veterinar tak latih orang dari NGO-NGO pencinta haiwan....? Ke mana hilangnya 600 kakitangan yang dilatih dalam setahun seperti yang tertera di laman web mereka....? Kementerian yang manakah yang sepatutnya ambil peduli mengenai ketirisan dan permasalahan penderaan haiwan ini...? PH tak nampak "result"nya..."Result" yang terkini yang PH nampak ialah seorang gadis tomboy yang telah menunjuk lagak dengan membunuh anak kucing telah dimaafkan begitu sahaja...Siigghhh...Masyaallah....Sudah-sudah lah tu...
Tekanan Hidup Rakyat dan Hakikat Hidup
Rata-rata hari ini rakyat dibebani dengan masalah-masalah hutang negara...Bagi PH, PH tak mahu dengar semua masalah negara itu...Cukuplah dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan yang berjumlah berbillion ringgit yang telah lesap entah ke mana...Tak tahulah betul ke tidak cerita ni, tapi kalau itu dah jadi topik hangat pada masa sekarang ianya perlu diambil perhatian juga....Rakyat kini mengalami masalah tekanan hidup yang amat hebat...Sesiapa yang terlambat, akan keciciran jauh ke belakang...Lebih teruk lagi, yang dikejar tak dapat, yang dikendung termengandung...Yang menjadi persoalannya, bila dah tahu keciciran, masih ada hati nak jadi kaya....Masih ada hati nak pakai kereta besar...Mereka tahu pihak polis pula sedang berkecamuk dengan masalah politikdan mengalami krisis kepercayaan rakyat...Rakyat dah kurang keyakinan terhadap pasukan ini...Jadi, kebarangkalian untuk penjenayah takut kepada pasukan Gerak Khas ini sudah berkurang...Kes-kes rompakan, rogol, culik dan pembunuhan semakin berleluasa...Apakah kita tidak menyedari bahawa kesemua ini adalah tanda-tanda KARMA....? Akibat tidak mempedulikan penjenayah-penjenayah haiwan, kita yang tidak ada kena-mengena turut terkena tempiasnya...Membunuh anak kucing dimaafkan begitu sahaja...Kerosakan kerukunan rumahtangga dan keluarga menjadi alasan untuk menghalalkan perbuatan ini....Jahanam lah Malaysia kalau begini cara penyelesaiannya...Haiwan dijadikan sebagai sasaran pelampias ammarah....apa semua ni...??? Manusia sendiri pun dijadikan sasaran "Punching Bag" kerana tekanan perasaan, apatah lagi haiwan....
Ya...!!!! Negara Malaysia sedang membangun dengan pelbagai masalah kecil tetapi akhirnya menjadi barah kerana ianya dibiarkan merebak....Binatang juga yang menjadi mangsa kerakusan manusia...Si manusia yang rakus ini pula datang dari kerakusan politik...Kerakusan politik ini pula datang dari kerakusan pangkat dan kepentingan...Kerakusan pangkat dan kepentingan ini datangnya kerana khazanah negara...Khazanah negara ini datangnya dari Allah SWT....Persoalannya, adakah pemimpin-pemimpin kita ingat Allah...? Tidakkah mereka takut Allah murka...? Inilah akibatnya...Pertumpahan darah berlaku di bumi tercinta ini setiap hari...Segala rantaian emas ini tidak dianalisa...Hampir kesemuanya mementingkan wang...Semuanya bekerja untuk duit dan seterusnya untuk melangsaikan hutang piutang...kais pagi makan pagi, kais petang bayar hutang...Pada masa yang sama, sudah lumrah manusia untuk memakai sesuatu barangan lebih dari orang lain...Kemajuan negara kini tak seiring dengan ekonomi sesebuah isi rumah...Bagi PH, inilah penyebabnya kenapa tekanan hidup semakin meningkat dan akhirnya nyawa seekor kucing diakhiri dengan hentakan bucu payung...Apabila si ibubapa menjadi hamba duit dengan bekerja siang malam untuk membayar bil-bil dan hutang, kebajikan si anak tidak terjaga...Menghantar anak ke pengasuh adalah satu alternatif atau jalan keluar yang mudah, akan tetapi harus diingat bahawa pertaruhan ni amatlah berisiko....Ibubapa sentiasa tidak mempunyai masa kerana asyik bekerja tetapi tak juga kaya-kaya....dalam hati berminat nak ceburi dunia perniagaan tetapi takut gagal...Kenapa ramai di kalangan kita takut gagal...? Kerana 95% orang kita berfikiran negatif...Kenapa mereka berfikiran negatif...? Kerana 95% berita-berita di akhbar dan media cetak berunsurkan berita-berita negatif setiap hari...Kenapa kita masih membaca surat khabar setiap hari...? Sebab kita nak tengok peluang dan informasi untuk mengubah taraf hidup....Tetapi kenapa kita takut...??? Sebab inilah jati diri rakyat Malaysia yang dilahirkan...Sehalus lidi senipis kulit bawang....Bahkan sanggup kerja sehingga tak makan tengah hari untuk membayar hutang...Apakah kita semua tak fikir apa yang berlaku pada anak-anak kita....? Pada kucing-kucing peliharaan kita....? Ekonomi kini memang tidak menentu...Persetankan hal-hal politik dan berita-berita negatif...Bagi PH ianya tidak berapa penting untuk difikirkan...Kita beli surat khabar dengan harga murah bukan untuk membaca berita-berita negatif yang akhirnya merosakkan minda kita...Adakah harga RM1.50 senaskhah adalah harga yang perlu kita bayar untuk mendidik minda kita menjadi negatif senegatifnya...? PH sendiri dah hampir setahun tak beli surat khabar...Kalau baca pun berita muka surat belakang sahaja...Ini semua adalah rantaian yang akhirnya diakhiri oleh penyeksaan haiwan akibat stress yang berlarutan...Satu-satunya akhbar yang memuatkan siri penderaan haiwan ialah The Star...Itupun PH malas nak baca...Kalau ada berita penderaan di akhbar yang lain, mungkin PH sendiri yang tak jumpa...
Hasil Omokan Negatif Dari Media
Akibat kemasukan unsur-unsur negatif yang direncanakan oleh iluminati atau dari komplot yang tertentu, tanpa pengawasan yang mampan dari ibubapa terhadap anak-anak boleh menyebabkan perkara-perkara negatif akan timbul....Anak-anak kecil dan remaja menjadi ganas tanpa disedari...Ibubapa menjadi hamba duit dengan bekerja siang malam, anak-anak di rumah pengasuh asyik menonton filem-filem dan kartun-kartun ganas tanpa kawalan...Setiap apa yang mereka tontoni adalah perkara baru bagi mereka...Untuk menjadikan apa yang mereka lihat menjadi sesuatu yang realiti, mereka mengujinya terhadap haiwan-haiwan...Pistol dan pedang mainan yang menjadi subjek utama di dalam filem-filem ganas dan ianya telah diadaptasikan ke alam nyata oleh kanak-kanak yang menontonnya dengan menguji kucing peliharaan...Pistol dan pedang mainan dijadikan senjata ujian...Tubuh badan anak-anak kucing dibelah dan ditembak tanpa rasa belas kasihan dek kerana kesan-kesan negatif yang ditonjolkan di dalam media-media hiburan...Siapakah yang harus dipersalahkan...? Sebagai manusia biasa, sukar untuk kita menuding jari ke diri sendiri...
Kenapa Akhlak Manusia Semakin Merosot...?
Akal fikiran manusia semakin hari semakin rosak setiap hari kerana disuap dengan bahan-bahan negatif dan tamak...Dengan melakukan jenayah ini, mereka menyangka mereka berada di peringkat yang lain dari yang lain...Mereka menyangka yang mereka adalah bangsa yang maju dari bangsa yang lain...Bagi PH, perbuatan membunuh dan mendera haiwan adalah satu jenayah yang serius...Oleh kerana terlalu banyak Karma yang ditanggung, manusia menjadi lupa terus kepada haiwan yang terlebih dahulu mendiami planet Bumi ini sebelum manusia...Di setiap daerah di negara ini boleh dikatakan lebih menjurus ke arah pembangunan fizikal tanah dan pembangunan...Longgokan sampah sarap di sana sini dan sistem saliran yang tidak teratur tidak diambil peduli...Bila ada anjing liar menyelongkar sampah, nah...!!! Mereka ditembak dengan membuta tuli atas alasan mengganggu masyarakat setempat...Itupun bila ada orang repot...kalau tak ada orang repot, selagi itulah pihak berwajib mendiamkan diri...Mereka tak boleh bergerak secara sendiri sebab kakitangan tak ada, masa tak ada dan bermacam-macam alasan lagi...Pemilik anjing yang tidak berlesen dibiarkan begitu sahaja...Tapi, PH masih bersyukur kerana tahap penyeksaan haiwan di Malaysia masih belum menyamai tahap penyeksaan haiwan di luar negara...Syukur sangat-sangat...Inilah masanya untuk setiap pertubuhan pencinta haiwan bertindak samada secara sendirian atau berkumpulan untuk memacu ideologi mereka...Di negara lain, kucing dan anjing menjadi santapan harian...sebab itulah negara mereka dilanda karma iaitu musibah yang tak sudah-sudah...Inilah Karma...!!!!
Buat Mereka Yang Tidak Menyukai Binatang
Bersyukurlah kerana anda telah dicipta sebagai seorang manusia...PH tak kisah kalau anda tak suka binatang, tetapi tahukah anda yang binatang sebenarnya lebih bijak dari anda...? Mereka mempunyai keistimewaan yang jauh lebih hebat dari anda tetapi ianya terbatas kerana mereka tidak berakal...Cuma yang membezakan mereka dengan manusia ialah akal...Anda mempunyai akal untuk berfikir, kenapa dan apa relevannya anda menyepak kucing, membaling anjing dengan batu, membiarkannya kebuluran dan sebagainya...? Tidakkah itu sebenarnya menonjolkan kebodohan anda...? Menyeksa makhluk yang tak melawan...? Tapi kalau nak mempertahankan diri sekiranya diserang, itu dah cerita lain...Masyarakat perlu disedarkan mengenai Rabies dan penyakit berjangkit yang datang dari haiwan jalanan...Ini semua adalah tugas majlis daerah selain dari ibubapa itu sendiri...Kesedaran sivik bermula dari rumah...Tugas majlis selain dari pembangunan ialah mendidik masyarakat, bukan masyarakat yang mendidik mereka...Tapi tak tahulah samada majlis perbandaran ini adalah anti-haiwan pula...
Mereka bukan tak tahu yang ada warga dari Myanmar dan Vietnam suka makan anjing...Di dalam Islam, memakan haiwan yang berkuku tajam, bertaring dan haiwan pemakan bangkai adalah haram kerana ianya membawa penyakit berjangkit terhadap si pemakannya..Haruskah dibiarkan orang sebegini hidup setempat dengan masyarakat Melayu, Cina dan India tanpa ada pemeriksaan perubatan berkala...? Hobi mereka yang gemar memakan anjing amatlah tidak sesuai dengan cara hidup masyarakat di sini...Kenapa ianya dibiarkan begitu sahaja...? Nampak macam ianya tidak perlu diambil tahu tetapi persoalannya sampai bila sumpahan ini akan berakhir dan tempiasnya terkena kepada masyarakat kita...? Kalau anda tidak mempercayai Karma, itu bukanlah persoalan pokok...Sebab orang yang tidak beragama tak guna ditarbiahkan...Bagi anda yang beragama, Karma adalah sesuatu yang pasti...What We Give, We Will Get Back...
Mereka bukan tak tahu yang ada warga dari Myanmar dan Vietnam suka makan anjing...Di dalam Islam, memakan haiwan yang berkuku tajam, bertaring dan haiwan pemakan bangkai adalah haram kerana ianya membawa penyakit berjangkit terhadap si pemakannya..Haruskah dibiarkan orang sebegini hidup setempat dengan masyarakat Melayu, Cina dan India tanpa ada pemeriksaan perubatan berkala...? Hobi mereka yang gemar memakan anjing amatlah tidak sesuai dengan cara hidup masyarakat di sini...Kenapa ianya dibiarkan begitu sahaja...? Nampak macam ianya tidak perlu diambil tahu tetapi persoalannya sampai bila sumpahan ini akan berakhir dan tempiasnya terkena kepada masyarakat kita...? Kalau anda tidak mempercayai Karma, itu bukanlah persoalan pokok...Sebab orang yang tidak beragama tak guna ditarbiahkan...Bagi anda yang beragama, Karma adalah sesuatu yang pasti...What We Give, We Will Get Back...
Ada budaya masyarakat kita sering menggunakan ayam dan ikan sebagai judi laga...PH cuma takut ada budaya baru dari luar pula diwujudkan di negara tercinta ini iaitu laga anjing dan kucing...PH tak pasti samada ianya sudah bertapak atau tidak, tetapi budaya ini harus dibanteras segera sekiranya ada laporan...Lihatlah ketamakan manusia yang ingin cepat kaya...Sebab itulah kes-kes gangsterism dan pergaduhan berlaku di sana sini...Semuanya bukan bala dari Allah Taala, tetapi ianya datang dari tangan manusia yang kotor dan jijik itu sendiri...Tidakkah anda melihat Karma ini....?
Malaysia dikategorikan sebagai negara maju dan membangun, tetapi kenapa masih ada ramai rakyat Malaysia yang tak pergi ke sekolah dan buta huruf...? Kebajikan rakyat tiada siapa yang nak jaga...Kalau ada pun, ianya tidak dilakukan secara bersepadu..Lebih menyedihkan lagi, banyak alasan yang diberikan di antaranya orang-orang miskin tak berdaftar MyKad, tiada surat beranak dan 1001 kerenah birokrasi...Pernahkah pemimpin kita fikirkan kesusahan yang mereka hadapi secara halus...? Geli sangat ke meredah hutan sungai dan denak untuk berkampung di kawasan mereka yang tinggal di pedalaman...? Apakah kerana gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan...? Siapalah kita untuk menilai keikhlasan seseorang, tetapi yang menjadi persoalannya perkara ini telah berlaku semenjak PH di bangku sekolah lagi...Kenapa sampai sekarang masih ada orang miskin...? Inilah balasan akibat ketamakkan dan kerakusan manusia....Ada binatang yang dipelihara tidak diberi makan sehingga mati...Ada anjing yang dikurung tuannya di dalam stor sehingga mati....Ianya adalah satu perbuatan balas dendam terhadap tekanan hidup yang berlaku...Kalau nak difikir logik akal, kenapa perkara ini berlaku...? Bukankah ianya kerana hukum Karma juga...??? Manusia bertindak mengikut nafsu walaupun berakal...
Bagi PH, inilah simbol kegagalan kepimpinan di sesuatu daerah setempat....Ketiadaan dan kekurangan aktiviti, risalah-risalah kesihatan, mengemaskini laman web dan sebagainya adalah salah satu cara untuk melahirkan modal insan yang sihat akalnya....Bila diceritakan banyak kali pun, tempatnya akan balik ke asal semula iaitu kegagalan kepimpinan serta krisis undang-undang serta tiada kesedaran sivik di rumah...Sementelah itu, undang-undang bagi penjenayah haiwan yang termaktub ada pun macam tak ada sahaja...Sungguh memalukan sekali....
Bagi PH, inilah simbol kegagalan kepimpinan di sesuatu daerah setempat....Ketiadaan dan kekurangan aktiviti, risalah-risalah kesihatan, mengemaskini laman web dan sebagainya adalah salah satu cara untuk melahirkan modal insan yang sihat akalnya....Bila diceritakan banyak kali pun, tempatnya akan balik ke asal semula iaitu kegagalan kepimpinan serta krisis undang-undang serta tiada kesedaran sivik di rumah...Sementelah itu, undang-undang bagi penjenayah haiwan yang termaktub ada pun macam tak ada sahaja...Sungguh memalukan sekali....
Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat...Kalau tak kerana kes ini, tak mungkin entri ini dapat dikeluarkan...
P/S :
Memang perit untuk membaca artikel ini sampai habis...Tapi, itulah hakikatnya...
Sudah2lah tu....Jangan sampai Malaysia ni ada gempa bumi pula...
( gambar-gambar yang dipamerkan di dalam entri ini adalah dari carian Google sebagai gambar perhiasan sahaja..Luahan pendapat penulis seperti di atas hanyalah bersifat peribadi sahaja )
salam pd bro PH...ery rs sakit perut melihat gmbr2 dlm entry ni...bukan sakit perut knp...sakit perut krn xtahan melihat penderaan yg dilakukan manusia terhadap haiwan..xtaulah, mgkin sbb perasaan mrh, geram, sedih bercmpur..benarlah..manusia yg mendera haiwan ni 10 kali lbh bodoh sbb xguna akal mereka...kat channel nat geo ery pnh tgk mmg ada tubuhkan polis untuk tngkap owner2 yg mendera dan biarkan haiwan2 peliharaan mereka..siap kena lokap lg...dan haiwan mereka di ambil di rawat dan diberi pd owner baru...kat negara barat isu2 mcm ni diorg amek berat..jd xkan kat Malaysia ni xleh..ikutla kebaikan 'org barat' buat jgn ikut yg bukan2 pula...kan..
ReplyDeletenk menitis air mata sy tgk haiwan2 di dera... dan baca pualk entri ph ni... sbb tu kalo manusia2 jenis2 cmni lebih teruk dr haiwan... wpun haiwan tiada akal tp dia ada naluri juga.. mcm mana org snggup bunuh haiwan dan mcm si amoi laknat yg pijak kucing tu smpi mati.. wpun dia mnta maaf kat tv dh, tp still x blh terima... bodo pnya org... sy bela kucing.. kdg2 rs bertuahnya kucing yg di bela.. nasib dia terbela... tp kucing2 jalanan pula... xkan terselemat dr dajal bertopengkan manusia ni..
ReplyDeleteabg,klau abg dh ada bajet yg ckp nnti tlg tubuhkn stu rumah utk smua binatang yang xda tmpt tggal sperti kucing dan anjing jlnn.sy doakan abg sntiasa dimurahkan rezeki spya dpt menolong bintang yg x bdosa. :'( sdih btl.sy juga ada anjing angkt.anjing jiran.dia selalu dtg mkn di rmh sy sbb jiran slalu takda dirmh dan jrg bg anjing tu mkn.nma dia handsome :')
ReplyDeleteKalau diizinkan Allah, saya nak buat sanctuary untuk kucing & anjing jalanan terbiar dan mudah-mudahan satu hari nanti akan wujud juga pemimpin yg berkuasa di atas muka bumi tanah air kita ini yg amat sayangkan binatang dan memperjuangkan nasib mereka dan mengadakan undang2 baru utk membanteras jenayah ke atas binatang.
ReplyDeleteMasya Allah, gempa bumi mmg dah ada. Cuma kite hrpkan agar kite, keluarga & kucing2 kite terhindar dr bencana mcmtu. Sebnrnya saya x sggp nak baca pon artikel kat atas tu sb saya berhati lembik. Cpt je menitis airmata klu psl keganasan terhadap haiwan :-(
ReplyDeletePH video tu sebenarnya pasal apa??? Tak faham
ReplyDeletesakithati tengok video tu !!!!!
ReplyDeleteaku akan pastikan pembunuh kucing/penyeksa akan mendapat balasan yang lebih teruk dari apa yang mereka buat.....HAHAHAHAHAHA!!!!! zalim x aq?
ReplyDeletekesiannya....(; A ;)
ReplyDeleteapa dosa haiwan tu sume?....
ya allah...
ReplyDeletemasih ada lagi rupanya manusia kejam yang tidak berhati perut...
mendera haiwan untuk kepuasan diri...
dimana letaknya perasaan kasih sayang terhadap haiwan???
xsanggup saya melihat penderaan sebgini...
salam...semua pencinta..haiwan yg dicipta oleh ALLAH S.W.T. Sy berasa teramat sedih bila melihat manusia yang diciptakan oleh ALLAH S.W.T sanggup membunuh ciptaan ALLAH S.W.T sendiri sedangkan manusia ini diciptakan untuk mencari pahala utj bekalan akhirat kelak bukan dosa yg terlalu banyak. Sy sedih bila ada segelintir ibu bapa yg berpelajaran tinggi sehingga Master/ PHD tetapi gagal mendidik anak2 menjadi anak yg menyayangi binatang..sedangkan telah diberikan akal dan fikiran..cuba kita sebagai manusia berfikir sejenak..jika kita di tempat haiwan n manusia lain yg cuba mendera/ membunuh..apa perasaan kita? tentu kita dalam ketakutan dan tiada tmpta hendak mengadu .Sudah lama sy mengkaji selidik..sikap manusia yg terpelajar ini gagal menitik berat nilai2 kasih sayang terhadap haiwan sedangkan selama ini manusia hanya menganggap contoh kucing adlh haiwan peliharaan yg kotor sedangkan manusia lagi kotor..sehinggakan sifat 'MALAS'sudah sebati dengan diri manusia..ketahuilah..sbagai umat islam..kita diajar supaya menyayangi haiwan bukan bersifat kejam..sbgai contoh pernahkah kita mendengar kucing membiarkan anaknya ditinggalkan di tepi jalan sedangkan manusia sanggup membunuh / membuang anak sendiri? Bukankah manusia telah dikurnikan akal dan fikiran berbanding haiwan..atau manusia sekarang dah nk jadi haiwan...Wallahualam..renungkanlah...
ReplyDeleteTak sanggup nk tengok..sedih betul lah ..lebih baik org2 yg buat mcm 2 jadi bintang dpd manusia buat malu kaum manusia aje ..binatang pong lebih baik dpd makhluk kejam yg tk tau nk panggil ape dh...
ReplyDelete