Percayalah....Mereka Akan Mendoakan Kesejahteraan Kita...

Alhamdulillah...Dapat juga PH access ke Blogger.com ni...Hampir 3 minggu tak dapat update blog...Perasaan marah dan takut masa melihat ayat "Your blog has been removed" tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata...Ye lah, banyak masa PH habiskan untuk memerah idea untuk membuat sesuatu entri...Bukan senang nak buat pembaca melekat kat sesuatu blog...Banyak kata-kata semangat yang PH terima dari rakan-rakan Facebook dan KMFC Fans...Jutaan terima kasih juga buat saudara Kaizen Shinobi kerana membantu 'retrieved' balik blog ni..PH pun tak tahu kenapa jadi sampai macam tu...Tadi PH dah buat back up baru 40 entri..Penat betul...Total entri yang PH dah buat setakat ni ada 500 entri kesemuanya...Jadi, PH pasrah jer...hu hu hu...PH sarankan kepada anda yang ada blog, adalah lebih baik sekiranya anda buat 'back up' setiap entri anda tu untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada blog anda nanti...


Okaylah, nak dijadikan cerita untuk entri kali ini...2 hari lepas PH ke restoran yang biasa PH pergi untuk makan malam bersama MH dan Si Kembar..hmmm..PH terjumpa lagi beberapa ekor kucing jalanan...Ada 3 ekor kucing yang baru...PH dapat rasakan kucing-kucing ini adalah kucing yang pernah bertuan...Memang manja betul...Masa PH nak duduk tu, kucing ni diam jer kat tepi tangga tu..Alahai kesian betul PH tengok dia...


MH dan Si Kembar masuk ke dalam dulu ambil tempat sementara PH 'sibuk' dengan kucing kaki lima ni...Masa PH tengah 'buat 'shooting', orang sekeliling pandang PH semacam jer...Mereka hairan tengok PH rakam video dan gambar-gambar mereka...Tak kurang juga ada yang melemparkan senyuman perli...Tapi PH balas semula dengan senyuman yang paling 'manis' sekali..hehehehe..

"Senyum...Tak perlu kata apa-apa...."


Lepas PH duduk, kucing betina ni bingkas bangun...Dia seolah-olah tahu yang PH ni suka kucing..Ingat lagi tak entri blog PH yang ni...? ( KLIK SINI )


Panjang leher dia nak jengah ke meja PH...PH tahu dia lapar...Jadi, PH perlu lakukan sesuatu...hehehe


Memang rezeki kucing ni, ikan goreng masih ada tinggal lagi 2 ekor...PH pun sebat ajer...


Apalagi...PH pun gaul nasi dengan ikan tu sepuas hati....Sedap juga ikan goreng tu...PH jamah sikit...hahahaha


Masa tengah gaul-gaul tu, datang seekor ibu kucing yang sarat mengandung untuk kali yang ke-18...Lapar juga dia ni...Entah macamana dia boleh tahu PH tengah gaul nasik tu...Agaknya dia skodeng PH masa tengah ambil ikan tu kot...


Lepas tu datang seekor lagi..Ketiga-tiga kucing ni memang PH tak pernah nampak sebelum ni...PH dapat rasakan yang kucing-kucing ini memang dibuang sebab mereka ni jinak dan terasa badan mereka menggigil bila dipegang...Mungkin kerana lapar yang teramat sangat...Tapi PH perasan yang kucing ni ada penyakit...Bahagian abdomennya ramping lain macam....Pinggang dia kempis sangat-sangat...Tak tahulah apa penyakitnya..PH memang tak pandai bab-bab penyakit kucing yang kronik ni...



Panjang betul tangan dia nak cekau ikan goreng tu...Cuba anda lihat klip di bawah ini pada minit 0.50....Nampak tak perutnya kempis ke dalam...? Kesian kan...? Tak tahulah apa sakitnya tu..



Kucing jalanan pun ada saingannya...Mereka akan berhati-hati apabila bertembung sesama sendiri...Maklumlah, kucing rumah memang tak pandai bergaduh...


Anda semua lihatlah sendiri betapa laparnya kucing ni...Kesian betul PH tengok...


Masa makan, badannya menggigil...Gelojoh betul dia makan...




Masa PH nak pulang, kucing ni masih duduk di meja yang kami makan tadi...
"Papa minta maaf, papa belum mampu nak jaga kau...Insyaallah satu hari nanti yer sayang..."


P/S :
Kalau nak diikutkan hati, mahu jer PH adopt mereka semua...Tapi, anda semua tentu fahamkan...? Jadi lepas ni kalau jumpa kucing-kucing jalanan, buatlah apa yang patut untuk mereka...Tak dapat bagi banyak, bagi kasih sayang pun cukuplah...Percayalah, mereka akan mendoakan kita...

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. as salam...
    vamp pun sukakan kucing dan kadang-kadang kalau ada rezeki lebih, memang vamp akan bagi diorg mkn. macam yang bro dha buat tu. semoga ada manfaatnya di kemudian hari. inshaAllah :D

    ReplyDelete
  2. saya faham prasaan PH. sedih sgt kalau tgk stray cat ni. lagi2 bila kita x mampu nak adopt dorg semua ;( tp sjak sy bce blog PH, sy dah ringan tgn nk bg dorg makan..selama ni tau nak petting je. sungguh, mmg kita rasa sgt senang hati bila dpt berbakti kat dorg :D

    teruskan berblog PH! ;)

    ReplyDelete
  3. PH, sori xtolong PH.
    sy bizi skt la.
    FB pong xbukak.
    keje pagi, balik malam xsempat nak online FB.
    lagi2 kat opis ni da kena block.

    ReplyDelete
  4. its ok cik marina...blog ph da ok da...anyway, tq yer...

    ReplyDelete
  5. memang kesian tengok kucing2 merata ni. ada yg kena sepak. taktau la kenapa ada manusia yang benci kucing.

    ReplyDelete
  6. blog saya pun ada masalah macam blog PH. macam mana ye nak atasi. kadang2 ok kadang tak. ..hukhuk. mcm mana pulak nak buat back up??

    ReplyDelete
  7. welcome back kakimotong blog :) - Dianne buenavista

    ReplyDelete
  8. Lagi2 kes pembuangan kucing yg paling CH benci!!!!!!Kesian la...owner diorg tak patut buang begitu aje...sedangkan mereka ni comel, kurus, lapar....duh, sakit hati....nasib PH jumpa & feed diorg ni, kucing yg malang, perlukan kasih sayang!!!!! Biar CH post & share kat fb, hopefully dpt sedarkan hati nurani org ramai..(>.<)

    ReplyDelete
  9. ala...video bawah2 tu ader yg tak leh bukak...:'(

    ReplyDelete
  10. sama lah.. bukan xnak bela... tp serius xmampu.. :(

    ReplyDelete
  11. terima kasih kerana berkongsi pengalaman melalui blog ni, ph. saya bernasib baik kerana keluarga belah ayah dan emak semuanya sayang kucing. tapi mereka bela gitu2 ajela sbb tak mampu nak buat lebih.

    lepas baca blog ni, saya dan suami pergi beli vitacat dan letak dlm kereta. jadi kalau jumpa mana2 kucing jalanan, kami bagi. kat rumah ada 6 ekor. nak ambik lagi pun tak mampu. kucing kami semua ambik kat pasar aje. hehehe.

    terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi. semoga Allah memberkati, melindungi dan memurahkan rezeki ph sekeluarga.

    ReplyDelete
  12. Terima Kasih ! Bagus Sekali Blog Ini .. Untuk Para Pecinta Hewan

    Hmmmm Semoga Allah Swt melancarkan Rezeki mu kak

    Saya Dari Indonesia

    Ini Blog Sya: brackedurban.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular