Tak Mengapa, Masih Ada Yang Sayang Kamu....

Akhir-akhir ni kita dikejutkan dengan penyebaran video dari Youtube dan Facebook mengenai pembunuhan seekor anjing liar di kawasan yang terbuka...Secara peribadi, PH ingin nyatakan bahawa ianya adalah satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan...Tidak boleh diterima akal langsung...Sayu betul PH dengar suara anjing tu 'meminta nyawanya'...Orang yang membunuh tu pula langsung tiada rasa simpati terhadap haiwan yang 'meminta nyawa' kepadanya....Sekilas PH perhatikan video itu berulang kali, orang yg membunuh anjing itu kelihatan bertindak seolah-olah dalam keadaan marah kerana anjing tersebut terlalu 'liar'...Sebenarnya, ia tidak liar ketika itu tetapi dia amat takut dan dia tahu apa yang bakal berlaku kepadanya....Serupa juga dengan kita...Takut kalau orang nak bunuh kita...

Apa yang PH ingin persoalkan di sini bukanlah orang yang membunuh anjing tersebut ( kerana dia makan gaji untuk tangkap dan bunuh anjing ), tetapi apakah hasil-hasil penyelidikan dan pembangunan ( R&D ) yang dilakukan oleh jabatan-jabatan haiwan ataupun veterinar mengenai cara yang sistematik untuk menangkap anjing ( selain dari membunuh mereka di tempat awam )...Negara Malaysia adalah negara yang sedang membangun..Pada PH, amat-amatlah tidak relevan dengan cara penangkapan sebegini...Ini adalah cara lama...Seorang pemimpin perlu bersikap inovatif ( mampu menghasilkan sesuatu yang baru ) dan sentiasa berfikiran "One Step Ahead"...Cara yang popular selain dari ini ialah tembak dan suntikan racun secara langsung...


Memang PH tak nafikan anjing-anjing dan kucing-kucing jalanan boleh membawa penyakit berjangkit...Akan tetapi, haruslah diingat dan difikirkan secara halus bagaimana mereka boleh bergelandangan di tepi-tepi kaki lima, restoran, stesen bas malah di bandaraya-bandaraya utama sekalipun...? Dan dari mana pula mereka datang...? Adakah mereka jatuh dari langit...? Ataupun keluar dari perut Bumi...?


Kesedaran Bermula Dari Rumah

Dari sudut kacamata PH, yang menjadi punca utamanya ialah sikap manusia itu sendiri...Pemimpin sesuatu daerah atau negeri perlu proaktif dalam perihal ini...Mereka bertanggungjawab untuk melakukan koordinasi dengan jabatan-jabatan yang lain termasuk pihak kementerian untuk mengawal populasi haiwan terbiar...Mereka wajib menyedarkan penduduk setempat mengenai kepentingan memandulkan haiwan peliharaan...Bukannya asyik memikirkan pembangunan semata-mata...Secara metafora, pemimpin yang berkarisma ialah pemimpin yang didoakan oleh haiwan juga....Bukannya cakap berapi-api...Sepanjang PH hidup, PH belum pernah menerima walau satu pun risalah-risalah mahupun iklan di media cetak mengenai kepentingan pengkasian haiwan peliharaan...


Kos Menjadi Masalah...?

PH tidak pasti samada kos adalah salah satu penyumbang "masalah" ini kerana ianya agak sensitif...Tapi kalau soal buat bangunan tinggi-tinggi, rata-rata semuanya boleh....Akan tetapi, adakah membina sekurangnya 1 penempatan di setiap mukim adalah satu pembaziran...? Apabila peruntukan RM50,000 - RM100,000 setiap bulan ( contohnya ) untuk kos selenggara bulanan dianggap MEMBAZIR, ini adalah percaturan yang silap bagi seorang pemimpin...Rakyat bukan menilai pemimpin dari segi pembangunan fizikal semata-mata, tetapi juga menilai dari segi pembangunan rohani....PH bukanlah pandai dalam bab-bab perniagaan, tetapi apa yang PH nampak sekarang golongan pencinta haiwan di Facebook semakin hari semakin meningkat...Kalaulah di setiap penempatan haiwan-haiwan jalanan menganjurkan Karnival Masih Ada Yang Sayang Kamu khusus untuk haiwan jalanan yang ditangkap, PH dapat rasakan momentum pengunjung yang hadir adalah ramai...Dari sini boleh menjana pendapatan untuk mengumpul dana dan sebagainya...Lebih-lebih lagi sekiranya ada NGO yang berpengaruh seperti SPCA dan sebagainya bekerjasama dengan pihak penempatan haiwan jalanan ini ( dinaungi oleh pihak kementerian )....Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturrahim terhadap penduduk yang berbilang kaum...


Cara Perlaksanaan dan Promosi

Bagi PH cara perlaksanaan akan menjadi susah sekiranya kita yang berkata susah...Sebatang lidi memang mudah dipatahkan...tapi kalau sebatang penyapu lidi bagaimana nak patahkannya...? Kita semua boleh bersatu di dalam internet...Gunakan media-media berpengaruh seperti Facebook, Youtube, blog dan sebagainya untuk tujuan promosi...percuma lagi tu...Selain itu, penyampaian melalui flyers, risalah juga boleh dilakukan...kedai printing pun boleh dapat untung kan...? Banyak aktiviti yang boleh mendatangkan duit dari sini...Cuma, untuk melaksanakannya ianya memerlukan tenaga-tenaga pemikir yang mantap dan pelaksana yang cekap serta bijak...Persoalannya, berapa ramai orang-orang yang bijak mengganggur di luar sana...? Dah tahu ke mereka tak mahu kerja dalam bidang ini...? Pernah 'approach' mereka ke...?


Keputusan / Result....?

Apabila ada aktiviti, ianya akan mengubah suasana masyarakat setempat...Dari karnival-karnival yang dianjurkan sebenarnya banyak mendatangkan manfaat...Di antaranya peluang-peluang perniagaan, pekerjaan dan sebagainya di samping memupuk masyarakat betapa pentingnya mengasihi haiwan...Haiwan-haiwan jalanan yang ditangkap boleh dijual semula walaupun dengan harga yang rendah asalkan ianya dikasi terlebih dahulu...Individu yang mengkasikan haiwan tesebut sudah tentulah terdiri dari pihak veterinar...Laman web Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang PH lawati baru-baru ini ( KLIK SINI ) ada menyatakan pada salah satu visinya ialah meningkatkan pengurusan dan kemahiran veterinar sekurang-kurangnya 600 kakitangan setahun...Apa yang PH fikir ialah dah berapa tahun JPV ini wujud...? Contohnya kalau JPV diwujudkan pada 10 tahun lepas, maknanya 600 orang x 10 tahun = 6000 orang...Ramai tu...!!! Dah berapa ramai kakitangan JPV yang berpengetahuan penuh...? Dan kalau betul ini jumlahnya, apa yang kakitangan tu buat sekarang....? ..Bukankah jumlah ini lebih baik diserapkan terus ke bahagian-bahagian penempatan haiwan terbiar ? 
( itupun kalau nak bina la )...Itu belum lagi Jabatan Perkhidmatan Haiwan ( KLIK SINI ).. Nampak macam fungsi kedua-duanya macam sama...Tapi PH tak rasa ianya sama...dan PH rasa laman web ini hanyalah menjadi hub untuk pautan ke laman web yang lain...dan apabila PH klik di link laman web di bawah sekali MPengurusan Perkhidmatan Haiwan (Bahasa Inggeris sahaja) ), ini pula yang keluar ( KLIK SINI )... PH sendiri tak tahu laman web ini untuk apa...Tak kemaskini langsung...

Penguatkuasaan Undang-Undang Penuh

Apa yang PH pelajari dari laman web Gerbang Selangor ( KLIK SINI ) ialah undang-undang yang termaktub di dalamnya lebih cenderung kepada sifat anti-haiwan...Ibarat menyuruh orang makan tapi tangan bergari....Bagi PH, ianya langsung tak relevan dan PH dapat rasakan ianya bagai ada jurang yang dalam di antara masyarakat mukim dengan majlis daerah...Tidak hairanlah ramai yang tidak memohon lesen...Dengan ejaan yang banyak salah dan ayat yang tidak tersusun justeru menampakkan ketirisan pihak majlis tersebut...Tiada pemantauan yang rapi...Undang-undang yang 'ditaip' ini hanya seolah-olah melepaskan batuk di tangga....Di kawasan rumah PH, ramai orang mengambil anjing-anjing liar sebagai haiwan peliharaan mereka...Ada yang ditambat di pokok dan akhirnya terlupa nak lepaskan tali tambatan apabila hujan...Ianya berlaku di depan mata PH sendiri....Tak kurang juga, pemelihara anjing yang tiada pengetahuan dalam membela anjing mendera anjing-anjing mereka hanya kerana sebab-sebab yang tidak masuk akal....Maklumbalas yang PH terima dari pengikut KMFC rata-rata pernah menceritakan kisah-kisah penderaan yang berlaku di hadapan mata mereka...Orang yang menderanya terlepas begitu sahaja....

Ada pemilik-pemilik gudang yang membela lebih dari 10 ekor anjing dan melepaskan mereka sesuka hati atas alasan anjing tersebut mengawal premis mereka...Dan kemudian anjing-tersebut mengawan sesama sendiri akibat tidak dimandulkan dan akhirnya pembiakannya tidak terkawal...Bayangkan di kawasan semenyih terdapat lebih dari 10 buah gudang di mana setiap satu gudang mempunyai lebih dari 5 ekor anjing...PH tak pasti samada ianya dimandulkan atau tidak....

Oleh itu, kenyataan "Anjing liar memang patut dibunuh" adalah amat tidak adil dan tidak wajar sama sekali.... Mereka bukannya liar, tetapi dibuang kasih sayang oleh pemelihara mereka...

Janganlah asyik main hentam kromo tikam anjing tu dengan batang besi ( seperti di dalam video kes anjing liar di Batu Pahat ini )....




Walau bagaimanapun, entri ini hanyalah bersifat pendapat peribadi PH sahaja...PH bukanlah pandai sangat, tapi PH tengok bilangan page-page Facebook dan blog pencinta haiwan semakin meningkat...Ini adalah satu tanda bahawa kesedaran telah hadir di lubuk hati mereka...Di samping itu, kekejaman terhadap haiwan pula juga meningkat...Buatlah sesuatu yang lain dari yang lain pula, barulah rakyat nampak kebijaksanaan Tuan...

Antara sedar atau tidak, kes-kes pembunuhan, malapetaka atau kes-kes kemalangan yang berlaku di sekeliling kita adalah KARMA....Manusia bunuh haiwan sewenang-wenangnya, sebab itu jugalah manusia bunuh manusia dengan sewenang-wenangnya...Haiwan yang dibunuh dan didera kejam melaknat masyarakat setempat kerana membiarkan perkara ini berlaku...

P/S ;
PH hairan kenapa liat sangat kerajaan nak tubuhkan pusat penempatan haiwan terbiar ni...Kenapa banyak sangat alasan yang diberikan.....? Kenapa susah sangat kerajaan nak bantu NGO atau memberi elaun haiwan terbiar kepada individu yang membela lebih dari 50 ekor kucing jalanan....?
Kalau Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Chedet, Pak Lah, DSAI, Lim Kit Siang, Nik Aziz, Hadi dan Guan Eng terbaca artikel ni, sudah2la tu....Buat sesuatu untuk haiwan terbiar pulak...Kuasa veto kan ada...Jangan jadi 'Old Style"...So, alasan apa lagi nak bagi...?

Enhanced by Zemanta

Comments

  1. pd pandangan sy, selagi cerita mcm ni tak msuk berita di tv, no more action will be taken..usahakn apa yg PH inginkn ini keluar di buletin utama...biar la kisah ini yg hot pulak...bukannya kisah politik yg xabes2..barulah pihak gov t'buka sket mata dyeorg..t'bukak hati tuk melaksanakan apa yg PH nak..insyaALLAH suma pencinta haiwan akn menyokong PH..

    ReplyDelete
  2. marilah menteri2 sekalian, buka lah mata tu dengan besar dan luas, dari perabihkan duit buat yang ntah hape2 tu, baiklah menteri2 tolong mereka semua ni, mesti mereka berdoa yang baik2 untuk menteri2 semua :)

    PERCAYALAH

    ReplyDelete
  3. walau apapun alasan membunuh haiwan ni sampai sekarang pun sy tak dapat terima.. bila kita membesar & dididik mengasihi & menyanyangi haiwan, memang akan rasa mcm tu. Memang sy taknak tgk video2 atau gambar pembunuhan haiwa atau penderaan terhadap haiwan sebab benda tu akan bg kesan pada emosi sy. susah nak lupa..

    ReplyDelete
  4. Majlis daerah yong peng, mampu upah syarikat swasta buat kerja ni. guna method injection. bayarannya rm40 utk sekor anjing liar. bagus kan? yg penting itu idea bijak. bukan mcm sesetengah org bangang buat sesuka hati.. video tu katner PH? sy memang xberani nak tengok..

    ReplyDelete
  5. sorry poor animals....we can't help you when you really in pain... =(

    ReplyDelete
  6. tersirap darah tgk video 2..Ya Allah!!! Kau Maha Mengetahui~ Tunjukkanlah Ya Allah....

    ReplyDelete
  7. sdh sampai msnye kt menilai sejauh manakah nilai2 murni di dlm diri kita..manusia msh x sedar..semua bala yg Allha trnkan adalah sbg peringatan..tp msih alpa dan spt tidak mahu ambil peduli..sy berstju dgn petikan PH..tindakan manusia skrng makin berani melampaui batasan..adakah benar2 karma..renung2kan

    me..diana

    ReplyDelete
  8. x boleh blah btol alasan lagi2 on cost..x mmpu konon..ckap kt pm tu..cost nk wat bgnan tinggi melambung ade plak..cost nk wat email 1Malaysia yg ntah pape tu ade plak..tu nk tunjuk hebat sgt kt negara luar lah tu smpai lupe kebajikan haiwan2 kt msia ni lagi2 haiwan2 terbiar..klu nk tnjuk sgt, lawan lah dlu dgn cara negara luar jaga kebajikan haiwan2 kt tmpt diorng..malu wehh..ni lah d nama kn tkejar2 sgt harta dunia..bila dh bkuasa sgt smpai lupa tanggungjwb sebenar sebgai pemimpin Islam yg d tuntut dlm agama..kte dh bkn main dlu bg surat kt dia mntk tlg bela nsib2 haiwan2 terbiar ni..p ape initiative yg dia ambik?xde perubahan pn..kte ni dok pong peng pong peng ngadu kt dia sbb dia bkuasa dia pemimpin kte dia tunggak negara kte dia ade kuasa utk merubah mse dpn haiwan2 ni utk imej negara gak..p tgk smpai skrang..ape yg ade?xde pape..nothing..kosong!..yg msh ade is old skool way dia lah..membunuh selagi mmpu..sgt2 frustrated!

    ReplyDelete
  9. memang tak patut bunuh anjing tu. walaupon liar tp mungkin ada cara lain nak tangkap anjing tersebut. aiyooo! geram plak tgk..

    ReplyDelete
  10. tlg lah tukar sistem education d malaysia ni..btol, time kecik2 dlu d ajar sayang haiwan lah mende lah ape lah..p ble dh besa lain plak aku tgk..bek kte ajar jer budak2 dr kecik, dr skolah jgn sayang haiwan jgn hormat org tua2 jgn hormat pemimpin jgn blaja sejarah dunia..so ble dh besa nnt x lah pelik pn diorng tgk kerajaan ni bunuh haiwan2 terbiar ni..ok x??..biar dh besa nnt diorng x reti hormat org tua, pemimpin, negara sndri..ok lah tu?..sbb ape?sbb dh ade contoh nk d ikot..that is pemimpin sndri..x kah itu hypocrite sebenar nyer?suroh org blaja bende baik time skolah p pemimpin sndri x seperti yg d harap kn?

    ReplyDelete
  11. salam pd semua pencinta haiwan disini dan bro PH..ery mmg xleh la tgk video tu..wlupun ery x membela anjing tp dia pun makhluk Tuhan juge..perlu ke tekan ngn btg besi tu??eh yg bt tu xleh nak dipersalahkan..dia diberi gaji..tp klu ery sah2 berhenti keje dr hasil dtp duit ngn bt kejam terhadap haiwan..xkisahlah haiwan apa..mgkin ada cara len nak tangkap anjing2 tu...btl la kata bro PH..semua tu x turun trs dr langit..semua dtgnyer dr sikap2 manusia juge...yg masuk lam tv hal2 ni yg ery dh tau la(yg len mgkin ery terlepas pndang) rncangan Bersamamu kat tv3 tu je...yg len mmg xde kot..(klu slh btlkan yer)..pnh jgak jumpa ngn 'manusia' yg mcm pelik bila tgk kt terlalu teruja ngn haiwan2, alasannyer 'binatang'...bt pe nak kesian...bg sy pula pelik kan...kdg2 kesian ngn 'manusia2' yg 'CACAT' mcm tu...sbb xde hati ngn perasaan.

    ReplyDelete
  12. kucing dan anjing adalah haiwan yang paling penyayang dan setia pada tuannya, haiwan n i tak akan menganas atau liar jika ia di beri perhatian dan jangan disakiti mereka. tapi kerajaan kita tidak sedikit pun ada keperhatinan terhadap haiwan2 seperti ini, kerana mereka ni tak boleh beri apa-apa keuntungan... tapi, di Eropah, mereka mempunyai perlindungan, malah mereka memberi layanan seperti manusia. seperti yg nekwan tonton di Yahoo new. pihak penyelamat berusaha sedaya upaya menyelamatkan seekor kucing jalanan yg terperangkap dalam besi paip, dng memotong besi tersebut dengan hati2 tanpa mencederakan kucing itu, setelah selesai, kucing itu dibawa ke pusat perubatan haiwan untuk dirawat, siap dengan tempat tidur tilam dan bedsheet putih bersih dan diberi makan serta ubatan. lihat! betapa mereka menghargai nyawa biarpun ia hanya seekor haiwan jalanan.

    ReplyDelete
  13. PH I SALUTE YOU!!! PLS KEEP UP THE NOBLE WORK.SPOKEN LIKE A TRUE MUSLIM.BLESS YOU!!

    ReplyDelete
  14. jangan sampai orang luar cakap orang Malaysia TAK BERPERIKEMANUSIAAN gara-gara tindakan itu. kerana Nila setitik rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  15. PH....ibu nggak kuat baca semuanya.... nambah luka hati ibu saja.... kenapa manusia didunia ini banyak yang jahat sama binatang?...padahal mereka semuanya beragama...

    ReplyDelete
  16. apa lah guna Tuhan tu ciptakan binatang kalau di buat spti ini? klau aku ada kuasa, aku nak tukar nyawa binatang yang diseksa tu dgn manusia yg takda rasa ksh syg thdp binatang.binatang tu satu anugerah yg harus kta jga.walaupun kwsan aku byk muslim tp tak pnh skali pun mreka anggap binatang yg brnama anjing itu menyusahkan hidup mreka.binatang takda dosa pun kat manusia. mereka hanya mahu perlindungan. aku sdh btl tgk video ni :'(

    ReplyDelete
  17. wahai manusia2 yg zalim ingat lah bahawa suatu hari nanti haiwan yg dibunuh dgn kejam,didera akan menuntut hak NYAWA di hari kiamat nanti.macam mana pula kalau haiwan tu mendera kita pula?menyeksa kita pula?dan kita hanya akan mampu meminta nyawa pula dari mereka. wallahuallam.

    ReplyDelete
  18. PH... tak sampai hati saya nak tgk habis video tu, baru mula2 je dah bergenang airmata, terasa seperti leher saya yg dijerut... tak boleh nak bernafas, rasa mcm sya yg digodok... kenapa lah sampai hati buat saya mcm nie... ape salah saya... (T_T)

    ReplyDelete
  19. sabar atie...sabar...hmm klu ikutkn hati nk jew aq buat bende yg sme kt manusie2 nieh...exactly cmne die wat kt anjing ue...hello men...x dew method lain kew ko boleh buat utk selesaikn mslh anjing liar selain bunuh die smpi mcm 2 skali...haish!please larr harap gahhh ngn bju ko tu kononnye nk jdi rescuer blh blahh larr...cube tengok animal planet nye channel...die siarkn mcm mne anjing yg liar die latih jdi jinak and then adoptkn kt spe yg brminat...haish narrow minded punye org...haiwan 2 x brsalah larr ngokk...haiyaa...

    ReplyDelete
  20. wlaupun org Islam haram utk pegang anjing tp x bermakna kite boleh seksa atau bunuh dia senang2 je... kalo ye pon anjing tu annoying sangat mcm slalu kaco budak2 nak pegi sekolah ke gigit ke, nak dispose anjing tu buat la cara lain mcm bagi suntikan ke watever la... xyah la smpai nak jerut, tembak...

    ReplyDelete
  21. bodoh mnusia dalam video nie....

    ReplyDelete
  22. cian lah haiwan haiwan tue.x terpikir ker r.?

    ReplyDelete
  23. kerajaan mulut je manis, tp haram. lgsg xda inisiatif, ckp je nk bangunkn negara. menteri2 pn kalau ada skdr dgr je. haiwan pn perlukan tmpt perlindungan jugk. cuba bygkn kte kt tmpt haiwan2 tu mcmane rasenye. mereka pn makhluk Allah juga wlpun xda akal fikiran. tlg la haiwan pn ada PERASAAN jugk la. emo plak aku huhu

    ReplyDelete
  24. gambar anjing bawah bas tu kat taman sri pulai tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular