Anak Kucing Dibaling Dari Atas Bangunan

Baru-baru ini, ada seseorang telah meletakkan status di wall Fan Page Kakimotong...Yang pastinya, ianya adalah berita yang mendukacitakan...
Inilah gambar yang telah dimuatnaik ke dalam page Facebook Kakimotong....PH betul-betul kesal kerana perkara sebegini masih lagi terjadi....Anak kucing yang tiada salah dan dosa telah menjadi 'Target Practise' oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan....Apa yang PH selalu fikirkan, apakah perkara sebegini menjadi hiburan bagi sesetengah orang..??? Bagi PH, orang sebegini telah tertutup pintu hatinya kerana tidak ada sekelumit rasa bersyukur...Dengan anak kucing yang lemah pun nak tunjuk kuat...
Kisah mengenai Si Hitam ini telah mendapat kecaman dan kutukan yang hebat di Facebook terhadap si pelakunya...Beginilah bunyi status berkenaan yang dimuatnaik oleh Saudari LadyRin KhaiRin ( nama FB )






alhamdulillah....da ade insan yg begitu perihatin....c kecil dah pon d ambil td...dan akak tu dah hantar die ke vet kat puchong....ape2 pon terima kasih PH...dan terima kasih kepada semua...kerana begitu perihatin tentang keadaan c kecil ni...semoga c kecil ni cepat sembut insyaallah...amin....thanks to all....terutama kepada akak yg telah jauh2 suruh anak die dari cyberjaya ke shah alam semata-mata ingin menolong c kecil....alhamdulillah....hanya Allah S.W.T sahaja yg mampu membalas jasa baik akak tu....



Alhamdulillah, sungguhpun begitu masih ada lagi insan yang penyayang di dunia ini...Seorang rakan Facebook PH telah sanggup pergi meredah jarak yang jauh hanya semata-mata untuk menyelamatkan anak kucing malang ini setelah kisahnya telah dikongsikan dengan meluas sekali di Facebook...Inilah kuasa Facebook...Si Hitam ni telah berjaya dibawa ke klinik haiwan oleh insan yang berhati emas ini...

Sewaktu gambar ini dikirimkan kepada PH, anak kucing ini di dalam keadaan tidak sedarkan diri ( koma )....Matanya tiada tindakbalas terhadap cahaya manakala kaki hadapannya disyaki patah...Air telah dimasukkan ke dalam tubuhnya...


Sehari setengah Si Hitam ni koma dan akhirnya dia telah sedar....Nak menitis air mata PH apabila menerima berita ini....Susuk tubuh kecil ini amat tabah dan kuat...Tetapi matanya masih tidak bertindakbalas dengan cahaya....Mungkin gegaran kepalanya terlalu kuat sehingga menjejaskan saraf otaknya...


Sehari selepas Si Hitam ini sedar, dia sudah boleh bangun dan makan dengan lahap....Terus PH teringat akan pepatah yang biasa didengari iaitu kucing mempunyai sembilan nyawa...Mungkin Si Hitam ini adalah tergolong di dalamnya....Sehingga entri ini ditaip, Si Hitam ini masih di dalam penjagaan rapi oleh doktor haiwan dan keadaannya dilaporkan semakin positif...Sama-samalah kita doakan Si Hitam ni agar dia cepat sembuh dan boleh bermain bersama-sama dengan kakak dan abang angkatnya....


Nota PH :

Haiwan jalanan yang kita bawa pulang sebenarnya membawa rezeki bersamanya....Makin banyak pelaburan yang kita keluarkan untuk mereka, makin luaslah rezeki kita dengan izin Allah SWT juga...Asalkan segalanya dilakukan dengan ikhlas dan jujur, rezeki tu takkan ke mana...Allah telah menyediakan natijah yang baik buat mereka yang melakukan amal kebaikan sesama makhluk...Rezeki akan datang dari setiap sudut hidup kita tanpa kita sedari...PH dah pun merasainya, dan kalian juga tak mustahil akan dapat merasakan bahawa dunia in sebenarnya adalah luas dari yang ada sekarang....


Steady semua...!!!

Comments

  1. alhamdulillah..da 3 bulan berlalu, mst si kecil ni da smkin besar & noty..: )

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular