Selamat Tinggal Istana Jalanan

Negara Malaysia ni memang tidak pernah sunyi dengan cerita-ceriti haiwan-haiwan jalanan yang didera, diseksa dan diabaikan oleh si pemeliharanya....Acapkali perkara ini kita dengari, hati pasti sedih dan sentap...Kalau kita nak bantu, sebagai orang biasa kita hanya mampu lakukan dengan setakat yang termampu sahaja...Alangkah baiknya sekiranya Malaysia mempunyai sebuah badan yang diberi kuasa khas untuk menangani isu-isu sebegini di mana mereka boleh memberi "extra hand" kepada pihak pemerintah dan kepada jabatan-jabatan yang ditugaskan....Alhamdulillah, PH amat berpuas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang di mana rata-rata rakyat Malaysia telah sama-sama bangkit memperdengarkan suara-suara penderitaan haiwan yang tidak difahami oleh manusia....Pihak menteri juga telah sedia maklum akan perkara ini tetapi entah di mana silapnya, RUU lambat di unjurkan ke Parlimen...Mungkin kerana pada masa dahulu perkara-perkara sebegini tidak ramai pihak yang "mensensasikannya"....

Oklah, untuk mengisi entri kali ini, PH nak ceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku di sepanjang Ramadhan 2012 ini...Tentang RUU, biarlah mereka yang mengaku seorang cendekiawan memikirkan langkah untuk merealisasikan suara-suara rakyat yang semakin bergema....

Pada suatu petang, PH telah singgah ke kedai Adik Mirza ( KLIK SINI ) untuk meminta beliau membaiki seluar jeans PH yang labuh...Begitu juga dengan MH yang meminta Adik Mirza memendekkan sedikit di bahagian bawah jubahnya...Setelah urusan selesai, PH terjumpa seekor kucing hitam yang sedang menggigil kelaparan...Nampak macam bunting...

Telah menemui tuan yang baru
Kesian betul kucing ni...Mungkin hanya kerana bunting, dia telah dibuang oleh si pemeliharanya...Dia masih belum pandai mencari makan sendiri...Masa makan tu dia berbunyi-bunyi...Setelah selesai makan, PH dan MH mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah....

Pada hari yang sama, PH pun memandu kereta menuju ke pasar Ramadhan di Semenyih...Sedang PH sibuk mencari 'parking', tiba-tiba MH menjerit di dalam kereta...Rupa-rupanya MH ternampak 2 ekor anak kucing sedang berebut-rebut meratah kuah berlaukkan ayam yang telah tertumpah betul-betul di tengah-tengah jalanraya....Ayam tu cukup-cukup ada 2 ketul...Memang rezeki mereka pada petang itu gamaknya...MH menjerit kerana ada sebuah kereta yang dipandu dengan kelajuan yang sederhana di mana ianya nyaris-nyaris melanggar 2 ekor anak kucing tersebut....
Sebaik sahaja PH memberhentikan kereta, MH bergegas lari keluar untuk menyelamatkan kedua-dua kucing malang ini lalu disumbatnya ke dalam kereta...Sementara itu, PH pun mengeluarkan makanan kucing dari but kereta untuk diberikan kepada mereka....
Telah menemui tuan yang baru
Kesian PH melihat mereka ni...Entah di mana ibu mereka agaknya....Tempat mereka bukannya di sini...Lahap sungguh mereka makan....Setelah semuanya di dalam keadaan stabil, PH meninggalkan mereka buat sementara di dalam kereta untuk menuju ke pasar Ramadhan membeli juadah berbuka puasa....
Seusai sudah urusan di pasar Ramadhan, PH pun kembali ke kereta...Si tecit ni dah kenyang....Terbungkang dia kat tempat duduk belakang...Kucing yang seekor lagi agak penakut...Dia menyorok di bawah kerusi kereta...Setibanya di rumah, PH menempatkan mereka ke dalam sangkar tiga tingkat di luar rumah untuk tujuan kuarantin...PH tidak boleh terus mencampurkan mereka dengan kucing-kucing PH yang sedia ada dikhuatiri jangkitan virus....
Telah menemui tuan yang baru
Pada jam dua pagi, PH pergi ke Restoran Jamek Maju di Semenyih untuk membeli keperluan sahur pula...Semasa leka menunggu pesanan makanan, PH ternampak ada seekor anak kucing bermundar-mandir di dalam restoran tersebut...Anak kucing ini berada di dalam keadaan lapar dan stress...Ramai orang berada di restoran tersebut tetapi tiada siapa yang sudi berkongsi rezeki....Anak kucing ini amat susah untuk ditangkap kerana trauma...PH kembali ke kereta untuk mengambil makanan kucing jenis biskut untuk dibuat umpan...PH dah "set" kan di minda PH bahawa anak kucing ini perlu dibawa pulang walau apa cara sekalipun...
Setelah hampir setengah jam buat muka tak malu di khalayak ramai, PH dapat juga tangkap si comel comot ni...Takut betul dia masa PH pegang badannya...
Telah menemui tuan yang baru iaitu PH sendiri
Dia dalam keadaan stress yang teramat sangat...Cer tengok video ni...Sudahnya, PH pun bawa balik ke rumah....MH senyum ajer tengok muka kucing ni...Unik katanya...
Ingatkan bila bawak balik rumah, semuanya dah selesai...Tapi rupa-rupanya ada lagi halangan...Si tecit ni masuk ke dalam dashboard kereta pula dah...Dia berada kat bahagian belakang radio kereta...Lepas sejam berpeluh-peluh, barulah dapat tangkap kaki dia...Adehhhh...
Pada keesokan harinya, PH jumpa dua ekor lagi anak kucing yang baru dibuang di Restoran Sri Leena ketika ingin berbula puasa....Adehhhh
Tengoklah mata dia...PH akan tersenyum setiap kali melihat gambar si tecit ni....
Masih di rumah PH
Ni seekor lagi..Mungkin abangnya...Mata kanannya ada katarak...Kedua-duanya PH bawa balik...
Masih di rumah PH
Pada jam 2 pagi hari yang sama, PH pun pergi semula ke Restoran Jamek Maju untuk membeli keperluan sahur...Jumpa lagi seekor kucing yang baru dibuang...Kemungkinan besar adik beradik kepada si comot yang masuk ke dalam dashboard tadi....Maka, jalan ceritanya sama seperti di atas...PH malas nak taip dah...Penat....
Telah menemui tuan yang baru
Pada keesokan harinya, PH terjumpa mamat tecit ni kat Pejabat Pos Semenyih....Tergaru sana tergaru sini....Hampir-hampir dipijak oleh orang awam yang keluar masuk...
Sebelum meneruskan tugasan di pejabat pos, PH sumbat ajer dulu ke dalam kereta...Sebaik sahaja tiba di rumah, MH namakannya Si Remi...PH nak bagi nama dia Posto tapi MH tak bagi...Tak sedap katanya....hehehehe
Telah menemui tuan yang baru
Nota PH :
Penat nak tulis dah....Pendek cerita, PH masih mencari adopter untuk kucing-kucing ni...Yang lain semuanya telah mendapat tuan yang baru...PH dan MH menjalankan gerak kerja mencari adopter kucing-kucing ini melalui Personal Message, telefon dan SMS sebaik sahaja kucing-kucing ini dibawa pulang ke rumah....Kalau nak diikutkan, PH tak nak siarkan entri ini nanti dikatakan menunjuk-nunjuk...Tetapi, PH terpaksa siarkan juga di atas sebab-sebab yang tertentu....Malas nak cerita lebih...
Oh ye..PH hampir terlupa...Untuk makluman, PH lakukan semua ini adalah secara berseorangan dan tidak melibatkan mana-mana pertubuhan...Ramai di kalangan rakyat di negara juga telah melakukan perkara yang serupa dengan PH, cuma bezanya PH mempunyai skil penulisan di blog untuk menceritakan semula perkara pahit maung yang biasa dihadapi oleh penyelamat kucing jalanan untuk dikongsikan dengan masyarakat generasi baharu dan lama...
PH juga bukanlah mewakili mana-mana NGO penyelamat haiwan....PH menerima banyak emel, Personal Message dan SMS yang meminta PH adoptkan atau menyelamatkan kucing...Insyaallah PH akan cuba membantu setakat daya dan kudrat yang PH ada sahaja melalui platform blog dan page Kakimotong...
Cubalah yer, ambil tanggungjawab...Insyaallah perkara yang sukar akan menjadi mudah...Apa yang PH siarkan di sini adalah sebagai testimoni buat masyarakat...
Bersatu Melindungi Haiwan
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. TQ PH for doing all this kind things towards them.Saya hargai usaha PH/MH dari jauh.Saya & my parents pun buat benda sama,semua yg ada di rumah ni asalnya dr jalanan,semua kami bela,bagi baik kurap/cacing & kami spay/neuter.Bg saya bkn menunjuk,blog ni umpama on9 diary kan...Jadi bila baca balik kita igt la sejarah kenit2 tu :) TQ again PH/MH,may Allah swt bless u & your family...

    ReplyDelete
  2. Am so glad that you helped and fed those kittens on the road.
    Really wish pet owners be more responsible to neuter their pets to prevent unwanted animals and then dump them.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular