Yang Mana Satu Yang Betul...? Anjing tu 'Baham' Budak ataupun Selamatkan Budak...?


Sejak akhir-akhir ini, banyak berita-berita 'hangat' yang disiarkan di dada akhbar nasional untuk tatapan umum....Apa yang PH amat kesalkan ialah sikap tamak manusia dan sikap pentingkan diri sendiri....Beberapa akhbar telah menyiarkan berita mengenai keganasan susuk tubuh makhluk yang bernama anjing....Sekali baca laporan-laporan yang disiarkan, rasa benci terhadap anjing di kalangan orang-orang Melayu semakin meluap-luap....Semuanya 'prejudge' anjing secara luaran sahaja....Contoh macam kes seorang pelancing asing yang mati dibaham anjing tidak lama dulu....Anjing baka Pitbull ini besar kemungkinan akan dilupuskan....


Persoalannya, kenapa anjing yang menerima bencananya....? Bukankah anjing itu bertindak mengikut apa yang dilatih oleh tuannya...? PH tak pasti apa yang tuan anjing ini latih, tetapi bagi PH perkara seperti ini adalah akibat kecuaian manusia itu sendiri...C.U.A.I dan CULAS....Di negara Malaysia, slogan Mencegah Lebih Baik Dari Merawat amat popular sekali...Tetapi kebanyakkannya bertindak atas maklumat orang awam...Ada repot baru operasi pencegahan berjalan...Dah ada orang mati baru nak terhegeh-hegeh nak ingat kuatkuasakan undang-undang...Perkara ini berlaku sejak PH kecil sehinggalah sekarang...Cakap tak serupa bikin langsung....

Jalan penyelesaian yang paling mudah ialah melupuskan anjing yang didakwa sebagai ganas....Aduhai...betapa ceteknya akal pemikiran penguatkuasa undang-undang sekarang...Masih lagi 'Old Fashion'...

Artikel di bawah pula ini pula adalah berat sebelah....Inilah yang berlaku apabila manusia menjadi tamak mahukan nama dijulang tanpa memikirkan perasaan orang lain...Yang penting, hati puas...Ramai orang membaca akhbar mereka...Di dalam artikel utama di dalam sebuah akhbar tempatan, ia menyiarkan berita mengenai keganasan seekor anjing yang dikatakan membaham seorang budak yang berumur 3 tahun...Bahasa menunjukkan bangsa...Bagi PH, perkataan DIBAHAM ANJING itu mungkin boleh diletakkan tanda koma di atas dan ianya akan kelihatan seperti ini DI'BAHAM' ANJING supaya tiada timbul kekeliruan kerana hanya wartawan liputan yang tahu samada berita ini sahih atau tidak...Kalau setakat mendengar cerita-cerita dari sumber, ianya masih belum sahih sepenuhnya selagi belum menerima laporan autopsi...Tapi sekarang ni bahasa berita dah menjadi macam puaka pulak...Banyak akhbar-akhbar menyiarkan berita yang belum ditentukan kesahihannya...Tajuk-tajuknya banyak yang berat sebelah dan mengelirukan pembaca...Ini akan mengundang persepsi yang negatif orang awam terhadap anjing, lebih-lebih lagi di kalangan ORANG MELAYU....


Inilah artikel yang PH maksudkan... Artikel penuh ini PH ceduk dari sini 

Dibaham AnjingPARAH...kesan gigitan anjing pada badan mangsa.

PARAH...kesan gigitan anjing pada badan mangsa.
LUKA...kaki mangsa cedera teruk selepas diserang anjing.
LUKA...kaki mangsa cedera teruk selepas diserang anjing.
RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.
Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini.
Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.

Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan.


Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali Rosman, 26, berkata sebelum meninggalkan rumah, dia melihat Mohd Raqib bermain dengan anjing miliknya.


dan kerana entri inilah PH terpanggil untuk membuat topik ini...PH ambil dari sini ( KLIK SINI )


Rupanya Kanak-kanak Itu Bukan Dibaham Anjing

Berita kelmarin tentang penemuan mayat seorang kanak-kanak di dalam longkang dipercayai dibaham anjingnya sendiri, rupanya bukan dibaham anjing.
Sebaliknya anjing tersebut dipercayai cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada lemas.
Baca petikan berita dibawah-
———————————————————————————–
Kanak-kanak lelaki tiga tahun yang mati 14 jam selepas ditemui dalam parit dengan muka tersembam dan berlumuran darah dengan kesan cakaran di Kampung Matan, Ranau, bukan mati akibat gigitan atau dibaham anjing.Sebaliknya, polis percaya berdasarkan laporan perubatan Mohd Raqib Mohd Rasili terjatuh ke dalam parit itu cuba diselamatkan anjing bapa saudaranya.
Laporan bedah siasat juga mengesahkan kanak-kanak itu meninggal akibat lemas selepas terjatuh ke dalam parit sedalam setengah meter dalam kejadian jam 7.30 pagi kelmarin. 
Difahamkan, Mohd Raqib yang menghidap asma, mengalami kesukaran bernafas sebaik terperangkap di parit itu, menyebabkan kerosakan di otaknya kerana terputus bekalan oksigen.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Suhaimi Hasim, berkata laporan perubatan dari Hospital Ranau mengesahkan mangsa mati akibat lemas, bukan meninggal kerana digigit anjing.
“Keluarga mangsa belum membuat laporan polis mengenai kejadian itu tetapi kita menerima pengesahan laporan perubatannya. “Berdasarkan kesan dan corak gigitan di tubuhnya, ada kemungkinan mangsa cuba diselamatkan anjing berkenaan selepas terjatuh ke dalam parit, bukan dibaham,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. 
Dalam kejadian itu, Mohd Raqib yang tinggal bersama bapa saudaranya dikatakan bermain dengan anjing itu sambil menuju ke rumah bapanya yang berjarak kira-kira 20 meter.

dan artikel di bawah ini pula lain ceritanya....Lihat tajuk pun PH dah bengang...Mungkin artikel ini boleh diletakkan tajuk : Nasib Bayi Yang Dibuang Tidak Digigit Anjing 

Nasib bayi tak dibaham anjing

LAWAT...Zuliana (kiri) melihat bayi  yang ditinggalkan di  parkir HTJS, semalam.
LAWAT...Zuliana (kiri) melihat bayi yang ditinggalkan di parkir HTJS, semalam.
SEREMBAN: “Nasib baik saya cepat sampai, jika tidak entah apa nasib bayi itu kerana ada anjing berkeliaran di situ,” kata anggota tentera, Nuramsya Adam Hadri, 22, yang menemui seorang bayi perempuan ditinggalkan atas bonet kereta di tempat letak kenderaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), kira-kira jam 8.15 malam kelmarin.
Nuramsya Adam berkata, selepas menunggu seketika dia membawa bayi itu ke pondok keselamatan hospital berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, Nuramsya berkata, dia ke keretanya yang diletakkan berhampiran Pusat Rawatan Dialisis untuk pulang ke rumah selepas melawat isteri dan anak dimasukkan ke hospital kerana demam panas.

“Sebaik tiba berhampiran kereta, saya terdengar tangisan bayi lalu melakukan pemeriksaan sebelum melihat bayi perempuan di atas bonet Perodua Kancil.


“Pada mulanya saya sangka ia ditinggalkan ibunya untuk sementara waktu di situ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.

Menurutnya, dia membawa bayi itu ke pondok pengawal dan dinasihatkan menghantar ke hospital sebelum membuat laporan di pondok polis berhampiran.

Ketua Puteri Umno Bahagian Rembau, Zuliana Mohd Ridzuan turut melawat bayi malang itu di HTJS.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai penemuan bayi berkenaan.

“Ketika ditemui bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu berada dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di HJTS untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Bayi ini ditinggalkan oleh si ibu yang ingin menyembunyikan kelahiran bayinya akibat ketelanjuran ( barangkali )....Impak dari tajuk sebenar di atas ( bertulisan warna merah ), persepsi 'anjing memang baham orang' akan timbul...Dah nampak macam anjing tu jahat sangat...Berita ni sebenarnya nak cerita pasal anjing ganas ke atau pasal bayi yang dibuang...??? Pening PH...Ini amatlah tidak adil untuk anjing ( walaupun mereka hanyalah binatang )....Lain pula persepsi yang timbul apabila tajuk berita ini ditukar kepada 'Nasib Bayi Yang Dibuang Tidak Digigit Anjing' ...Sebenarnya si ibu itu sendiri yang bersalah, bukannya anjing....Jadi, beritanya tidak menjadi berat sebelah....

P/S :
Ke mana hilangnya penguatkuasa dan pengamal bahasa di negara ini...? Lirik-lirik lagu Melayu zaman sekarang pun  dah bercampur-campur bahasa omputih...Surat khabar letak tajuk yang mengelirukan...? PH pernah terbaca satu tajuk akhbar yang pening PH nak fahamkan iaitu "Anak tumbuk ibu suruh solat"...PH ingatkan si anak ni menumbuk ibunya supaya ibunya solat, tetapi bila baca artikel itu, rupa-rupanya keadaan adalah sebaliknya...Rasa menyesal pulak bila membacanya sebab DAH KENA TIPU HIDUP-HIDUP...Nasib baik surat khabar kantin...Jimat duit PH...heheh

Comments

  1. biasalah. surat khabar yang berkenaan tu memang suka bikin gempak dengan tajuk muka depannya yang berat sebelah. kadang2 tajuk berunsurkan seksual dibuat supaya nak menarik pembaca. harap editornya prihatin la sikit. nice entry, :)

    ReplyDelete
  2. benci surat khabar penipu!!!!!

    ReplyDelete
  3. Salam PH. Memang sekarang ni memang media suka menggunakan bahasa yang berlebih2an untuk menekankan isu.. tapi malangnya isu yg ditekankan tak tepat. Kalau baca tajuk je memang gempak.. tp isinya takdelah apa sangat pun.

    Ye.. memang anjing selalu disalahertikan.

    ReplyDelete
  4. betul la...knp la mst layan anjing mcm 2...kesian tol la...

    ReplyDelete
  5. hanjing memag jahat dol..ko xnmpak ngan kepala ko sendri. yg ko nampak hanjing2 baik je.

    ReplyDelete
  6. Anonymous..

    bersyukurlah kerana kau dijadikan sebagai manusia kalau kau tak suka anjing sekalipun...

    ReplyDelete
  7. anjg pon ad persn ,mnusia yg cuai nk slhkn binatg

    ReplyDelete
  8. nak menarik org membaca sekaligus membeli akhbar tersebut di kelirukan dengan tajuk penuh gimik. Anjing cederakan manusia penyelesaiannya bunuh.. tp manusia yg cederakan anjing atau haiwan.. kes selesai dengan hanya minta maaf secara umum mcm kes pengkid yg bunuh anak kucing aritu. Haiwan atau manusia dua2 melibatkan nyawa.. namun dunia yg di kuasi manusia buat haiwan teranianya sedangkan Allah menjadikan bumi utk kita berkongsi dengan hidupan lain. Bukan milik manusia juga haiwan tapi milik Allah
    TERKINI : ARWAH PULANG SELEPAS 3 HARI DI KEBUMIKAN
    TERKINI : KAU TAK LAYAK CAKAP BEST ATAU TAK KALAU KAU BUKAN PAKAR
    TERKINI : KERANA CHEESE CAKE

    ReplyDelete
  9. hahaha.. @anon ngok ngek
    manusia ni baek sgt ke smpi lahir anak luar nikah segala ?

    yup,surat khabar tau nk trik pmbaca je.. nak2 metro ngok tu.. tajuk ye2 ooo je.. hahaha

    ReplyDelete
  10. suratkhabar buat tajuk gempak sampai pembaca boleh keliru. Lagipun sekarang ni tak boleh nak percaya bulat-bulat s/khabar tu.

    ReplyDelete
  11. Laaa...nak lariskan lagi paper tu..dorang wat la citer hot pasal anjing baham budak..padahal..anjing tu nak selamatkan budak tu...what a low morale...aiizz~

    ReplyDelete
  12. sy pong xpaham. anjign makan manusia ke? kan dia menyerang kalau rasa terancam. kan? kan?

    ReplyDelete
  13. salam sahabat...
    terima kasih kerana linkkan entry belalang di sini. belalang sangat2 menghargainya.

    tentang dakwaan anjing yg membunuh kanak2 malang tersebut, hari ni timbul kekeliruan apabila doktor yg membuat bedah siasat tu mendakwa akhbar telah mengelirukan kenyataannya sedangkan dia x pernah pun mendakwa anjing tersebut cuba menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

    Entah yang mana satu betul. hanya mereka yang terdekat dapat menjelaskan samada anjing tersebut mmg pernah berkelakuan ganas sebelum-sebelum ini atau sebaliknya...

    ReplyDelete
  14. kahkahkah...surat khabar arus perdana dimalaysia ni mana boleh percaya, suma pembohong, berat sebelah, nak kaut keuntungan..x pernah ada sense of sensitivity. main hentam je..surat khabar sekarang mana ada nilai...sy dah stop baca surat khabar arus perdana dimalaysia ni..buang masa je..kalo bab menipu nombor satu..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular