Asha Oh Asha....
Bermula dengan foto yang telah diupload oleh salah seorang fan KMFC iaitu Kak Badariah, PH dapat rasakan yang tuan punya kucing ini mempunyai masalah di dalam memelihara kucing...Kucing ini adalah milik jiran Kak Badariah...Cerita pilunya begini, kucing tua ini selalu tidur di atas bumbung ampaian ( mungkin awning ). Dengar cerita, kucing tua ini terjatuh dari tingkat 8 ke bawah. Keadaannya dikatakan amat parah. Tiada luka-luka serius ditemui, tetapi mulut dan hidungnya berdarah...
Klik Sini |
Ramai juga yang bersimpati dengan nasib kucing tua ini setelah fotonya disiarkan ke FB KMFC....Terima kasih kepada anda yang sudi SHARE ke wall masing-masing, menelefon sendiri Kak Badariah dan berusaha untuk menyampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan mereka....Di FB KMFC sendiri ada 66 Share..Tahniah, walaupun anda tidak mampu untuk membantu, tetapi sekurang-kurangnya anda telah menunjukkan komitmen yang sepatutnya sebagai seorang khalifah di muka bumi ini walaupun hanya membantu seekor haiwan yang lemah...
Akan tetapi, hari semakin lewat petang...Sambil sibuk bekerja di site, PH buka FB setiap setengah jam untuk mengikuti perkembangannya...Share hanya tinggal Share, tiada siapa yang masih mampu untuk membantunya...PH menelefon sendiri Kak Badariah bertanyakan tentang keadaan kucing itu...Kak Badariah berkata kucing itu kepunyaan jirannya, dia hanya mengutarakan cerita ini di FB dengan niat ada orang yang membantu...Ketika kejadian, tuan punya kucing ini tiada di rumah....Lantas PH menelefon dan bercakap sendiri dengan tuan punya kucing tua itu...PH memintanya supaya menghantar kucing tua tersebut ke klinik haiwan, tetapi tetapi klinik haiwan telah pun tutup..
Perjalanan dari Putrajaya menuju ke Taman Cheras Hartamas amatlah memenatkan...Turut serta si kembar PH yang demam pada hari itu...
Banyak tempat PH bertanyakan jalan...Empat kali PH sesat...Tapi PH tak patah hati...Mana-mana stesen minyak yang ada, pasti PH berhenti untuk bertanyakan jalan...
Jam 7 petang dari Putrajaya, akhir PH sampai juga di Cheras Hartamas pada jam 9 malam...Kawasan flat ini banyak betul kucing-kucing yang terbuang....
Sangkaan PH amat meleset sekali...PH sangkakan tuan punya kucing itu Melayu, rupa-rupanya berbangsa Singh ( barangkali ) berdasarkan wajah dan namanya...Auntie Gita datang dengan seribu senyuman duka...Turut mengiringi ialah anak perempuannya....Tutur kata mereka begitu lemah lembut...
Apabila mengetahui yang Sylvester a.k.a Asha akan dibawa pergi, Auntie Gita mencium kepala Asha berkali-kali sambil hampir menitis air mata beliau....Sharmila juga kelihatan sugul dan sedih...Menurut Auntie Gita, penduduk di flat ini memang ada memelihara kucing sehingga 10 ekor, tetapi dibuangnya kucing tersebut di bawah flat apabila beranak...Bagi PH, perkara ini seolah-olah sinonim dengan kehidupan penduduk flat...PH akan tulis perkara ini di ruangan "P/S" di bawah...
Di dalam kereta, Asha diam sahaja tidak banyak bergerak...Memang teruk kecederaan yang dialaminya...Badannya panas...
Sesampainya di rumah, PH jadikan katil si kembar sebagai port lepak Asha....Dia langsung tidak mahu menjamah makanan...
Ada kesan kurap dan kesan cakaran pergaduhan...Biasalah, kucing jantan bajet HOT....hehehehe...PH pernah diberitahu oleh seorang pakar vet kalau nak kasikan kucing outdoor, mereka perlu menjadi kucing indoor selepas itu ...Ini adalah kerana mereka sudah tidak segarang dahulu lagi, kerana sifat dan karektor mereka telah bertukar menjadi manja....Kalau garang sekalipun, mereka hanya setakat garang sahaja...Mereka sudah takut nak melawan sebenar-benarnya...Kucing-kucing sebeginilah yang selalu menjadi mangsa belasahan dengan kucing-kucing gangster lain di luar sana....
Pada keesokan harinya PH bercadang nak bawa Si Asha berjumpa dengan Dr Cham...Syukur, pada cuti am pun Dr Cham buka kliniknya...
Si kembar penat sangat-sangat sampai tertidur di kedai makan...Terpaksa bungkus balik makanan, tak jadi makan di kedai....
Nota : PH akan buat sambungan entri bagaimana keadaan Asha ketika dibawa ke vet...
Inilah keadaan Asha selepas keluar dari wad vet Dr Cham...Dia dah sihat sedikit....MH dah lap badannya dengan tisu basah...
P/S :
Bagi PH, kurang kesedaran adalah punca kenapa ramai orang memelihara kucing dengan ala kadar sahaja...Kita ni celik IT, jadi banyak input boleh didapati dari FB dan blog...Tetapi bagi orang-orang yang sebegini, mereka perlu didekati dan diajar oleh orang yang celik seperti kita...Bantu mereka...Mereka perlu dibantu dengan cara 'Offline'...Barangkali, ada di antara kita yang celik IT akan berkata "Kalau tak mampu, buat apa nak bela kucing...?"...Bagi PH, ini adalah kenyataan yang tidak adil, tetapi tak tahulah pendapat orang lain macamana...Mereka juga berhak untuk menyayangi kucing...Mungkin terdahulu mereka memelihara hanya seekor kucing, tetapi oleh kerana tiada kesedaran mengenai betapa pentingnya pengkasian haiwan, maka kucing yang dipelihara menjadi bertambah dan beranak pinak....Lagi satu, tiada individu atau persatuan yang menyampaikan risalah-risalah kesedaran terhadap pemelihara kucing di kawasan flat...Mereka juga sebenarnya berhak memelihara kucing, cuma mereka kurang pendidikan dan pendedahan mengenai tempat-tempat yang boleh membantu mereka...Insyaallah PH akan mengaturkan program perdana bersama penduduk di kawasan flat untuk membangkitklan kesedaran bahawa ada pihak yang boleh membantu di belakang mereka....Mereka barangkali tidak celik IT seperti kita...Orang-orang sebegini perlu didekati oleh orang-orang yang celik IT seperti kita...Kalau nak membuang kucing, kita sebenarnya ada tempat yang boleh menerima kucing-kucing yang terbuang...Untuk mengawal populasi kucing-kucing yang terbuang, pendekatan tertentu akan diberitahu kepada mereka apabila program ini berjalan nanti....PH sendiri akan cuba aturkan bersama PPKSKL ( Persatuan Perlindungan Kucing Selangor & Kuala Lumpur ) dan Jabatan Veterinar Selangor ataupun DBKL...Doakan...
PH harapkan selepas ini kalau ada rakan-rakan FB kita yang pos makluman ada kucing cedera atau sebagainya, bagilah cadangan yang membantu...Salah seorang rakan FB PH pernah mengiklankan kucingnya akhirnya beliau amat kecewa dengan komen-komen "Kesian, Kesian,Kesian" tanpa ada cadangan yang bernas ataupun bantuan yang dihulurkan....Akhirnya beliau pm inbox PH dan meminta PH remove semula gambar itu...Dia kecil hati dan akhirnya mencari usahanya sendiri....
Sama juga mcm neighbour saya. Hidup diorang pun susah tapi hati baik sangat. Kadang2 yang jadi sekatan adalah wang ringgit. Tapi kemuliaan hati diorang lebih baik dari orang yang berwang tapi tiada perasaan mengasihi.
ReplyDelete