Kalau Tak Pandai Tangani Stress, Sesiapa Pun Boleh Menjadi Pendera Haiwan

Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera...Sebenarnya dari dulu lagi PH nak tulis tentang topik ni, tapi entah kenapa baru hari ni nak tulis tehehehehe....Stress adalah perkara normal bagi rutin seharian manusia..Sekiranya seseorang itu bijak menangani stress, maka ianya akan membentuk peribadi dan prestasi yang positif...Jika seseorang itu menjadikan stress sebagai proksi untuk meningkatkan kualiti kerja dan taraf hidup, maka ianya akan menjadi sesuatu yang menyeronokkan...Tetapi jika seseorang itu tidak tahu cara-cara untuk menanganinya, ia boleh mendatangkan kemudaratan, baik kepada diri sendiri mahupun kepada masyarakat....Bila seseorang itu gagal menangani stress, mereka akan melakukan perkara-perkara di luar dugaan dan lari dari nilai-nilai norma manusia....Ada yang bertindak luar dari batasan seperti membunuh diri, membunuh orang lain bahkan membunuh haiwan kesayangan sendiri.....Bagi PH, sesiapa juga berpotensi untuk menjadi pendera haiwan samada secara langsung atau tidak.....Inilah topik yang agak berat untuk PH tulis kali ini...Teruskan membaca yer...heheheh...Kalau rasa-rasa baik untuk di'SHARE' di Facebook, lakukan sahaja....Tak salah pun...



Stress ni banyak puncanya...Di antaranya ialah masalah kewangan, tekanan kerja, dimarahi oleh majikan dan banyak lagi....Tengok ajer lah gambar kat bawah ni....PH dapat di tempat kerja PH....Perkara-perkara sebegini berlaku di dalam hidup kita hampir setiap hari...Syukurlah setakat ini PH rasa sesiapa yang sedang membaca entri ini pastinya seorang yang bijak menangani stress....Cuma satu jer yang gambar kat bawah ni terlupa nak bubuh, iaitu Bela Kucing Banyak-Banyak...Kan? Kan? Ramai dikalangan kita merungut setelah kucing kita semakin membiak dengan pesatnya....Bila kucing dah banyak, berak pula bersepah-sepah....Bila berak bersepah-sepah, letih pula nak cuci....Bila dah letih nak cuci, muka pula ketat dengan isteri / suami...Bila muka dah ketat, masing-masing tidur seorang menghadap ke utara, seorang menghadap ke selatan...Orang yang belum kahwin tidak akan memahaminya, tetapi mereka masih boleh membayangkannya...Membayangkan dan mengalami adalah dua perkara yang berbeza....Sebab itulah mudah mulut untuk berkata-kata, tetapi tidak semudah untuk menyelesaikannya...



Sebagai pasangan suami isteri, PH dan MH juga tidak terlepas dari mengalami situasi ini...Masing-masing penat, masing-masing nak relax...Tapi macamana nak relax kalau rumah berbau kan...? PH dan MH juga pernah bertengkar hanya kerana rumah berbau, walhal kami berdua amat sayangkan kucing....tahu tak kenapa...? Sebenarnya, pertengkaran itu berlaku disebabkan perkara lain, iaitu STRESS.....Mana tak stress, perjalanan ke rumah dahlah asyik jem kat tol. lepas tu dah kena bayar tol, kat highway pun jem juga....Aduhai....Si kembar pula asyik merengek-rengek kat belakang sebab lapar dan boring....Sebab tu PH cakap, orang yang dah kahwin dan mempunyai anak yang memahami situasi ini....Maka, tidak hairanlah ada orang yang membuang kucing bagi mengelakkan rumahtangga menjadi haru biru sebab hari-hari gaduh...Orang-orang sebegini tidak pandai menangani stress....Kucing-kucing itu tidak bersalah pun, kan? Ada yang lebih teruk lagi apabila ada yang mula mendera kucing-kucing kesayangan sendiri...Mereka menjadi mangsa pelepas nafsu amarah akibat stress yang tidak dapat dibendung lagi....



Apabila manusia yang stress tidak mempunyai pedoman agama yang teguh, motivasi diri yang rapuh, maka berlakulah perkara-perkara yang di luar batasan....Orang-orang sebegini selalu menyalahkan orang lain....Usahkan kata bayi kucing dibuang, bayi sendiri pun dibuang ke dalam tong sampah....Sebagai orang yang waras dan bijak, kita hendaklah sentiasa mengambil berat tentang kawan-kawan di sekeliling kita...jangan menjadi kiasu dan mementingkan diri sendiri....Kalau tengok kawan kita tu murung jer, cubalah menjadi pendengar yang setia.....Kalau tengok kawan-kawan kita tu stress jer, ajaklah kawan tu tengok Gambar Penghilang Stress kat KAKIMOTONG FAN CLUB...hehehehe...Sebenarnya, itu adalah salah satu cara PH untuk mengurangkan tekanan kalian semua....



Sebenarnya, stress adalah salah satu jalan untuk kita memperbaiki kualiti hidup kita...PH juga mengalami stress, lebih-lebih lagi bila nama Papa Hero dah kena Banned dengan Facebook sebab ada orang report Papa Hero tu Fake Person dan Fake Name....Tetapi, nasib baiklah ramai rakan-rakan di Facebook memberi sokongan moral yang tidak berbelah bagi.....Maka, PH bertindak lebih jauh lagi iaitu membuka page KAKIMOTONG FAN CLUB di Twitter ( KLIK SINI )...Sebab tu PH cakap, stress ini baik sekiranya kita dapat menanganinya dengan baik...Kalau orang dengki kat kita, relax jer kay...Jangan stress...Kalau setakat cakap belakang-belakang tu apa barang, kan...? Kalau berani cakaplah depan-depan...Itulah salah satu cara untuk kita meningkatkan motivasi diri apabila kita teraniaya....Anggaplah orang yang dengki kat kita tu kurang cerdik dan tak pernah pergi sekolah....Itulah yang selalu dipesan oleh rakan-rakan Facebook PH....

Setiap kali solat fardhu dan solat Jumaat, PH pasti akan berdoa agar dihindarkan perkara-perkara yang tak elok...Dengan tak semena-mena, stress pun hilang....Walaupun stress hilang, itu tidak bermakna masalah itu akan selesai...Bila stress hilang, gunakanlah masa itu untuk memastikan masalah kita selesai dengan cara yang EXCELLENT....


Jangan asyik bekerja sahaja untuk mengkayakan orang lain....Sekali-sekala, bawalah pasangan atau kucing-kucing kita bersantai-santai atau berkelah....Kalau orang tak pernah bawak kucing pergi pantai, kita bawak kucing kita pergi pantai pastu update kat blog...Perghhh...!!!!!! Mesti ramai kawan-kawan kita suka...Jadi, dengan tak semena-mena kita memperolehi penghargaan yang tinggi dari kawan-kawan kita...Kalau masih ada orang nak dengki juga, anggaplah mereka tu kurang cerdik dan tak sekolah....Level pemikiran kita amat jauh berbeza dengan mereka....


Ramai orang tak perasan.....Memberi kucing jalanan makan juga boleh menghilangkan stress....Ramai orang tak percaya sebab mereka tak pernah cuba.....Cer cuba...Cer cuba....Anda akan tersenyum sorang-sorang nanti....



Nota PH :
PH tak nafikan membela kucing yang banyak memang boleh mendatangkan stress...Kuncinya ialah SABAR....Bila tengok kucing kita sihat walafiat dan banyak macam ni agak-agak stress lagi tak....? hehehehe


Comments

  1. penghilang stress...penat2 keje ngan jam,blk umah 'buli' kucing.hilang stress.buli tu bkn seksa kucing, main2 dgn dia...hehee

    ReplyDelete
  2. Jangan jadikan alasan anda utk hilangkan stress dengan mendera binatang ternakan..
    Sayangilah mereka dan turuti sunnah nabi SAW yang menyayangi kucing dan binatang2 ternakan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular