Lagi Cerita Asha Oh Asha....

Setelah membuat temujanji, akhirnya berjaya juga PH bawa Si Asha ni ke meja vet...Bila teringatkan hari semalam, memang penat sangat tapi berbaloi....Mungkin itulah cabaran yang perlu diharungi...Mungkin ada yang berpendapat kenapa susah-susah nak selamatkan seekor kucing, kan kucing jer kan...? Hmmm...Itulah keistimewaan seorang pencinta haiwan...Mereka tak ada apa yang kita semua ada, sebab tu mereka tak faham....Ada juga yang faham tapi sengaja buat-buat tak faham...hehehe...Segala-galanya bermula di sini 

Maka, Dr Cham pun mula menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor veterinar yang berpengalaman...Diperiksanya setiap inci tubuh Si Asha ni...

"Bladernya ok, tak pecah...Kakinya ok, boleh bergerak...Sendi kaki depannya mungkin ada cedera tapi tak teruk...Tapi taring atas dia patah...Ni mesti terhempas kepala dulu ni..." teori Dr Cham lepas memeriksa keadaan Asha....Badan Asha panas...


Taring atasnya patah mungkin akibat hempasan kepala dulu....Si Asha ni tompoknya macam kucing betina....




Beginilah suasananya ketika Dr Cham memeriksa keadaan Asha...



Gigi taringnya patah setengah...Menurut Dr Cham, gigi kucing dewasa yang patah takkan boleh tumbuh lagi...Lepas ni Si Asha kena berhati-hati, taringnya telah hilang..Ini amat berbahaya sekiranya dia berada di luar kawasan rumah...Salah satu senjatanya telah hilang...Ketika ini, Dr Cham telah memeriksa suhu badan Asha..Panas...! Suhunya mencecah 41 darjah Celcius, sama panas dengan arwah Si Boboy ketika mula-mula dibawa ke vet....



Asha menerima beberapa suntikan seperti antibiotik dan kurap...Kesian betul melihatkan keadaannya...



Walaupun tua dan sedang sakit, kucing jantan bajet HOT ni tetap mahu makan...Sykurlah...Bagi PH, kucing sakit kalau nak makan itu tandanya yang dia akan OK ( Insyaallah )....



Akhirnya, Asha ditempatkan ke dalam wad sementara Dr Cham untuk pemantauan rapi...


Pada keesokan harinya ( pagi tadi ), PH dan MH sama-sama pergi mengambil Asha...Tiada apa-apa yang serius kecuali ada sedikit surgeri telah dilakukan terhadap Asha...Pipi kanan Asha ada bisul yang besar tetapi telah dipecahkan....Dr Cham telah mencuci luka tersebut....


Masa bukak sangkar tu, Si Asha ni tengah tidur mamai...Kesian dia...Badan dia besar betul....Lagi besar dari arwah Boboy....Si Asha kucing jantan 3 warna...


Sekarang ni Asha sedang beristirehat di rumah PH...Dia suka merehatkan diri di tangga...Sejuk barangkali....Waktu gambar ini diambil, MH dah lapkan badannya dengan tisu basah....Ubat pun dah MH beri....Syukurlah, tiada apa yang serius berlaku....Doakan jer lah agar Asha ni lekas sembuh....


Dalam pada itu, ada terdapat kisah pilu si comel yang berlaku di dalam klinik Dr Cham pada pagi tadi....Ada seekor kucing telah dihantar oleh tuannya ke Dr Cham untuk dirawat...Kucing ini telah hilang seminggu dari rumah dan setelah puas mencari, akhirnya tuan punya kucing ini terjumpa si comel ini di dalam semak....Kaki hadapannya terkulai hampir putus dan berulat...Baunya usah dicakap, memang busuk ya amat...


Menurut Dr Cham, kaki si comel ini berkemungkinan besar akan terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya....Kucing ini bergerak kesakitan setiap kali ulat berengga keluar masuk dari lukanya...PH tahu keadaannya pasti perit dan pedih...Nasib baiklah si comel ini ditemui semula oleh tuannya...Jika tidak, si comel ini pasti mati di dalam keadaan yang cukup daif dan menderita.....Kepada tuan punya kucing ini, syabas PH ucapkan kerana pencarian kucing yang hilang selama seminggu akhirnya membuahkan hasil....Sabar betul ownernya...Menurut Dr Cham, biasanya kes-kes sebegini disebabkan oleh pergaduhan...Si comel ini mungkin kalah di dalam pergaduhan itu....Kelihatan dengan jelas 'terowong-terowong' ulat berengga yang bermastautin di dalam daging busuk si comel ini...


Kalau Hero pandai bercakap, dia pasti berbangga kalau kita semua dapat membantu dan menyayangi kawan-kawannya di luar sana yang kurang bernasib baik...Siapa lagi yang nak bantu mereka kalau bukan khalifah seperti kita semua...? Bersyukurlah kerana kita semua dijadikan sebagai seorang manusia...Hentikanlah penderaan terhadap haiwan....Bantulah mereka walaupun mereka seekor haiwan yang tidak berakal....


P/S :
Apabila Si Asha ni sembuh nanti, PH akan pulangkan semula kepada Auntie Gita ( KLIK SINI )....Ada sesuatu PH nak cakap dengan dia....
Enhanced by Zemanta

Comments

  1. kucing yang kaki dye berulat tu, kene potong rasenye..mungkin terpakse jadi macam hero :(

    ReplyDelete
  2. syabas papa hero..harap niat murni ph akan berterusan sampai bila2..

    ReplyDelete
  3. Rupa asha nk sama dgn kucing sy. Tompok2 coklat mcm lembu. Hehe. Agaknya baka kucing mcm ni mmg besar kot. Sbb kucing sy yg terbesar kt area perumahan ni. Dah la tu, taiko besar plak tu. Kalo kucing jntn lain nmpk grenti cabut lari sbb takut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular