Mereka Di Halaman Rindu Kita

Seperti biasa, PH pergi makan malam di tempat biasa...Masa tu baru pukul 6.45 petang, memang waktu yang sesuai untuk makan malam...Bila makan di tempat biasa, PH mesti jumpa kucing yang sama...Alhamdulillah mereka sihat dan gemuk....Si Chubby yang berbulu separa panjang pun ada...Si Ibu yang warna kelabu tu pada asalnya berkurap, tapi PH tengok kurapnya dah hilang....Mungkin disebabkan minyak gamat yang PH pernah lumurkan kat kepalanya dulu...
...Si Chubby ni tubuhnya besar dan debab...Tapi dia takut dengan orang...Bila diumpan makanan, barulah nak datang...Tapi bila PH nak pegang dia lari jauh-jauh...Mungkin sebab kecewa dengan sikap-sikap manusia agaknya...Kucing pun ada perasaan "frust" menonggeng tau...Tapi tak la teruk macam manusia ( agaknya laa hehehe )..PH memang bawak kibbles kalau pergi makan di restoran...Letak jer kat bawah meja, nanti ade la makhluk empat kaki yang datang...

Si Ibu kelabu dan Si Ibu belang
 Kucing memang mempunyai deria bau yang hebat....Entah dari mana muncul Si Chubby ni potong line...Kesian Si Ibu kelabu...Mengalah jer dia....Sabar betul...Kalau manusia dah lama bertumbuk dah ni....Kucing pun mempunyai sikap timbang rasa...Mereka semua adalah guru kepada kehidupan kita...


Pening PH tengok Si Chubby ni...Kejap kat lantai bawah, kejap kat lantai atas...Patutlaaa, rupa-rupanya ada kucing yang sewarna dengannya....Entah apa nama PH nak bagi pun tak tahulah...Si Ibu belang ni memang dah kenal PH...Kat mana PH duduk, kat situlah dia ada....


Lahap betul dia makan kibbles tu...Mereka ni tak kisah pun, makanan yang manusia luahkan semula pun dia makan....Ada orang berpendapat, memanglah dia makan sebab dia haiwan....Memang ada betulnya, tetapi pernah kita cuba bayangkan kita dalam keadaan sepertinya...? Bukan ke rasa nak termuntah balik...?? Sebab apa kita muntah balik...? Sebabnya kita mempunyai akal untuk berfikir, sedangkan mereka hanya mempunyai nafsu...Apa yang difikirkan, itulah yang dilakukan oleh mereka tanpa mengira batas....Jadi, apa sahaja pendapat kepada haiwan sebegini usah diutarakan sewenang-wenangnya...Berfikirlah menggunakan mata hati yang paling dalam....


Mereka makan ikut giliran..takde pun nak berebut....Sabar tu separuh dari iman....Banyak kelakuan baik haiwan yang boleh kita contohi....



PH pernah buat video Si Ibu kelabu satu ketika dulu..saksikan...




Ramai orang melihat kucing menyelongkar sampah dan memakan sampah itu adalah perkara biasa....Ianya menjadi biasa sebab kita yang biasakan....Di kawasan-kawasaan flat, mereka sudah tiada tempat untuk dijadikan lubuk rezeki melainkan di rumah-rumah sampah ataupun ihsan dari manusia itu sendiri...


Kasihan ibu kucing ni...Dia selongkar dan memakan sampah untuk anak-anaknya..Ada terasa ingin mengambilnya pulang, tetapi bagaimana pula dengan anak-anaknya nanti...? Puas PH mencari di bawah blok flat itu tetapi PH tak menjumpai apa-apa...


Jadi, PH buatlah apa yang termampu....Cukuplah untuk kekenyangan hari ini...Kadangkala, kita tak boleh nak halang perjalanan hidup yang mereka pilih sendiri...Selalu juga berlaku apabila ada orang membawa kucing yang terbuang ini pulang tetapi dia melarikan diri selepas itu....Sekiranya berlaku kepada kita, doakan sahaja keselamatan mereka....Sekurang-kurangnya, mereka telah berada di dalam persekitaran yang baru dan bebas dari sebarang risiko yang amat membahayakan....


Selamat tinggal si ibu kucing...Diharapkan agar kita dapat bertemu lagi...jagalah anakmu sebaik-baiknya....Kalau papa terjumpa anak-anak kamu bila mereka dewasa nanti, Insyaallah papa akan bantu mereka untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik...Sekiranya panjang umur kamu, kamu juga akan papa bantu...Doakan....


P/S :
Kucing cantik pun dibuang, inikan pula kucing yang tak cantik...Memang fitrah akan memancut sana-sini bila tiba waktunya...Sebagai tuan kucing yang bertanggungjawab, carilah jalan penyelesaian yang bijak.... 



Comments

  1. kt tempat sy tggl dulu ada 3 4 ekor kucing bulu tebal.. x tau sapa buang. tp skrg dh xde.mgkin ada yg ambil. dulu kt sini ada 1 kedai runcit jual brg2 basah.. happy sy tgk bila kucing tu blh lak pilih2 ikan yg ada nk makan kt kedai tu. owner kedai tu pn x kisah. tp sygnya kedai tu dh tutup..

    ReplyDelete
  2. gamabr last tuh sebijik macam mieko rina...ekor panjang + bulu panjang..apalah nk jadi skang ni kan? tak suke je, buang..isk..isk

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular