HERO 2011

Syukur Alhamdulillah ke atas hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk mencoretkan  nukilan-nukilan seterusnya...Ini adalah entri yang pertama menghiasi tirai tahun 2012...Banyak rancangan besar yang PH cuba usahakan untuk direalisasikan pada tahun ini...Semakin hari kita semakin tua dan menuju kematian....Tiada siapa pun di dunia boleh menafikannya...Justeru itu, PH berazam untuk tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang terdahulu...Sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan, PH sentiasa berpegang teguh kepada prinsip...Bukan setakat berpegang, tetapi mengamalkannya juga...PH tidak pernah menyangka bahawa PH akan menjadi seorang penulis blog...PH juga tidak menyangka bahawa banyak penghargaan yang PH terima setiap hari...Barulah PH tahu kemanisan kehidupan dan bagaimana perasaannya sekiranya kesejahteraan kita sekeluarga didoakan setiap hari oleh orang yang kita tidak kenali....Barulah PH tahu apa itu publisiti....Sesungguhnya, publisiti itu sendiri adalah bentuk rezeki ghaib yang dicipta oleh Allah SWT...Tanpanya, tiada orang yang akan menjadi pemimpin di dunia ini....Tanpa adanya publisiti, setiap apa yang kita lakukan sukar untuk menjadi  ikutan...Tiada pemimpin yang akan berjaya di dunia ini...

Pada entri kali ini, PH amat bersyukur kerana sekali lagi nama PH telah terpapar di dalam dada akhbar...Cerita yang terdahulu di sini ( KLIK SINI )....Sekali lagi nama PH tercatat di dalam arkib sejarah Utusan Malaysia tanpa PH sedari ( KLIK SINI )...Salah seorang rakan FB PH memberitahu yang nama PH dan Hero sekali lagi dicetak di akhbar Utusan Malaysia pada 1 Januari 2012....Inilah penghargaan yang paling besar buat PH...Selama 6 tahun PH menyepi dengan membuat hal sendiri dengan Hero sehinggalah wujudnya blog KAKIMOTONG....Dengan adanya platform yang canggih ini, PH menulis dengan penuh teliti dan berani untuk menyampaikan ideologi PH yang tersendiri...Tetapi, PH tetap akur...Tak semua orang dapat menerimanya...Tanpa adanya halangan, maka tiadalah kejayaan....


Anda semua juga boleh mencapai apa yang PH telah capai...Yang penting ialah SABAR dan selalu meminta kepadaNya...Kalau kita tak minta, macamana Allah nak bagi, betul tak...??? Buat jer, yang penting kita ni ikhlas...Kalau orang hentam kita dan mempertikaikan keikhlasan kita, itu maknanya mereka tidak mempercayai Qada dan Qadar, yakni tidak mempercayai salah satu dari rukun iman...Kalau kita buat 1000 kebaikan, ramai orang buat-buat tak  nampak...tetapi cubalah kalau kita terbuat satu kesilapan, maka 10,000 orang akan mahu melihat kita jatuh menjunam....Kalau kita berpegang kepada Qada dan Qadar, apelah sangat dengan 10,000 orang yang suka tengok kita jatuh tu....Tahu tak kenapa PH cakap macam tu...??? Sebabnya ialah 10,000 manusia akan sentiasa ingin melihat kita jatuh, tetapi hanya DUA ORANG sahaja yang ingin melihat kita berjaya....Siapakah DUA ORANG itu.....???? Mereka ialah ibu dan bapa kita....Kalau kita tak perjuangkan hidup ini untuk diri atau ibubapa kita, maka perjuangkanlah ia untuk zuriat dan waris keturunan kita....Doakan...

P/S :
Sama-samalah kita menempuh tahun 2012 dengan penuh kesyukuran dan penuh percaya...Percaya kepada apa tu....? Percayalah bahawa tahun ini adalah tahun untuk kita mencapai apa yang kita inginkan....Kita lakukannya bersama-sama....Mulakan impian yang kecil dulu, kemudian barulah impian yang besar....Untuk memenangi perang besar, kita kena memenangi perang kecil dulu...PH dapat idea membuat ayat ini selepas membaca kisah Perang Badar, perang di antara Kaum Muhajirin / Ansar dengan Kaum Quraisy...Kaum Quraisy kalah di dalam peperangan kerana sombong dan hasad dengki terhadap kejayaan Rasulullah di dalam menyatupadukan kaum-kaum di Madinah waima orang Yahudi pun turut menyukai Baginda....Sama-samalah kita mengambil iktibar dari kisah-kisah terdahulu, kay....????
Steady 2012...!!!!! Go For It....!!!! Go For Your Dreams...!!!! Go For Your Life....!!!!
Berfikirlah secara positif sebaik sahaja anda membaca entri ini...SMILE.... :)
Jom kita sama-sama menjadi HERO SEJATI...

Comments

  1. Apa yg dtg dr niat yg baik Insyaallah ganjaran yg di terima juga baik.. yg x baik datang cuma dugaan utk menguji kita.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular