Masih Ada Yang Sayang Kamu....
FROM ZERO TO HERO
Bermula dengan posting ini di Facebook :
~ Salam sejahtera semua, pls help this poor babies. They are feshly newborn..umbilical cord still attached, eyes and ears nit opened yer ( anyone help me take care of them?? Pls contact Kazz Huang...Thank you~
Apa yang PH 'observed' dari gambar di bawah ini ialah kes pembuangan kucing secara sengaja...Tak mungkin si ibu kucing akan mengangkut si malang ini ke tempat yang terbuka macam ni...Menurut Miss Karen ( Kazz Huang ), bayi kucing ini ditinggalkan di kawasan perumahan beliau selama empat jam....Oleh kerana simpati yang teramat sangat, Miss Karen 'foster'kannya buat sementara dan mengambil langkah yang tepat iaitu mengiklankannya di Facebook....PH di'tagged' oleh beliau dan seterusnya PH menguar-uarkannya ke dalam KAKIMOTONG FAN CLUB....Terima kasih kepada anda yang tumpang simpati dan terima kasih juga kepada mereka yang ingin membantu....
Jam 6.30 petang dari Putrajaya, PH tiba di Bangunan MAKSAK Jalan Cheras pada jam 7.45 petang...PH dan Miss Karen bersetuju untuk berjumpa di setengah jalan memandangkan keadaan jalanraya yang amat sesak...Maklumlah, waktu orang pulang dari kerja....
Ada dua ekor bayi kucing yang malang....Yang pasti, tidak nampak kelibat ibunya langsung...Diam jer mereka ni....Miss Karen telah pun memberi mereka minum susu....Bagi PH, dalam keadaan kecemasan sebegini tak kisahlah nak beri susu apa...Asalkan mereka boleh minum dan tidur itu sudah bagus....Bila keadaan dah stabil, barulah kita boleh merencanakan langkah yang seterusnya....Tapi janganlah beri mereka susu yang bukan-bukan pula yer...
Selepas selesai sahaja berurusan dengan Miss Karen, PH terus bergegas ke Kajang untuk temujanji dengan Pn Zetty Syazana...
Sementara menunggu Pn Zetty, sempat juga PH dan famili pergi makan di restoran KFC di sebelah Plaza Metro Kajang...Bulat jer mata derang bila dapat ayam...Itulah yang membahagiakan PH bila dapat memenuhi keinginan seorang anak....Walaupun ianya mungkin kecil bagi kita, tetapi percayalah bagi mereka ianya adalah satu pemberian yang amat besar....
Beliau ada seekor ibu kucing yang ada banyak susu....Turut mengiringi beliau ialah suaminya, Encik Saiful...Kelihatan Encik Saiful sedang mendukung Si Abang....
Pn Zetty tersenyum sahaja di sepanjang perbualan kami pada malam itu....Semoga Allah akan memperluaskan lagi rezeki Pn Zetty....
Si Abang ni debab dan gemuk...mata bersinar dan segala sifat sempurna kucing semuanya ada pada dia....Sempat juga PH timang-timang Si Abang kat tepi jalan tu...Orang ramai tengok jer, tapi PH tak kisah pun....hehehehe
Ini pula foto yang baru PH terima pagi tadi....Bayi kucing malang tadi telah mendapat ibu tumpang....PH senyum tak berhenti-henti melihat gambar ini...Yalah, ramai orang tak faham bagaimana perasaan membantu haiwan...Sepanjang usaha PH dan rakan-rakan FB menyelamatkan kucing, tak kurang juga ada yang mencemuh dan menyindir....Lebih baik selamatkan bayi manusia dan bantu orang miskin dari selamatkan anak-anak kucing...hmmm ada juga yang cuba memandang rendah tentang usaha rakan-rakan PH ni...PH malas nak berdebat pasal ni...Pergilah tanya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal atau Lembaga Zakat....Sebenarnya orang miskin ada tempat nak bergantung ( KLIK SINI ) tapi masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki....
Syukurlah, bayi kucing ini telah berada di tempat yang sepatutnya....
Pada hari ini pula, PH diberitahu oleh Miss Karen bahawa ada 3 ekor lagi bayi kucing telah dibuang di kawasan tempat tinggalnya...Kemungkinan besar, bayi-bayi kucing comel ini adalah adik-beradik kepada dua ekor bayi kucing yang PH ambil dari Miss Karen sebelum ini....Hmmmm, tak tahulah PH nak cakap apa....Dengar cerita tuan punya kucing ini hanya mengambil ibunya sahaja manakala anak-anak kucing itu dibuang ke tepi jalan....Kasihan bila mengenangkan nasib mereka....Tetapi Alhamdulillah, dengan platform KAKIMOTONG FAN CLUB PH telah berjaya mendapatkan orang yang sanggup memelihara bayi kucing malang ini....Beliau adalah Kak Sarah ( Pulsar Cats Homestay ) yang terdahulu telah adopt Si Kenit dari PH ( KLIK SINI )
Syukurlah, masih ada lagi insan di dunia ini yang masih ingin mengambil tanggungjawab terhadap si comel...Inilah yang PH harapkan supaya dapat menjadi ikutan mereka yang lain....Mereka berdua mengaturkan pertemuan di Batu Caves pada hari ini...
Bila PH sampai ke rumah dalam pukul 10 malam, rasa penat memandu dan penat bekerja terus hilang...Apa tidaknya, bila melihat keletah 'anak-anak comel' PH ni, terus tersenyum...Hanya inilah yang PH mampu lakukan untuk mereka...Terima kasih kepada MH kerana selalu membantu PH 'bersilat'....hehehehe....
Pagi tadi juga, rumah PH didatangi oleh seekor anjing yang muncul entah dari mana...Bila dipanggil dia datang...Ni mesti kes anjing terlepas kandang...Bila diberi Royal Canin ( itu jer yang PH ada ketika itu ), dia megeluarkan bunyi wisel yang amat meruntun hati PH...Manja betul bunyinya...Ekornya bergoyang-goyang sebagai tanda menerima salam perkenalan dari PH...Ni mesti Si Bear yang bagitahu dia pasal PH....hehehehe
P/S :
Kepada anda yang rasa-rasa ada kucing yang ingin dikurangkan dari rumah, PH harap semoga anda dapat bertahan dulu yer....Ambil gambar mereka dan upload ke dalam KAKIMOTONG FAN CLUB...Insyaallah PH akan cuba berusaha mencari 'adopter' untuk mereka menerusi Online....Lagi satu, masa upload gambar tu, nyatakan sekali namanya, jantina, umur dan lokasi....Semoga program FROM ZERO TO HERO yang tak seberapa ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar baru kepada mereka....PH tidak akan berjaya tanpa ada anda semua...
Dah banyak testimoni yang PH telah cuba tunjuk di dalam page atau di blog ini dengan harapan kita sama-sama dapat bersatu hati membantu mereka dan membangkitkan kesedaran....Kalau tak mahu bela kucing banyak-banyak, buatlah apa yang sepatutnya dibuat....Ambillah tanggungjawab sebaik mungkin....SABAR adalah kunci segala-galanya....Dalam blog ini, PH memang tak cerita PH membantu orang susah...Itu biarlah menjadi rahsia PH...Kalau ada pun, cuma kisah Pak Ali dan Pak Shafiq sebagai renungan kita bersama....Bagi mereka yang baru terjumpa blog ini, himpunan cerita-cerita kemanusiaan, ketuhanan, motivasi, kehaiwanan dan kisah hidup peribadi PH semuanya ada di dalam blog ini...
Itulah KAKIMOTONG DOT COM
Rumah yang Pak Ali dan Pak Shafiq menumpang teduh tu dah kena jual...Tak tahulah di mana mereka sekarang...Tetapi yang pasti, kalau pergi ke pasar-pasar malam dan Masjid India, mungkin PH boleh ketemu mereka di sana....Suatu hari nanti, Insyaallah..Doakan...
Owh ye...Jangan lupa dapatkan Majalah Mastika keluaran Februari 2012...Ada cerita menarik kali ini...
Comments
Post a Comment