From Zero To Hero - Al-Kisah Si Sasha Anak Kucing Yang Tersopek Pipinya

FROM ZERO TO HERO
Assalamualaikum dan salam sejahtera..Amacam cuti Raya Cina ni...? PH harapkan semoga cuti pada kali ini memberi seribu kenangan manis yang membuatkan kita berasa lebih menghargai saki baki masa yang kita ada ni...Maklumlah, kita ni semakin lama semakin tua....Dalam pada kita bersuka ria, jangan dilupa insan atau makhluk yang memerlukan bantuan....
Nak dijadikan cerita untuk entri PH pada kali ini, macam biasalah....Kalau takde kisah kucing memang tak sah...Sehari sebelum malam Tahun Baru China, PH pergi ke Restoran Sri Leena sebab nak tapaukan lauk untuk MH dan si kembar...Sedang PH duduk menunggu pesanan, tiba-tiba ada seekor anak kucing keluar dari bawah peti ais krim untuk menjamah sesuatu....Alahai kesian betul....Menggigil dan mendengus dia masa makan....Lantas PH bingkas bangun dan cuba menangkapnya tetapi dia lari pulak...Ke hulu ke hilir PH kejar dia tapi tak dapat...Maka PH pun dah naik geram nih sebab orang ramai semua tertanya-tertanya apelah mamat ni buat sampai tertinjau-tinjau kat bawah meja orang...skodeng apa tu...? hehehehehe...Bukan skodeng lah...Aku nak tangkap kucing jer...hu hu hu
Lepas tu si comel ni masuk semula ke bawah peti ais krim tadi...Lepas puas tertonggeng-tonggeng, PH tukar strategi selepas menyedari menonggeng adalah tidak elok untuk kesihatan...PH pergi kat kereta untuk mengambil kibbles...Alhamdulillah taktik ini menjadi...PH umpankan kat depan peti ais krim tu, bila dia keluar jer kepala PH tangkap tengkuknya....hehehehe



Bila dah dapat, PH terus letak kat dalam kereta....Entah kenapa mana-mana kucing yang PH kutip mesti dia duduk kat sebelah cermin belakang kereta...Jangan dia berak kat atas speaker sudah...adehhhh..PH bagi nama dia Sasha...Si Sasha ni baik sangat....Tak berak pun kat atas speaker kereta...hehehehe


Masa dalam perjalanan memandu pulang ke rumah, PH sempat membelek mukanya sebab PH nampak macam ada sesuatu yang tidak kena...Mukanya sopek sebelah macam ada kesan toreh dengan pisau...Bak daging slice gitu....Adehhh bisanyaaa.....Tak tertelan air liur PH masa tu...tapi telan gak lepas tu...hehehehe...Ini bukanlah kes seumpamanya yang PH pernah lihat, ada yang lebih teruk dari ini PH pernah jumpa....



Seperti biasa, PH akan kuarantinkan ke dalam sangkar dan letakkan ke dalam bilik tidur PH...Senang apa-apahal PH nak jenguk kalau tengah tidur....Alhamdulillah, lahap juga Si Sasha ni makan....Bagi PH, tiada apa yang lebih melegakan selain melihat kucing jalanan yang baru dikutip ada selera makan..Yang mana takde selera makan tu, mesti ada sesuatu yang teruk sedang dihidapinya....



Lihat video di bawah ni...


Lepas dia dah cool dan jantungnya dah tak berdegup laju lagi, PH keluarkan Sasha dari sangkar dan memulakan operasi seterusnya...Seperti biasa, PH letakkan minyak gamat pada lukanya dengan kuantiti yang sederhana banyak...MH tolong pegang, PH tolong tuang...Bila lukanya terkena minyak gamat, menggelupur dia cuba lari akibat kepedihan yang tidak tertanggung...Kesian anak kucing ni...Entah dari mana datangnya...Ketahuilah bahawasanya kemunculan haiwan-haiwan yang terbuang ini adalah berpunca dari sikap manusia itu sendiri...Mereka tidak turun dari langit....
Pada keesokan paginya, PH lihat kesan sopek pada pipinya masih seperti semalam dan berbau busuk...PH kopek perlahan-lahan...Mujurlah Si Sasha tak banyak bergerak...Selepas dikopek, maka terlihatlah dagingnya yang masih segar....PH kopek depan Abang Iyo yang tiba-tiba nyebok kat situ...PH sapu lagi minyak gamat nipis-nipis....Dalam gambar ni nampak muka dia basah sebab MH dah cuci darah beku yang melekat kat pipinya...


Sasha tak banyak bergerak sebab Abg Iyo suruh dia diam...Untuk pengetahuan, cara sebeginilah yang PH buat pada Hero selama sebulan lebih tanpa henti semasa merawat luka di kakinya...Lepas PH tuang minyak gamat, PH tala kipas ke arah lukanya sampai kering....Ada vet mengakui keberkesanan cara PH merawatnya, dan ada juga yang berkerut dahi....Yalah, masing-masing ada teori tersendiri....Bagi orang biasa macam PH, PH buat cara kampung untuk rawatan kecemasan....Berani dan yakin, itulah kunci PH...Tapi seelok-eloknya, bawalah pergi ke vet kerana di sana ada instrument yang lengkap....


Nah...!!! Inilah daging sopek yang PH dah cabut....Geli tu memang geli tapi takkan nak dibiarkan pula...Kesian dia...


Ini daging slice yang PH dah terbalikkan...Daging pipinya dah mula membusuk....


Ini gambar yang terbaru...Luka Sasha semakin dan menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh...Bau daging busuk pun dah tak ada....Cuma nak tunggu klinik vet bukak jer sebab nak bagi enjek apa yang patut dienjek....Sekarang ni dia mengikut kakak-kakak dan abangnya berbaring di atas katil PH...PH belum mandikan dia lagi kerana bimbang akan kesihatannya yang tidak menentu barangkali....


P/S :
kalau terasa nak membela kucing, PH sarankan lebih baik bela kucing yang kita selamatkan sendiri kerana itu adalah lebih afdal dari membeli kucing...Makin banyak kita beli, makin banyak yang yang dijual...

Comments

  1. beli miau ? not my taste . i rasa miau dekat lua lagi manja dari miau beli yang mengada2 . kbaitq

    ReplyDelete
  2. Rase x sanggup nak tengok..
    Kesian sgt2.. :(

    ReplyDelete
  3. bruntung sasha jmpa dngn PH .. lg nasib dia trbela dr kt luar ,, beli kucenk.? x best pn ,, lg best celup je dr luar pasar tu ,, lg memahami ,,

    ReplyDelete
  4. banyak kucing2 terbiar memerlukan perlindungan dan kasih sayang dr kita..xperlu la nk bela kucing2 cantik je, siap beli harga ribu2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri Popular