Cara Kucing dan Anjing Mengucapkan Terima Kasih Kepada Kita
Banyak perkara yang tersirat berlaku di sekeliling kita....Kalau dilihat dengan mata kasar, sebagai manusia kita tidak akan perasan ianya berlaku....Kadangkala ianya bukan sahaja dijelmakan dengan perbuatan fizikal sesuatu makhluk, tetapi alam persekitaran juga...PH pernah terbaca sebuah buku...Ketika itu PH berada di rumah kawan...Buku tersebut berkaitan dengan Ilmu Tasawwuf Islam...Apa yang PH ingat, kalau ada daun kering jatuh di hadapan kita, ada sesuatu yang buruk akan berlaku...Kalau ada lalat hinggap di sebelah kanan tubuh kita, ada makna yang baik...Kalau ada ular melintang di hadapan kita, maknanya kurang baik...PH tak ingat pula secara terperinci...Maklumlah, masa tu PH masih di bangku sekolah lagi....
Haiwan juga banyak memberi pembayang di dalam kehidupan seharian kita...Mereka tidak pandai bercakap, justeru itu mereka menggunakan bahasa tubuh untuk menyampaikan mesej mereka yang tertentu....Ada pendapat mengatakan kalau kucing sedang menjilat kakinya atau mencuci muka mereka di hadapan kita, itu tandanya mereka mengucapkan terima kasih...Ada juga yang mengatakan ada rezeki yang bakal mengunjungi kita....Itulah kata orang tua-tua.....Kalau nak difikirkan dengan akal yang terbatas ini, ianya seolah-olah tidak logik...Tetapi, ianya tidak boleh ditolak mentah-mentah juga...Ini semua adalah Qada dan Qadar ketentuan Ilahi....
Banyak aksi-aksi mereka yang sebenarnya mempunyai mesej yang tersendiri....Cuba tonton video ni :)
Hero
Si Ibu
Si Eckie
Si Bear
P/S :
Kalau kita sedar perkara ini, Insyaallah ianya akan meningkatkan lagi semangat kita untuk menjaga mereka dengan baik....Untuk mendapatkan sesuatu rezeki yang tak disangka-sangka, kadangkala kita perlu melalui keperitan yang tak disangka-sangka...Mencuci najis mereka memang memenatkan, kadangkala boleh menyebabkan pertelingkahan rumah tangga kerana tekanan....Kadang-kadang, kucing-kucing PH akan berkerumun di atas katil menemani MH setelah MH terbaring kepenatan setelah mengemas rumah dan membersihkan najis mereka...Nampak macam mereka berterima kasih sangat-sangat kat MH...
Satu lagi, jangan hairanlah kalau pasangan kita yang turut sayangkan kucing masih bertengkar dengan kita hanya kerana najis kucing atau anjing....Justeru itu, ambillah pendekatan yang positif bagaimana nak menanganinya....Ia melatih kita untuk meningkatkan persefahaman sesama pasangan...Walaupun najis mereka itu menyumpit-nyumpit hidung kita, ia sebenarnya melatih kesabaran....Bila kita sabar, Insyaallah rezeki senang nak menjengah kita...Selamat Bersabar :)
Dulu aku ingat, kalo kucing tidor kat kaki masa kita tidur, maknanya ada rezki nak masuk
ReplyDelete